2

25 0 0
                                    


Habis sahaja sarapan Sofea tidak melengahkan masa untuk bergerak ke sekolah. Hari ini sudah genap lima bulan semenjak dia memulai tahun ketiganya sebagai pelajar menengah atasan di Sekolah elit Sanchetti.

Untuk pengetahuan umum,sekolah ini hanya menerima murid elit daripada latar belakang yang diiktiraf sahaja seperti mereka yang berasal daripada keluarga kerabat diraja, golongan bangsawan, dan keluarga yang mempunyai kuasa politik yang besar.

Tiada siapa yang dapat melepasi pagar sekolah itu jika tiada kaitan atau urusan dengan sekolah tersebut. Hal ini, bagi memastikan kesalamatan para pelajar agar terjamin pada setiap masa.

Semua murid di sekolah itu mempunyai profil tinggi dengan kepentingan masing-masing. Jika tersilap langkah, mereka mungkin akan diculik. Oleh itu, sekolah itu dipasang dengan system sekuriti canggih yang juga dilindungi oleh sebanyak 2000 pengawal keselamatan daripada pasukan tentera terlatih.Jadi, murid di sekolah itu tidak perlu membawa pengawal peribadi masing-masing dan mereka boleh meneruskan sesi persekolahan seperti murid biasa dengan suasana kondusif untuk pembelajaran.

Kekaguman teserlah di wajah Sofea apabila mengingatkan ucapan pengetua pada majlis kemasukan palajar yang lalu.

"Kamu semua adalah murid-murid elit yang terlahir daripada darah yang hebat. Berbanggalah kerana sekolah ini telah mendidik nenek moyang kamu daripada tujuh generasi lamanya dan kamu adalah pewaris mereka pada zaman sekarang, jadi tolonglah meneruskan legasi mereka itu dangan jayanya"

Memang benar, hampir keseluruhan murid di situ mempunyai kaitan dengan generasi-generasi yang lepas.

Termasuklah keluarga Sofea. Ayahnya merupakan alumni di sekolah itu dan begitu juga dengan atuk, nenek dan moyang sebelumnya. Lain pula cerita dengan Mamanya kerana dia merupakan orang Rusia, oleh itu dia bersekolah di negara asalnya.

Tidak sempat mengelamun panjang, hayalan Sofea di potong oleh pakcik driver.

"cik muda kita dah sampai" driver menoleh kebelakang memberitahu Sofea.

"terima kasih pakcik" Sofea mengangguk kepadanya.

Sofea hanya menggelar diri driver itu sebagai pakcik. Pakcik driver yang berusia dalam 40an itu juga bukanlah calang-calang orang kerana dia merupakan mejar yang bersara awal daripada angkatan tentera.

"selamat bersekolah cik muda" pakcik senyum.

"okay" Sofea pun membalas dengan senyuman manis.

Sofea melangkah keluar kereta dan kelihatan banyak lagi kereta yang beratur panjang di belakang untuk menurunkan penumpangnya.

Sejurus sahaja Sofea menjejakkan kaki di depan pintu masuk, matanya tidak puas mengkaji struktur binaan itu. Walaupun sudah lima bulan disitu, dia masih mempunyai reaksi yang sama setiap hari.

Mana tidaknya, saiz dan ketinggian pintu itu melampaui imaginasi sesiapa pun yang tidak pernah melihatnya. Ianya sama seperti pintu masuk di sekolah Hogwart dalam siri berjudul Harry Potter. Cuma ianya jauh lebih lebar dan tinggi serta bewarna kuning keemasan. Corak yang terukir pada pintu itu juga ternampak pelik seperti simbol kuno pada zaman mesir purba yang mengelilingi kepala singa garang yang merupakan logo rasmi di sekolah elit Sanchetti.

Sofea berpendapat bahawa pintu itu tidak diciptakan untuk manusia tetapi mungkin adalah untuk gergasi. Mungkin dahulu sekolah itu adalah rumah untuk gergasi? fikirnya sendirian. "Eh mengarutlah" ujarnya di dalam hati.

Melepasi pintu itu, Sofea berada di ruang legar megah sekolah yang merupakan tempat kegemaran murid-murid di sini. Suasananya seperti di istana, di mana dua lantai menjalar dari kiri dan kanan. Karpet merah dibentangkan di atas tangga membuatnya kelihatan lebih mewah.

Kedua-dua tangga tersebut adalah laluan meghala ke koridor atas sekolah menuju ke kelas. Tangga disebelah kanan adalah laluan untuk ke bahagian timur bangunan di mana ia menempatkan kelas untuk murid tahun tiga dan empat. Manakala tangga disebelah kiri adalah laluan untuk ke bahagian barat bangunan yang menempatkan kelas untuk murid tahun lima. Bahagia Utara bangunan menempatkan pejabat guru dan fasiliti lain di sekolah seperti perpustakaan, gym, kolam renang, dewan dan macam-macam lagi. Bahagia selatan pula adalah bahagian pintu masuk dan kawasan taman yang luas. Keseluruhannya, keluasaan sekolah ini adalah sebanyak 300 ekar tanah.

Candeliar besar yang dipenuhi berlian tergantung di tengah siling yang mempunyai reka bentuk lukisan pada zaman greek yang bermotifkan flora dan fauna. Candeliar yang besar itu dipenuhi dengan 100,000 ribu butir berlian asli dan ia memancarkan biasan cahaya yang cukup menakjubkan. Sekolah ini sentiasa menjadi sasaran perompak dari luar yang menginginkan berlian tersebut. Namun tiada satu perompak pun telah berjaya masuk kerana sistem keselamatan yang sangat ketat. Sesetengah daripada mereka ada yang telah ditembak mati.

Walaupun Sofea sudah biasa dengan susana yang lebih mewah di rumah mahupun di tempat lain, akan tetapi tiada tempat yang setanding dengan ciri-ciri keanggunan luar biasa sekolah ini yang sudah wujud dari tujuh generasi sebelumnya.

Sofia pergi ke tengah-tengah ruang legar. Patung singa emas tesergam indah di situ dengan mulutnya ternganga luas menggigit sebuah Ipad. Ipad tersebut memaparkan kata-kata hikmat yang berbeza pada setiap hari. Ramai murid menyukainya dan menggelar patung emas itu sebagai Leon-san.

"Sofia" belum sempat Sofea membaca kata hikmat, suara halus memanggil namanya.

Cinta AntagonisWhere stories live. Discover now