bab 10(final)

12.7K 346 25
                                    

Takbir raya berkumandang menceriakan suasana hospital pada pagi itu.

Semua orang menyambut hari raya dengan gembira walaupun ada yang sedih kerana terpaksa bertugas di pagi raya. Siapa lagi kalau bukan kakitangan yang bekerja di hospital.

Firdaus sedang menyusun bekas makanan ke dalam laci meja. Sementara menunggu Ayu yang ke tandas.

"Assalammualaikum baby. Good morning."

Firdaus mencium pipi gebu anaknya.

Ya. Semalam Ayu telah selamat melahirkan anak sulung mereka. Lapang hatinya melihat wajah kecil itu.

Semalam dia menjadi saksi bagaimana seksanya Ayu yang mahu melahirkan anak mereka. Teruk jugalah tangan dia menjadi sasaran cakaran Ayu. Dia nak ambil wuduk pagi tadi pun pedih.

Tapi dia tahu, sakit di tangannya tak setanding dengan sakit yang Ayu rasakan. Dia bersyukur lagi sekali apabila melihat isteri dan anaknya selamat. Tak sangka apa yang Ayu minta jauhkan itu yang terjadi.

Mereka akhirnya sambut raya pertama di hospital. Muncung saja mulut Ayu dari pagi tadi. Sedih sebab tak dapat nak pakai baju raya.

"Abang."

Firdaus menoleh bila dengar Ayu memanggilnya.

"Ye sayang." Dia membantu Ayu yang mahu duduk. Perlahan-lahan dia mengangkat Ayu.

"Abang dah makan? Abang tak nak pergi sembahyang raya ke?" Ayu menyoal lembut.

"Boleh ke abang pergi? Sayang boleh duduk sorang?"

Ayu tergelak.

"Abang pergi je. Tak payah risaukan Ayu. Sinikan ada nurse yang boleh jaga Ayu. Abang pergilah. Kesian Fahmi tu."

Firdaus senyum kecil.

"Baik abang pergi. Sayang jangan nakal-nakal tau. Kalau nak apa-apa minta tolong nurse buatkan. Jangan pandai-pandai buat sendiri. Jaga diri elok-elok jaga baby." Panjang nasihat Firdaus. Berat hati dia nak meninggalkan isteri dan anaknya.

Padahal nak pergi sembahyang raya je pun.

"Ayu taulah. Abang ni membebel pulak".

"Bukan membebel. Nasihat je."

Firdaus mencium dahi Ayu kemudian dia mencium lagi sekali pipi bayi comelnya yang sedang menyusu.

"Abang pergi dulu."





























"Ha Ayu, kan mak dah cakap beraya dalam hospital kamu tahun ni." Mak Wati ketawa mengekek. Tak sangka pulak mulut dia masin.

Ayu memuncung. Dia cemburu tengok semua orang pakai baju raya baru tapi dia kena pakai baju hospital.

"Awak ni. Tengok tu dah macam itik dah anak tu. Syukur beraya dalam hospital dalam suasana gembira sebab kita sambut orang baru dalam keluarga kita. Kan Firdaus." Pak Amin menepuk bahu menantunya.

"Adik, abang nak dukung baby boleh tak?" Anif dari tadi tak berhenti mencucuk pipi anak buahnya.

"Abang reti ke dukung baby? Nanti menangis anak adik ni siaplah."

Anif menjelir lidah. Ingat orang takut ke.

Tak sampai seminit anak Ayu berada dalam pegangan Anif, bayi comel itu sudah menangis. Cuak Anif dibuatnya takut anak buahnya itu sakit. Terus dia serahkan anak itu kepada Ayu.

"Ayok abang buat apa?" Sakat Ayu.

"Ala dia menangis sebab dia lapar. Bukan abang buat." Anif membela diri.

[5]Encik Duda Pujaan Hati 2 ✓Where stories live. Discover now