🥥N🥥

557 114 66
                                    

Heyyo Remi-Remi sekalian 😂❤️

🌴🥥🌴🥥🌴

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 🌴
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 03


Aku jatuhkan tongkat motosikal sesudahnya berada di hadapan sebuah warung. Eh sekejap- aku baru sedar sesuatu. Buat apa nak tongkat kalau moto tiga roda? Waduh!

Untuk mengelakkan kebodohan tidak dilihat sesiapa, aku pun mengangkat dua bekas penyimpanan makanan sejuk yang berisi puluhan jeli kelapa dari sisi motosikal.

Setelah diletakkan atas meja yang sudah tersedia, aku berkira-kira untuk mengambil tempat di salah satu kerusi.

"Oit San!" kepala diangkat, memandang pada gerangan yang sudah tersenyum lebar padaku.

"Eh eh Yunho!" Aku mula mengorak ke arahnya yang menepuk-nepuk kerusi bersebelahannya. Aku pun terus duduk di situ.

"San, nak order apa-apa ke?" pertemuan kami tertangguh seketika tatkala Pak Dollah, pemilik warung lantang bersuara dari ruang dapur.

"Satgi saya order nohh, nak sembang dengan Yunho dulu hehe." tuturku untuk tangguh pesanan seketika.

Bahunya aku tepuk-tepuk penuh teruja, nak lepaskan rindu pada seketul manusia yang bernama Yusoff Thariq ni. Lagipun, sudah lama kami tidak bersua muka begini.

"Apa habaq? Lama sungguh tak nampak batang hidung, kalau aku tarik hidung tu baru nampak kot." gurauanku disambut tawa kecil daripadanya. Aigoo, happy virus ni kan.

"Habaq baik hehe." balasnya ringkas berserta sengihan.

"Mentang-mentang dah jadi model iklan kurma, terus tak nak balik sini ye?" sengaja aku buat andaian sendiri sambil menyiku lengan jejaka itu.

Namun, senyumannya sedikit mengendur. Mulalah aku meraut wajah kau-kenapa-sebenarnya? padanya.

Yunho pun mengeluh kecil sebelum memulakan bicaranya.

"Yang sebenarnya, aku dah berhenti pun jadi model dorang. Sebab tu aku balik sini." ternganga aku dibuatnya dengan kata-katanya.

Tanganku mula menghempas kuat pada permukaan meja makan, tiba-tiba geram dengan tindak-tanduk pihak syarikat itu terhadapnya.

"Kenapa? Dorang terima model yang lebih baik dari kau ke?" soalanku diterima gelengan daripada Yunho.

"Tak, bukan sebab tu. Ni pasal isu pengedaran stok kurma tu sendiri." keningku bertaut, keliru untuk fahami permasalahan syarikat itu.

"Ni yang aku dengar sendiri dari pihak syarikat kurma tu, katanya syarikat tersilap terima kontena stok barang dari pelabuhan.

Dorang terambil kontena lipas yang disangka kurma." tercengang aku dengan penerangan Yunho. Sungguh tidak disangka-sangka.

"Dan sekarang, operasi kilang kurma terpaksa dihentikan untuk pembasmian jutaan lipas tu semua." aku hanya mampu membalas reaksi dengan memaparkan wajah tabahlah-kawankurrr.

"Mesti iklan muka kau tahun ni tak muncul kat TV kan?" soalku untuk kepastian.

"Rasanya tak."

Kali ini, lidahku kelu untuk membalas apa-apa. Hiks, tak berpeluang aku nak tengok iklan kurma yang terpapar wajah Yusoff Thariq dalam kaca televisyen. Sebab selalunya, seminggu sebelum puasa iklan itu pasti muncul.

Eh- minggu depan dah Ramadan? Weyh sekejapnya masa berlalu.

"San..." lirikan mataku meliar pada Yunho yang tertunduk malu sambil bermain hujung jari sendiri.

Tanpa bersuara, aku pun beriakkan muka nak-apa? padanya.

"Kau tak nak ke jadikan aku sebagai model kat produk jualan kau? Mana tahu untung kau makin bertambah-tambah kalau-kalau pelanggan nampak muka aku kat kotak santan kau." tutur Yunho dengan menampilkan wajah bersinar-sinar, seperti wajah seekor anak kucing yang meminta susu dari tuannya.

Ni lagi sorang, waduh ni nak petik tarbiah sentap dari ustaz mana pula kali ini?

"Yunho, bukan aku nak tolak tawaran kau untuk jadi model produk aku, tapi dah ramai konsumer (pengguna) aku kata, dorang suka aku kekalkan muka baru bangun aku tu kat kotak pembungkusan tu.

Jadi, mintak maaf sangat-sangat weyhh." rasa berat hati bila aku tolak mentah-mentah tawaran Yunho.

"Erm aku faham, kau mungkin payah bayar upah kat aku nant-" jeda perbualan antara kami berdua lantaran telefon milik Yunho mula berdering.

Cepat-cepat dia mengangkat panggilan. Sesekali aku memandangnya yang tak henti-henti membalas anggukan.

"Weyh aku nak pergi jumpa someone sekejap, nanti kita sembang lagi tau?" tuturnya sebelum beredar pergi.


✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🌴🥥🌴🥥🌴

╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

❝ Keenakan buah kurma dari Timur Tengah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ Keenakan buah kurma dari Timur Tengah... ❞

- 𝖸𝗎𝗇𝗁𝗈 𝖺.𝗄.𝖺 𝖸𝗎𝗌𝗈𝖿𝖿 𝖳𝗁𝖺𝗋𝗂𝗊

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





Ajaklah kawan-kawan ATINY korang baca jugak bagikan memeriahkan fanfic ni muehehehe (self promo jap🤭)

【✔️】𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 • 𝓒𝓱𝓸𝓲 𝓢𝓪𝓷Where stories live. Discover now