십사 ; 14

249 36 14
                                    

"Engko buat apa ni, Tae?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Engko buat apa ni, Tae?"

Terenjut sedikit bahu Taehyung tatkala ada suara menyoalnya. Walaupun dengan nada biasa, tetapi cukup membuatkan lelaki ini terkejut. Beg plastik di tangannya disorokkan di belakang tubuhnya. Dia menghadap Hoseok yang memandang pelik ke arahnya.

"Kau sorok apa? Tengok!"

Tangannya laju untuk merampas beg plastik yang disorokkan Taehyung itu. Namun, tidak berjaya kerana Taehyung lebih tangkas mengelakkan dari dirampas oleh Hoseok.

"Kau... Kau beli dadah eh?" Teka Hoseok bersama wajah terkejutnya.

Cepat-cepat Taehyung menggelengkan kepalanya. Dia memandang ke kiri dan ke kanan sebelum merapatkan tubuhnya ke arah Hoseok.

Beg plastik yang disorokkan nya itu dihalakan ke arah Hoseok. "Aku beli mercun ni masa dekat bazaar ramadhan tadi."

Ada mercun gasing, mercun pop pop, mercun bola  Mercun apa lagi entah dia beli. Hoseok mengerutkan dahinya memandang isi di dalam beg plastik itu. Blur mungkin mercun itu apa benda.

"Mercun apa ni? Hyung tak faham. Lagipun, dah kenapa kau duduk dekat belakang rumah ni? Dekat-dekat dengan toilet?"

Taehyung menghela nafas berat. Dia memetik jarinya di hadapan wajah Hoseok sambil tersenyum senget. "Yoongi hyung tengah membuang kan? Tae ingat nak kenakan dia dengan mercun ni."

Wajah Hoseok terus bertukar teruja apabila mendengar plan taeguna si Taehyung ni. "Wahhh! Mesti kelakar punya! Bagus Taehyung!"

Taehyung kembang semangkuk. Dia mengeluarkan lighter dari poket seluarnya. Satu mercun bola diambil, dia mengambil posisi yang sesuai untuk melempar mercun bola itu nanti.

Dalam kiraan tiga, Taehyung menghalakan lighter itu ke arah mercun bola yang dipegang. Cepat-cepat dia melempar mercun bola itu di kawasan terdekat dengan tandas itu.


POM! POM!


"EH PAKCIK KAU PUTIH!! WOI, SIAPA MAIN MERCUN TU?!"

Taehyung dan Hoseok menahan tawa mereka apabila suara Yoongi memecahkan kesunyian malam itu. Sebiji lagi mercun dicucuh dengan lighter dan dibaling ke arah yang sama.


POM! POMMM!


"JAHANAM BETUL, AKU TENGAH BERAK NI SETANN! WEYHHH SELUAR AKUUU!!"

Terus meletus tawa mereka berdua apabila Yoongi menjerit sebegitu. Entah apa yang terjadi padanya sampai suaranya kedengaran gelabah sahaja.

 Entah apa yang terjadi padanya sampai suaranya kedengaran gelabah sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
☆ミ Salah Tempat, Bangang! ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now