Episod 18 ( Maklumat )

42 21 0
                                    

  

        " Macam mana boleh jadi macam ni ? Rizky dan Zack tahukan betapa pentingnya korang berdua untuk misi kalini " kata abang Amir dengan penuh kekecewaan . Aku dapat melihat wajah semua orang dihadapanku menjadi begitu kecewa dengan keputusan kami untuk mengambil bahagian didalam pertandingan nyanyian tersebut . " Semua ni salah Zack sebab paksa Rizky untuk ambil bahagian dalam pertandingan ni abang-abang semua boleh hukum Zack bukannya Rizky " kata Zack cuba untuk melindungiku .

      " Abang tak kesah siapa yang salah sekarang Zack , apa yang abang kesah adalah pemimpin misi yang paling berat ni " kata abang  Nazmi pula . Zack hanya menundukkan kepalanya kerana dia merasa bersalah atas apa yang telah dilakukan olehnya . Secara tiba-tiba abang Shahrul Izzat datang bersama Anita sambil membawa fail biru bersamanya . " Fail biru ? fail apa tu " bicaraku didalam hati  . " Fail biru ni adalah fail maklumat terbesar yang kita perlukan untuk misi ni , abang dengar khabar angin panas mengatakan Rizky dan Zack bakal ke Johor adakah itu benar ? " kata-kata yang keluar dari mulut abang Shahrul Izzat membuat aku menjadi semakin murung .

       Aku hanya menganggukan kepalaku tanda aku mengiyakan kata-katanya . " Kalau Rizky dengan Zack pergi kat sana , siapa nak pimpin kitorang semua ? Rizky kita tak ada masa untuk main-main sekarang nyawa uncle Daniel lagi penting dari semua ni " kata abang Shahrul Izzat lagi . Aku memandang wajah abang Shahrul Izzat dengan penuh rasa bersalah dihati , pertandingan itu pula hanya selang seminggu dari sekarang kami sudah ketandusan masa untuk bermain-main lagi . " Anita ada idea , gunakan semua alamat yang ada didalam fail ni untuk mencari maklumat dan kordinat tempat tinggal sebenar diorang " kata Anita membuat aku tergamam .

   
      Aku seperti orang mati akal pada kali ini , aku tidak mampu mengeluarkan sepatah kata mahupun idea . Rasa bersalah dihatiku masih lagi kuat terasa bahangnya , apakah yang patut aku buat untuk menyelamatkan keadaan yang sedang tegang sekarang . "Amir dengan Nazmi korang boleh gunakan fail ni untuk pecahkan kordinat tempat tinggal mereka " kata abang Shahrul Izzat kepada abang Amir dan juga abang Nazmi . Mereka berdua hanya mengiyakan sahaja apa yang telah diperkatakan oleh abang Shahrul Izzat .

       Aku menarik nafas dan menghembuskannya dengan tenang . Tiba-tiba aku teringat pada sesuatu . Aku mengeluarkan laptop kepunyaanku dan mencari fail tersebut . Abang Shahrul Izzat dan yang lain hanya melihat sahaja gelagatku , mereka pasti yang aku masih mempunyai plan yang bernas untuk misi kalini . " Rizky pernah letak kamera pada kereta ayah Razak sebelum ni , Rizky juga hack cctv dihospital beberapa hari sebelum peperangan diantara kami dan Tiger King bermula " kataku lalu menunjukkan rakaman cctv serta kamera kecilku pada mereka .

     " Apa motif semua ni Rizky ? tampak seperti tiada apa-apa " soal abang Amir kepadaku . " Rizky terjumpa kordinat ini pada buku cacatan ayah Razak satu tahun lepas , Rizky hairan kenapa ayah Razak mempunyai minat terhadap kordinat-kordinat ini . Rizky telah membuat siasatan lanjut terhadap kordinat yang Rizky jumpa dan Rizky tidak menyangka bahawa kordinat tersebut ialah alamat sesebuah kawasan yang tidak bernama " kataku memberi penerangan sambil menunjukkan gambar kordinat tersebut kepada mereka .

#Flashback ( Kordinat )

  
     " Rizky tolong letakkan buku-buku tu dalam bilik bacaan ayah nak keluar sekejap " kata ayah Razak kepadaku . " Baik ayah " itu sahaja yang aku balas . Aku terus membawa buku-buku tersebut kebilik bacaan seperti yang disuruh oleh ayah Razak . " Buku apa semua ni tak pernah nampak pun sebelum ni " kataku seorang diri . Aku menolak pintu bilik bacaan .

       Ketika aku ingin menyusun buku-buku tersebut dirak aku terjatuhkan sebuah buku yang agak pelik rupanya . Ianya mempunyai tanda 'X' pada kedua-dua belah kulit bukunya . Keingin tahuanku mula meningkat setelah memegang buku tersebut . Aku menyelak helaian demi helaian tetapi ianya masih bersih tanpa setitik dakwan pen diatasnya . 

Hacker 202 Bergabung ! (S2)Where stories live. Discover now