Part 51 - Faries tidak sihat

564 18 0
                                    

Faries membuka pintu bilik Nasha perlahan. Dia dan Ernisa mengambil keputusan untuk tidak makan malam di restaurant tempat yang mereka tempah tadi malah mengambil keputusan untuk mengubah haluan. Ernisa mahu berbelanja lagi kerana esok mereka akan berangkat pulang ke Malaysia. Last minute shopping. Faries pula tidak bercadang untuk meneruskan percutiannya kerana dia rindu pada Nasha dan ingin segera pulang menemui isterinya. Tadi selepas menghantar Ernisa ke Eaton Centre dia bergegas ke airport berharap sempat bertemu dengan Nasha tapi Nasha sudah masuk ke balai keberangkatan.

Faries duduk bersandar di atas sofa di ruang tamu utama. Terasa sunyi dan kehilangan. Selalunya dia ditemani Nasha. Isterinya Nasha merajuk dengannya dan dia tidak sempat memujuk hati isterinya. Namun hatinya merasa sedikit lega kerana masalahnya dengan Ernisa dapat diselesaikan dengan cara baik. Ernisa berjanji akan memberitahu pihak media bahawa mereka tidak akan berkahwin kerana tiada keserasian.

"Faries," tegur Puan Maryam bila dilihatnya anak lelaki tunggalnya itu sedang duduk termenung sendirian di ruang tamu.

"Mummy..belum tidur lagi?," ujar Faries lalu memandang kearah mummynya yang duduk di bersebelahan dengannya.

"Faries kenapa tak tidur lagi? Mana Ernisa?," tanya Puan Maryam bila Ernisa tidak kelihatan bersama Faries seperti selalu. Setahunya Ernisa tidak pernah berengang dengan Faries.

"Di bilik agaknya," jawab Faries sambil lewa. Dia menanggalkan jaketnya lalu di letakkan di atas riba. Badannya terasa benar-benar letih kerana tidak berapa sihat.

"Kenapa ni? Faries tak sihat ke? Nak mummy suruh uncle Iqbal check on you?," ujar Puan Maryam risau. Faries kelihatan tidak sihat dan tidak bertenaga. Kenapa? Sebab Nasha tidak ada? Hai Nasha baru pergi meninggalkannya Faries sudah seperti orang tidak tentu arah. Baru Faries tahu rasa kehilangan.

"I don't know what's wrong with me lately..pening-pening..tak boleh bau my favorite food..muntah-muntah, I think I had food poisoning," mengadu Faries lemah.

"Food poisoning?? Apa yang Faries makan?," soal Puan Maryam dengan wajah risau. Faries jarang sakit kerana dia begitu menjaga kesihatan dan dietnya.

"My usual diet food..I hardly eat outside," jawab Faries mengurut kepalanya perlahan bila kepalanya terasa berdenyut kembali. Aduh seksa rasanya. Dia tidak pernah merasa sakit begini.

"Come..mummy urutkan kepalanya, tulah ada isteri yang baik di abaikan..sekarang siapa yang susah," ujar Puan Maryam bila anaknya merasa sakit kepala. Faries baring di atas riba mummynya memudahkan mummynya mengurut kepalanya. Faries memang anak yang manja.

"Isteri yang baik..dia dah masuk tidur dulu..tidak hiraukan Ries," jawab Faries tanpa mengesyaki apa-apa. Dia pasti mummynya maksudkan isterinya itu Ernisa. Jika isterinya Nasha tidak akan membiarkan dia sedemikian.

"Sudah-sudahlah berlakon dengan mummy Faries..mummy tahu siapa isteri kamu yang sebenar," jawab Puan Maryam bila Faries masih lagi mahu berahsia dengannya.

Faries membuka matanya tiba-tiba kerana terperanjat bila mummy mengatakan dia tahu siapa isterinya yang sebenar? Dia segera bangkit dari riba mummynya.

"Ah kenapa terperanjat?? You can't fool us for long Faries..why don't you tell us the truth yang Nasha itu isteri Faries? Kenapa Faries malu kerana dia hanya PA Faries?," ujar Puan Maryam memarahi anaknya kerana tidak berterus terang dengannya dari awal lagi.

"Mummy salah faham..bukan kerana Faries malu that Nasha is just my PA..I have my own reason for doing that..," jawab Faries agak terperanjat bila mummynya menuduhnya begitu. Dia tidak pernah merasa malu untuk mengakui bahawa isterinya adalah PAnya.

"For whatever reason yang Faries katakan itu..I just hope that it will over soon..pelase take care of your wife jangan sakitkan hati dia..dia tu sudah berbadan dua," pesan Puan Maryam.

Faries memandang wajah mummynya tanpa berkedip. Cuba digest apa yang mummynya katakan tadi. Berbadan dua? Nasha hamil? Jika benar apa yang di katakan mummy kenapa Nasha tidak memberitahunya tadi?

"You mean Nasha is pregnant?," tanya Faries dengan wajah serious.

"You didn't know? Nasha tak beritahu Faries?," jawab Puan Maryam dengan wajah terperanjat. Dia menyangka menantunya itu sudah memberitahu Faries akan berita mengembirakan itu sebaik sahaja dia disah hamil.

"Bila dia beritahu mummy?," soal Faries ingin tahu.

"She found out that she's pregnant only today through the pregnancy test kit," jawab Puan Maryam. Serba salah dia dibuatnya kerana tidak tersengaja memberitahu Faries mengenai Nasha sudah mengandung. Dia benar-benar menyangka Nasha sudah memberitahu Faries.

"Sorry mummy..I got to go," ujar Faries mencapai jaketnya lalu bergegas mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Dia menuju ke bilik Nasha lalu membuka pintu biliknya. Jaketnya di campakkan ke atas katil. Dia berjalan perlahan menuju ke kamar mandi lalu menghidupkan lampu.

Dia membuka cabinet mencari sesuatu. Namun barang yang di cari tidak di temuinya. Nasha tidak tertinggal satu pun barang kepunyaannya. Faries memutar kepala paip sinki lalu mencuci tangannya dan muka untuk menyegarkan wajahnya yang kelihatan penat dan lesu. Faries mencapai tuala kecil lalu mengelap wajahnya perlahan.

Nasha hamil? Jika benar, Alhamdullilah syukur. Tapi mengapa Nasha tidak mahu memberitahunya tadi? Nasha marahkannya lagi. Faries menjadi tidak tenang bila memikirkan tentang Nasha.

Faries mencapai tisu lalu mengelap tangannya bersih lalu di campakkan ke dalam tong sampah. Matanya tertangkap kepada kotak pink putih yang berada di dalam tong sampah. 'Pregnancy Test Kit'. Dia mencapai kotak itu lalu membukanya. Dia mencapai test kit yang terdapat di dalamnya lalu membaca bacaan yang tertera di test kit tersebut.

"Alhamdullilah!! Thank you Allah," jerit Faries kuat dengan perasaan gembira tidak terkata. Isterinya Nasha di sahkan mengandung dan dia bakal menjadi seorang ayah.

Pintu bilik Nasha diketuk bertalu-talu dari luar. Faries membuka pintu dan doa terperanjat bila mummynya dan Uncle Iqbal terpacak di depan pintu bilik.

"Kenapa Ries?? Why are you screaming? I thought something happen to you..," ujar Puan Maryam cemas kerana dia terdengar Faries menjerit tadi. Dia dan suaminya bergegas ke bilik Nasha kerana terdengar jeritan itu dari arah biliknya. Khuatir jika terjadi apa-apa pada Faries kerana Faries kelihatan tidak sihat.

"I'm sorry did I wake you guys up..," ujar Faries lalu tersenyum. Tidak menyangka jeritannya itu kuat sehingga mengejutkan mummy dan uncle Iqbalnya.

"Kenapa Faries?? still tak sihat?," ujar Puan Maryam risau dia meletak tapak tangannya di dahi Faries. Khuatir penyakit Faries semakin serious kerana Faries mengatakan dia terkena racunan makanan. Sebab itu dia mengejtukan suaminya tadi untuk memeriksa Faries dan memberinya ubat untuk menyembuhkan atau penyakitnya.

"I'm fine mummy..I'm just happy that I'm going to be a father," ujar Faries lalu tersengih. Sakitnya tiba-tiba lenyap.

Puan Maryam dan suaminya tersenyum melihat Faries begitu teruja bila dia mengetahui bakal menjadi seorang ayah. Puan Maryam benar-benar berharap agar Faries menjadi suami dan bapa yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anaknya nanti.

"Be a good husband to your wife Faries..she is fine woman..jangan sia-sia kan dia," ujar Iqbal lalu menepuk bahu sasa milik Faries.

"Insyallah uncle..I will treasure her as long as I live," jawab Faries dengan wajah bersungguh-sungguh. Dia berjanji akan membahagiakan Nasha dan menjadi ayah yang baik kepada anak yang di kandung Nasha. Dia akan berkorban apa sahaja untuk mereka. Insyallah.

From Boss With Luv (Completed)Место, где живут истории. Откройте их для себя