🥥N🥥

515 80 117
                                    

Okey mungkin ni chapter terpanjang, enjoy your reading ✨

🥥🌴🥥🌴

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈


𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 🌴
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10 (𝑭𝒊𝒏𝒂𝒍𝒆)

"Dalam dingin subuh, hatiku terusik..." nyanyian dendangan Allahyarham Sudirman Arshad terpaksa kuhentikan setelah menyedari adikku duduk bersebelahan. Haih, kacau daun betul.

"Amboi San, lunak sungguh nyanyian kau." pujian daripada Jongho mengundang bibirku tersungging senyuman meleret.

Mana tidaknya, jarang sama sekali dia nak puji melambung begini.

"Tapi lagi lunak kalau kita sama-sama takbir waktu malam raya ni." mati terus senyuman tadi yang sememangnya aku khaskan buatnya. Tercyduk sebentar, dengan adik pula tu.

Bahu kananku ditepuknya sekali, seperti mahu aku mengikutinya. Tapi, aku buat keputusan untuk kekal terpacak berhadapan jendela.

Sambil-sambil itu, tatapanku ralit memerhatikan nyalaan pelita-pelita yang disusun mengelilingi halaman depan rumah, saja nak mengenang nasib yang menimpa sepanjang bulan puasa.

Aku perlahan-lahan cuba reda untuk menerima ujian daripada Allah yang menimpaku.

Dan Alhamdulillah, operasi kilang yang aku usahakan kembali kepada normal sejurus kes khianat yang dirancang Yeosang berjaya ditumpaskan Jabatan Agama Islam dan adik aku, Jongho.

Pin! pin!

Lamunanku lesap seusai bunyi hon kereta kedengaran dari jalan utama. Terpaksa aku kecilkan mata berikutan silauan kereta yang diubahsuai seperti kartun Minion menghala tepat pada tempat aku berdiri.

Tidak lama kemudian, lima orang jejaka mula beredar keluar dari perut kereta.


⋘ ──── ∗ ⋅◈⋅ ∗ ──── ⋙

"Assalamu'alaikum San..."

"Erm, waalaikumsalam." jawabnya sedikit mendatar.

"San, aku dengan yang lain sebenarnya datang ke sini sebab nak mintak maaf buat kali kedua." Yunho bersuara sayu memohon keampunan daripada San. Begitu juga dengan HongJoong dan Yeosang.

"Aku dah lama maafkan korang."

"Betul ke?" soal mereka serentak, tidak duga semudah ini San memaafkan mereka, meskipun hakikatnya perbuatan khianat mereka lakukan agak sukar untuk dimaafkan.

"Dahlah, benda dah lepas. Yang penting sekarang, korang janji takkan ulangi kesilapan yang sama." senyuman manis bersama lesung pipit San tayangkan seikhlas hati.

Tanpa disangka-sangka San, tubuh tegapnya didakap seerat-erat mereka bertiga.

"Selamat Hari Raya, San! Kosong-kosong tau?"

"Ya, uhuk-uhuk! Empty-empty!" tersekat-sekat San bercakap berikutan terhimpit dalam pelukan.

"Oit, buat bromance apa di malam raya ni? Mehlah masuk!" pelukan terlerai setelah ayah San, Encik Murad Choi mengajak masuk.

【✔️】𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 • 𝓒𝓱𝓸𝓲 𝓢𝓪𝓷Where stories live. Discover now