세 ; 03

421 60 55
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.

.

.

"Dah kenapa korang ni? Tak sedap ke masakan melayu ni?" Soal Makcik Kiah apabila melihat wajah ketujuh-tujuh orang manusia yang kelihatan murung saja.

"Eh? Tak adalah. Sedap je, pandai Makcik Kiah masak." Ujar Taehyung bersama senyuman paksanya.

"Dah tu, kenapa macam tak luak je makan? Muka pun monyok. Cuba cerita sikit, dah kenapa ni hah?" Soal Makcik Kiah.

Pemukul lalat itu diketuk di atas lantai dengan agak kuat. Hal itu membuatkan bahu mereka semua terenjut sedikit. Ayok, tanda-tanda nak kena marah la tu. Get ready korang semua, HAHAHAHAH!

"Err... M-macam ni... Kau la yang cakap Namjoon." Lengan Namjoon disenggol Seokjin.

"Aku jugak?"

"Habis tu? Kau kan yang buat, ish!"

"Fine! Erm... Macam ni Makcik Kiah. T-telefon Makcik Kiah tu... Err..."

"Wayar telefon tu dah putus! Namjoon buat!" Ujar Jimin dengan mulutnya penuh disumbat ikan goreng.

Mahu saja Seokjin dan Namjoon cepuk budak pendek ini. Namun, mereka hanya membatalkan niat mereka itu sekarang.

Ketujuh-tujuh orang itu menunggu jawapan dan reaksi dari Makcik Kiah. Ingatkan nak marah ke apa. Tapi, tak. Muka dia selamba gila. Aik?

"Makcik Kiah... Tak marah ke?" Soal Hoseok dengan berhati-hati.

Makcik Kiah menggelengkan kepalanyam "Nak marah buat apa? Lagipun telefon tu dah lama rosak. Malas nak beli yang baru."

Krik krik krik krik.

"Hmm, eloklah kalau rosak pun kan?" Ujar Yoongi.

"Dah, dah. Makan cepat, lepas tu kita borak-borak. Makcik pun nak kenal dengan kamu semua ni."

Setelah selesai menjamu selera dan mengemas apa yang patut, Makcik Kiah dan semua ahli Bangtan berkumpul di ruang tamu. Hujan di luar pula hanya renyai-renyai.

Kalau tidur, best ni. Sejuk je. Lagi-lagi Yoongi tu. Tidur mati lagi dia dibuatnya.

"Hah, cepat kenalkan diri korang." Ujar Makcik Kiah yang turut duduk bersila bersama mereka.

Dan macam nak adakan mesyuarat pula. Duduk dalam bulatan.

"Saya, Kim Namjoon. Leader group Bangtan ni."

☆ミ Salah Tempat, Bangang! ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now