Part 50 - Tips fahami Faries

549 16 0
                                    

Aku menuju kearah meja yang di tunjukkan kepadaku. Dari jauh aku lihat Ernisa dan Encik Faries sedang berbual mesra. Aku menarik nafas perlahan. Be cool Nasha. Pujuk hatiku. Aku kena membiasakan diri dengan keadaan ini jika Ernisa benar-benar menjadi madu aku suatu hari nanti. Encik Faries menoleh kearah Nasha yang berjalan menghampiri meja mereka. Dia segera mendapatkan isterinya. Ernisa menoleh ke belakang bila Faries tiba-tiba bangun dari tempat duduknya untuk memberi ruang kepada Nasha duduk di sofa tengah.

"Ah Nasha..I thought you can't join us for dinner tadi," ujar Ernisa lalu membuahkan senyuman kepada PA Faries. Dia merasa senang bila dia mendapat tahu dari Faries bahawa Nasha akan pulang ke Malaysia malam ini. Ini bermakna dia dapat bersama Faries sepanjang masa tanpa gangguan sesiapa terutama sekali Nasha. Jadi malam ini dia tidak mahu bermusuhan dengan Nasha malam ini. Tiada sebab untuk dia bencikan Nasha kerana Nasha telah memberi peluang untuknya lebih rapat dengan Faries. Dalam erti kata lain dia menang dalam memiliki hati Faries.

"Dinner tempat posh macam ni mana boleh miss," jawabku lalu membalas senyuman Ernisa. Aku perasan Ernisa kelihatan rileks hari ini. Mungkin dia merasa senang kerana aku tidak lagi menjadi penghalang cintanya bila aku tiada.

"Oh ya..so jadi you balik malam ni?," soal Ernisa lalu mencapai gelas berisi air putih.

"Yes..I really miss home dah lama sangat travel," jawabku perlahan lalu melirik kearah Encik Faries yang hanya mendiamkan diri sejak aku tiba tadi. Encik Faries meletak tapak tangan kanannya di dada tiba-tiba wajahnya kelihatan pelik.

"Kenapa Encik Faries??," soalku dengan pelik bila dia berbuat demikian.

"I need to throw up..please excuse me ladies," ujarnya lalu bangun dari sofa. Dia berjalan laju menuju kearah gents. Aku dan Ernisa saling berpandangan antara satu sama lain. Kami ketawa serentak gelihati melihat expresi wajah Encik Faries tadi.

"So your boss tak kisah you balik awal?," soal Ernisa.

"You kan ada..he don't need me when you are around," jawabku dengan wajah selamba lalu mencapai gelas berisi air putih dan meneguknya perlahan.

"Hah..very funny you think I boleh buat apa yang you buatkan untuk Faries?," ujar Ernisa. Dia sendiri tidak tahu banyak perkara tentang Faries kerana Nasha yang menguruskan semuanya.

"Ok I beri you tips perkara yang you perlu tahu mengenai Encik Faries," ujarku lalu mencapai napkin kertas yang berada di atas meja kami. Aku membuka bag tangan lalu mencapai pen dan mula menulis perkara-perkara yang Ernisa perlu tahu mengenai Encik Faries. Since dia hendak menjadi maduku apa salah aku kongsi tips dengannya. Bukan aku hendak sangat bermadu dengan dia pun.

                                                                                      *****

Faries berjalan menuju kearah meja dan mendapati Nasha tidak kelihatan berada di tempat duduknya lagi. Kemana Nasha pergi? Dia tidak tahu kenapa hari ini sepanjang hari dia terasa pening dan mual. Apa dia salah makan hari ini? Dia makan seperti biasa. Hanya makanan tengaharinya di sediakan oleh pembantu mummynya kerana Nasha, Alisya dan mummynya keluar siang tadi.

"Mana Nasha??," tanya Faries sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia menutup mulutnya dengan sapu tangan kerana tidak tahan akan bau makanan yang tersedia di hadapannya. Sedangkan makanan itu makanan kegemarannya. Dia tidak tahu kenapa dia merasa mual bila terbau makanan tersebut dan bila-bila masa sahaja dia akan ke 'Gents semula.

"Nasha? Dia dah pergi airport..eh you lama sangat dalam 'Gents' kenapa?," soal Ernisa lalu memandang wajah Faries. Apa yang membuatkan Faries begitu lama di dalam tandas. Faries sakit perut?

From Boss With Luv (Completed)Where stories live. Discover now