열셋 ; 13

254 36 48
                                    

Jimin menggarukan kepalanya yang tidak gatal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jimin menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Wajahnya seperti tidak rela sahaja apabila Maimunah tidak henti-henti mengajaknya karaoke bersama di pondok bawah pokok rambutan itu. Yang lain sudah ketawa berdekah-dekah melihat yang sudah panas punggung itu.

"Alaaa oppa ni. Jom la nyanyi lagu Promise ni, suara oppa kan sedap?" Ajak Maimunah sambil sudah siap sedia earphone yang disumbat pada telinga kanannya.

"Err... Kan dah dua lagu kita nyanyi tadi?"

"Alaaa, jom laa jom laa."

Jimin meraupkan wajahnya. Dia terpandang ke arah Taehyung yang sedang mentertawakannya. Terus saja ada mentol yang menyala di atas kepalanya.

"Kejap eh—"

Jimin memakai seliparnya lalu dia menuju ke arah Taehyung. "Tae, kau pernah cakap kau tak sabar nak try awek
Malaysia kan?"

Semua yang berada di situ terus memandang ke arah Taehyung.

Seokjin memetik jarinya. "Haah la. Kau jangan buat-buat lupa eh, Taehyung. Hyung pernah dengar kau kemain lagi tak sabar nak ngorat awek Malaysia masa dalam flight haritu."

"Ehh? Aku ada cakap eh?"

"Sudahlah kau, tak payah nak buat-buat lupa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sudahlah kau, tak payah nak buat-buat lupa. Aku hempuk kau pakai selipar ni kang!" Ujar Jimin sambil menjeling ke arah Taehyung yang sengaja mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Pergilah tackle Maimunah tu. Kesian aku tengok Jimin tu." Ujar Jungkook yang ralit bermain dengan rambut Hoseok.

Jimin menarik-narik tangan Taehyung. Tubuh lelaki itu sengaja dikeraskan. Apa, tak cantik ke si Maimunah tu? Pfft—

"Jimin oppa... Kenapa lama sangat?"

Terkejut beruk Jimin dibuatnya apabila satu suara menyentakkannya. Ha sudah! Dia memang tidak mahu diganggu oleh Maimunah yang memang tergilakannya itu. Memang taklah! MUKA MACAM NAMJOON HYUNG, ADUMAK!

Yoongi tersenyum senget. Cepat-cepat dia mara ke arah Jimin dan Taehyung.

"Hai cik adik. Ni hah, Taehyung cakap dia nak tackle kau. Ambik je la dia eh?" Terus saja tubuh Taehyung ditolak Yoongi.

☆ミ Salah Tempat, Bangang! ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now