Bab 4

4.7K 352 6
                                    

MEMANG kata-kata aku ini satu doa agaknya! Sampai sahaja di rumah semalam, terus aku menggigil kesejukan. Tekak dah mula terasa sakit dan pedih. Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Sah aku demam! Tapi, disebabkan hari ini Isnin, nak tak nak terpaksalah aku masuk pejabat juga.

Kalau ikutkan hati, memang aku nak MC, tapi sebab aku tengah handle one of company's biggest project, terpaksalah aku letak tepi dulu segala demam aku ini. Lagipun, aku cuma demam saja. Makan Paracetamol, eloklah nanti.

Sampai di pejabat, aku terus mengambil tempat aku di depan komputer. Baru aku hendak membuka fail di tangan, Wiera sudah menepuk bahu aku. Terus aku menoleh ke belakang. "Kau ini dah kenapa? Pagi-pagi lagi dah cari aku?" Aku bertanya dengan suara mak angsa.

Wiera pandang aku dengan pelik. "Kenapa dengan suara kau ini?" tanya Wiera sebelum tangannya terus mendarat di dahi aku. "Kau demam ke?" tanya Wiera. Aku tepis lembut tangan Wiera dan sekadar mengangguk. "Demam sikit saja. Kau cari aku ini kenapa? Takkan ada urgent meeting lagi kut?" Aku bertanya sambil menekan butang on pada komputer aku.

"Kau tak nampak ke ada seorang perempuan asing tiba-tiba masuk sini?" Sah, nak ajak aku bergosip.

Aku berkerut seraya menggeleng. "Tak ada. Kenapa? Ada staf baru lagi ke?"

"Tadi dia masuk bilik Encik Izammil. Semua orang syak itu girlfriend dia. Tak pun, isteri dia."

Terangkat kening aku. Isteri? Aku syak itu mesti Lyana, girlfriend dia itu. Tapi, cakap pasal isteri ini, Encik Izammil itu ada isteri ke tak? Kalau ada, takkanlah dia keluar dengan Lyana? Ke Lyana itu isteri dia sebenarnya? Tapi, kenapa Tiara panggil dia Aunty Lyana dan bukan mama? Ke itu mak tiri Tiara saja? Isy, tak faham aku!

"Oit! Kau ini, berangan pula!" Sekali lagi, Wiera menepuk bahu aku. Aku hanya tersenyum sambil tangan naik memicit dahi. Kepala aku memang terasa berat sangat sekarang ini sebab aku memang terlebih lemah bila demam. Antibodi aku lemah sangat agaknya!

"Aku dengarlah. Hmm... Girlfriend dialah kut. Lantaklah. Biasalah orang kaya macam dia itu mestilah ada kekasih." Aku membalas mudah. Sebab aku malas nak ambil tahu sangat. Itu pun aku dah kena warning dengan dia supaya tak buka cerita tentang hal peribadi dia. Jadi, lebih baik aku tutup mulut saja.

Setelah itu, Wiera terus berlalu ke mejanya. Mungkin dia pun tak berapa nak berminat untuk ambil tahu sangat tentang private life Encik Izammil Ardhwan itu.

Aku membuka emel dan ada sesuatu menarik perhatian aku. Emel dari RNC Trading dari US. CMMIT ID number yang aku tunggu akhirnya dah keluar! Aku terus print out segala dokumen yang diperlukan bersama ID number tersebut lalu aku satukan dalam sekeping fail. Kemudian, aku bangun dari kerusiku dan melangkah ke bilik Encik Izammil.

Aku ketuk perlahan pintu bilik Encik Izammil dan aku memulas daun pintu setelah diizinkan untuk masuk. Aku tersentak seketika saat wajah Lyana menyapa pandanganku. Dia menyandarkan punggungnya pada bahagian meja di sebelah kerusi Encik Izammil. Kedudukan mereka agak rapat dan sempat aku nampak betapa pendeknya skirt Lyana.

"Yes, Hanim?" Encik Izammil bernada tegang. Tak tahulah sama ada dia marah aku sebab mengganggu atau sebab dia baru lepas bergaduh dengan Lyana.

"Saya dah dapat CMMIT ID number. Saya perlukan signature Encik." Aku menghampiri meja Encik Izammil lalu aku serahkan fail di tanganku. Encik Izammil menyambut huluranku lalu dia membuka fail tersebut dan dibeleknya satu persatu.

Tiba-tiba, dia menoleh memandang Lyana di sampingnya. "Lyana, can you leave? I'll call you and we'll talk later," kata Encik Izammil sambil buat muka tegas, menyuruh Lyana beredar. Aku hanya memandang. Tapi, aku dapat lihat Lyana enggan beredar. Masih kekal di situ.

BAHAGIA UNTUK IZAMMIL | uneditedWhere stories live. Discover now