🥥A🥥

349 74 73
                                    

Terimalah chapter paling terkeling ni hehe

🌴🥥🌴🥥🌴

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈


𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 🌴
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 09

Di saat pintu gril lokap berselisih dengan lantai, wajah ketiga-tiga mereka yang menunduk seperti putus harapan mula mendongak. Senyuman yang terukir manis di ulas bibir menghiasi wajah.

Langkah dihayun keluar dari situ. Sejujurnya, lapang hati mereka bertiga tatkala ada juga yang sanggup mengikat jamin ketiga-tiga mereka untuk bebas dari lokap di balai.

Namun, senyuman mereka tidak kekal tersungging melihatkan gerangan yang duduk berunding berhadapan ketua balai. Pasti dialah orangnya yang mengikat jamin mereka.

"San?"


⋘ ──── ∗ ⋅◈⋅ ∗ ──── ⋙

"Jadi, korang ni jadi sidekick dia kan?" angguk mereka penuh malu sebelum kedua-duanya tertunduk wajah ke lantai.

Hah, tahu pun malu. Bila khianat aku tak ada pula perasaan malu tu.

"Sorry sangat-sangat San. Aku bukannya apa, cuma iri hati sikit sebab kau tolak pelawaan aku nak jadi model produk santan kotak kau. Adalah jugak berdendam waktu tu.

Jadi, aku pun setuju nak join buat kerja gila ni lepas-lepas dia call aku waktu kita jumpa haritu." aku diam tidak berkutik setelah Yunho mengakui kesalahannya.

"Tergamak kau. Aku selama ni bersangka baik sebab tak fikir pun kau akan tikam belakang aku!" jerkahku penuh geram.

Sungguh aku tak duga akan penglibatannya dalam menjatuhkan syarikat yang aku miliki. Mahu saja aku mengamuk dalam balai, namun mujurlah adik aku sempat meredakan kemarahan dengan menepuk-nepuk belakangku.

"Em bang San." tatapan benci aku halakan ke arahnya bersama dengusan kecil.

"Mintak maaf jugak tau sebab terjoin sekali, haritu geram sebab kereta Minion tu kena calar sikit lepas kena langgar dengan moto roda tiga abang tu. Tapi, HongJoong janji takkan buat dah lepas ni.

Tolonglah bang, jangan ambik tindakan apa-apa tau? Joong kena fokuskan STPM tahun ni, dahlah kena jawab exam tiga-tiga sem serentak hiks." rayu HongJoong yang sudah memeluk kaki aku.

Lah, mati-mati aku ingatkan dia sudah berkerjaya, rupa-rupanya masih bersekolah lagi.

"Em yelah HongJoong oi. Dah bangun, bangun malu kat orang ni." gesaku yang perlahan menolaknya dari berpaut pada kaki.

Kini pandanganku melirik tepat pada satu-satunya manusia yang terkaku diam di tempatnya.

"Betul ke kau dalangnya?" soalku yang menantikan jawapan dalam mulutnya sendiri.

Dia sekadar melepaskan keluhan yang berat sebelum memulakan perbualan.

"Ya San, akulah orangnya."

"Tapi kenapa? Apa yang kau dengkikan sangat sampai libatkan operasi kilang aku, hah!"

Secara spontan, tubuhku berdiri seiring melepaskan tengkingan padanya. Tak kuduga, orang yang paling aku kenal, yang selalu sokong, yang tak henti-henti beli barang aku akan pijak-pijak dari belakang.

Dia yang masih duduk sekadar menghadiahkan alur senyuman sinis.

"Aku buat semua bersebab. Yang pertama, aku buat sebab adik aku, si Ecah lima puluh sen.

Dia meroyan lepas-lepas kau tolak pinangan dia. Yang kedua, sebab isteri aku."

"Apa abang merepek ni?"

Suara keayuan yang menjengah ke deria pendengaran mengundang kami berdua menoleh ke belakang.

Alangkah terkejutnya mereka tatkala memandang seorang wanita sarat mengandung yang masih berpakaian uniform pekerja Watson memasuki balai.

"Emma?"


⋘ ──── ∗ ⋅◈⋅ ∗ ──── ⋙


"Cuba abang jelaskan, apa kaitan saya dalam hal ni sampaikan abang sanggup berdendam dengan San?" soal Emma yang matanya sudahpun berkaca.

"Sebenarnya kan, abang cemburu." ujar Yeosang yang sengaja melarikan pandangan daripada diperhatikan isterinya.

"CEMBURU?"

Mereka yang berada di situ mula mempamerkan riak wajah terkejut, tak sangka Yeosang sanggup menjatuhkan San disebabkan cemburu.

"Apa? Sejak bila saya akan menduakan abang? Saya hari-hari bekerja tau, mana pernah saya mengorat si Hassan tu."

"Tak bukan pasal tu. Abang cuma cemburu bila ayang kumpul kotak-kotak santan muka San tu depan rumah kita." Emma hampir tergelak dengan penerangan suaminya.

"Yassin Farhan! Abang berdendam dengan Hassan disebabkan kotak-kotak tu?

Haih abang ni, Emma kumpul banyak-banyak tu sebab nak bagi terus dekat ane besi buruk kalau dorang lalu depan rumah nanti." terang Emma bersama saki baki tawanya.

Suasana hening mula dihiasi tawa mereka yang lain, sekali ketua balai gelak dengan gelagat pasangan suami isteri itu. Aduh, Yeosang ni kan, cemburu tak kena tempat!

"Erm, Hassan. Terima kasihlah sebab ikat jamin si Yeosang. Nanti ada duit, Emma bayarkan balik." tuturnya dengan nada serba salah.

"Eh tak mengapalah. Perkara kecik saja tu hehe." ujar Hassan bersama sengihan.

"Jadi tuan, saya dah boleh bawak balik suami saya kan?" soal Emma pada ketua balai, untuk kepastian.

Mahu saja ketua balai menjawab, tiba-tiba, seseorang memintas percakapannya.

"Tak, suami akak tak boleh balik lagi. Diorang berdua pun sama. Saya terpaksa menahan mereka bertiga." San mula menoleh ke arah adiknya, Jongho.

"Eh, kenapa pulak?" soalnya Emma sambil bertaut, keliru dengan apa yang cuba disampaikan Jongho.

"Sebab, saya Harraz Johari selaku pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah diberikan mandat untuk menahan mereka kerana ketiga-tiganya terlibat dalam pemberian dan penerimaan rasuah." tercengang Yunho, HongJoong dan Yeosang kerana disabitkan kesalahan itu.

"Abang SPRM, jangan tahan saya. Saya ada anak bini hiks."

"Tolong bang jangan cekup saya, saya merayu sangat-sangat. Jatuh martabat saya sebagai bekas model iklan kurma nanti, bang!"

"Tak kesian kat saya ke, bang? Saya antara yang termuda dan tahun ni saya exam, tiga-tiga sem paper exam saya kena hadap hiks."

"Dah tahu takut kena tahan, kenapa awal-awal korang tak fikir akibatnya? Tahu seronok nak balas dendam je, hah, inilah makannya."

Ketiga-tiga mereka terdiam seribu bahasa, tersentap dengan kata-kata Jongho yang merangkap pengawai SPRM.

Emma yang masih memegang erat lengan Yeosang mula berkeras untuk membela nasib suaminya.

"Jongho, akak merayu tolonglah jangan tahan suami aka- ouch" bicaranya terhenti setelah perit menahan sakit yang menjalar sekitar perut.

Terkejut Yeosang tatkala seluar isterinya dibasahi air ketuban.

"Call medic! Bini aku nak beranak ni!"

Kecoh satu balai dibuatnya.


✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🌴🥥🌴🥥🌴

Fuh chapter terpanjang di abad ini muehehehe, taklah dalam ff ni je. Chapter seterusnya bakal jadi yang terakhir 😣

【✔️】𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 • 𝓒𝓱𝓸𝓲 𝓢𝓪𝓷Where stories live. Discover now