🥥G🥥

528 93 47
                                    

Second update for today 🤭

🌴🥥🌴🥥🌴

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 🌴
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 04

"San! Oit San!" Hassan yang ralit menghantar pemergian Yunho berlalu pergi dari warung mula melilau mencari gerangan yang terpekik-pekik memanggilnya.

"Eh Ida!" terus bangun Hassan dari tempatnya berbual dengan Yunho tadi bagi mendapatkan Ida yang berada di meja, di bawah pokok mempelam.


"Pak Dollah, teh 'O' ais limau satu." Hassan melencong seketika ke kaunter untuk memesan minuman.

"Ha, kau nak apa?" Ida hanya menggeleng, tanda tidak mahu apa-apa. Tetapi, biasalah Hassan tak boleh tengok orang berdahaga nanti, jadi dia pesan dua sekali gus.

"Dua cawan tau!"

"Wokeyh!" lantang Pakcik Dollah membalas di balik sana. Jadi, dia pun kembali melangkah ke arah Ida.

"Amboi dia, mentang-mentang dah jadi businessman, jarang sungguh mai singgah sini sekarang." terus Hassan mengusap belakang tengkuk bersama sengihan kecil. Adeh, tak tahu nak balas apa.

"Hehe, baru harini berpeluang nak ke sana sini, kalau tak terperuk saja dalam pejabat pengurusan tu." akui Hassan, memang sudah lama tak bersua muka dengan orang kampung.

Ida hanya membalas gelengan kecil sebelum mengajak Hassan duduk berhadapannya. Sesekali dia melambai-lambai tangannya penuh desakan, macam mahu kongsikan sesuatu pada pemuda itu.

Tidak sampai beberapa minit, dua gelas minuman sejuk sudah ditantang Pakcik Dollah di meja Ida berada.

Seusai berterima kasih, Pakcik Dollah menapak pergi lalu Hassan mula mengambil tempat. Raut muka amende-kau? mula menghiasi wajah tampan si jejaka.

Sempat dia meraih gelas air untuk meneguk minuman sejuk itu.

"Dengar cerita, keluarga Pakcik Saiful datang rumah kau sebab anak perempuan dia nak merisik kau, betul ke?" tersedak Hassan dibuatnya, sampaikan tak henti-henti batuknya.

Tak sangka, laju betul mulut-mulut orang kampung sebarkan khabar berita yang kurang menyenangkan itu. Sudahlah yang merisik itu daripada pihak perempuan sendiri. Waduh, terbalik habis!

"Mana kau tahu ni?" soalnya yang masih lagi terbatuk-batuk.

"Alah, kat group wasap kampunglah. Ingat kampung kita ni kuno sanga- ohoii jantan suwek!" perbualan mereka berdua dijedakan sejurus Ida melambai-lambai ke arah seseorang yang membelakangi Hassan.

Disebabkan ingin tahu, dia yang masih meneguk air pun menoleh ke belakang. Serta-merta pegangan pada tangkai gelas plastik melorot jatuh ke bawah tatkala Hassan memandang ke arah beberapa jejaka yang duduk semeja, tidak jauh dari kedudukan mereka berdua.

"BTS?" ujarnya tidak disangka-sangka.

Patutlah Seonghwa ternganga lain macam, mesti kumpulan K-pop diminati ramai ini mengunjungi gerai coconut shake itu.


⋘ ──── ∗ ⋅◈⋅ ∗ ──── ⋙


Tungganganku melelong ke sana sini. Mana tidaknya, gembira tak terkira setelah dapat bergambar dengan artis yang dikenali seantero dunia itu. Ini kalau aku bagitahu pada sepupu aku sorang tu, pasti dia meroyan hehe.

Pin! Pin!

Akibat terkejut dengan bunyi hon kereta, motosikal aku tunggangi mula menyenget ke bahu jalan. Sumpah seranah aku hamburkan dalam hati tatkala gerangan yang memandu kereta Kancil mula keluar dari perut kereta.

"WOI! Buta ke tak nampak kereta gojes aku ni lalu hah?" tutur jejaka itu secara meninggi sambil meneliti bahagian hadapan kenderaannya yang diubah suai seperti kartun.

"Sorrylah, tak perasan tadi." aku mula minta maaf. Ya, aku sedar aku yang leka atas moto.

"Mujurlah kereta aku calar sikit je, kalau tak aku kemek-kemekkan kotak santan kau kat kedai-kedai tu."

Tanpa memaafku, jejaka yang bernama Faris Ikram lantas memasuki ke dalam kereta berwarna kuning itu sebelum meluncur laju dari situ.

"Poyolah HongJoong ni, harap saja modified kereta macam Minion, tapi perangai macam Gru." omelku sendirian.

Mahu saja aku memulas pedal, telefon tiba-tiba berbunyi. Jadi cepat-cepat aku menerima panggilan.

"Apa, dorang datang?"

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🌴🥥🌴🥥🌴

╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

❝ Maaf, aku hater produk keluaran SanTan Enterprise, kecamlah aku muehehehe ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ Maaf, aku hater produk keluaran SanTan Enterprise, kecamlah aku muehehehe ❞

- 𝖧𝗈𝗇𝗀𝖩𝗈𝗈𝗇𝗀 𝖺.𝗄.𝖺 𝖥𝖺𝗋𝗂𝗌 𝖨𝗄𝗋𝖺𝗆

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





Sorry kalau chapter ni bosan, Wauthormelon akan tulis better one di chapter seterusnya. Nantikan❤️

【✔️】𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 • 𝓒𝓱𝓸𝓲 𝓢𝓪𝓷Where stories live. Discover now