Bab 8

15 1 0
                                    

"SIAPA kau? Apa kau buat dalam bilik aku?" Adi mula menyoal lelaki tersebut.

"Nanti kau akan tahu siapa aku. Buat masa ni, kau hanya perlu tahu engkau amat diperlukan sekarang ini. Dunia kita sedang bertembung," jawab lelaki tersebut, langsung tidak mengendahkan soalan yang diajukan oleh Adi.

"Apa maksud kau?" Adi mula tertanya-tanya.

"Masa sentiasa bergerak melalui manusia. Dan manusia boleh mempelajari cara untuk melalui masa. Namun, engkau... Masa melentur atas kehendak engkau," ujar lelaki tersebut.

"Apa yang kau mahu, orang tua?" tanya Adi kasar.

"Cari siapa diri engkau dahulu. Kemudian, aku akan ajarkan engkau cara-cara mengawal masa. Dan engkau mungkin boleh berjumpa dengan ibu kau semula," jawab lelaki tersebut sebelum menghilangkan diri.

Adi terkejut mendengarkan jawapan lelaki itu tadi. Aku boleh berjumpa dengan ibu aku semula? Hatinya kini penuh dengan harapan.

Tiba-tiba kepalanya terasa begitu berat. Pandangannya mula kabur dan pendengarannya berdesing. Dia pitam di depan pintu biliknya.

Adi terjaga di sebuah bilik yang amat putih dan terang. Matanya silau dek disinari lampu kalimantang yang berada betul-betul di atas tempatnya berbaring.

Keliru, dia melihat sekelilingnya. Di tangannya terdapat tiub getah yang memasukkan cecair ke dalam tubuh. Beberapa mesin aneh juga kelihatan di sekelilingnya.

Puan Siti yang sedar akan pergerakan Adi mula merapatinya.

"Adi... Adi sekarang berada di hostpital. Adi pengsan dekat rumah tadi. Ibu takut, lalu ibu pun terus hantar Adi ke hospital," terang Puan Siti sambil membahasakan dirinya sebagai 'ibu'.

Adi hanya berdiam sahaja. Dia memang tidak suka apabila Puan Siti memanggil dirinya 'ibu' kepasa Adi, walaupun dia ibu saudara kandung Adi. Bagi Adi, satu-satunya ibu kini sudah tiada. Ibu sekarang hanya hidup dalam memori yang tidak mungkin luput ditelan masa.

Masa... Siapa orang tua tu? Apa maksud dia apabila dia cakap masa melentur atas kehendak aku? Ismail! Aku mesti beritahu Ismail tentang perkara ni. Adi bermonolog di dalam hati.

"Aunty, mana telefon Adi?" tanya Adi.

"Ibu tak bawa sekali tadi. Ibu gelabah sangat sampai lupa. Kalau nak, Adi boleh pakai telefon ibu," jawab Puan Siti.

Adi berasa sungguh kecewa. Dia perlu beritahu Ismail secepat yang mungkin, tetapi dia tidak tahu nombor Ismail.

"Takpalah, aunty," jawab Adi sebelum mengiring badannya membelakangi Puan Siti.

Dia melihat pemandangan kota dari tingkap hospital. Dia sekarang berada di tingkat 16, maka pemandangan bandaraya Kuching amat jelas di lensa matanya.

Keadaan langit yang cerah ditambah pula dengan cahaya bulan amat menenangkan dirinya. Cahaya lampu menara pencakar langit juga menambahkan lagi keindahan kota.

Sekali lagi, dia teringat akan ibunya. Pasti ibunya berasa sedih sekiranya ibunya tahu dia amat terkesan dengan pemergiannya.

Adi menutup mata, cuba untuk membawa diri ke alam mimpi.

"Adi Putra Bin Hussein... Adi Putra Bin Hussein..." kedengaran suara sayu seorang wanita memanggilnya.

Adi membuka matanya dengan jelas. Keadaan wad hospitalnya gelap gelita. Dia mengecilkan matanya untuk membaca jam yang tergantung di dinging bertentangan dengannya.

"2.35 pagi."

Aku bermimpi, kot. Katanya di dalam hati, cuba untuk menenangkan diri. Dia melihat Puan Siti sedang tidur keletihan di kerusi sambil kepalanya disandarkan ke tilam Adi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Manipulasi: MasaWhere stories live. Discover now