1

669 88 53
                                    


"Terima lah hukuman kau!"

Pedang di tangan di tusuk ke dalam pada badan lelaki di hadapannya.

Darah menitik dari pedang tersebut, dirinya tersenyum sinis memandang lelaki di hadapannya ini tergamam melihat pedang yang terbenam di dalam perutnya.

"YOONGI!!!!"

__________

"ARGHHHHHHH JANGAN!!" Suga terjaga dari tidur. Dada berombak-ombak. Dahi berpeluh. Mata meliar mencari kelibat lelaki yang ditusuk pedang sebentar tadi.

Selepas sedar itu cuma mimpi ngeri, Suga melepaskan keluhan berat. Parut di mata yang berdenyut itu, di gosok.

"kalau macam ni, sampai mampus aku takkan aman" rambut di kusutkan. Rimas dengan mimpi yang sering datang menjengah tidurnya.

Suga memandang jam di atas meja bersebelahan katil nya.

10.37am

"ah shit dah lewat" dengan pantas Suga mengalih comforter dari badannya kemudian berlari ke bilik mandi untuk bersiap.

__________

"Selamat pagi, Suga"

Suga mengalihkan pandangannya dari tombol pintu apartment nya ke belakang. Melihat siapa yang menegurnya pada awal pagi ini.

tch, diani lagi.

Suga hanya memberikan jelingan kepada manusia yang menegurnya itu, pandangan dialihkan semula ke tombol pintu.

Pintu apartment di kunci kemudian Suga terus berlalu pergi meninggalkan manusia tersebut tanpa membalas tegurannya.

Tanpa melengahkan masa, Suga menuruni tangga dengan pantas. Kemudian menghampiri motosikalnya yang di ruangan parkir. Motosikal dihidupkan, di tunggang pantas menuju ke destinasi.

___________

"Maaf lambat" kata Suga pada lelaki di hadapannya. Lelaki itu berhenti dari kerja yang sedang dilakukan, kepala diangkat. Memandang Suga yang termengah-mengah menarik nafas.

"Aku ingatkan kau tak datang harini" jawab Kim Taehyung seraya menyambung kerja mengelap kaunter itu.

"Aku bangun lambat" balasnya ringkas.

Suga menuju ke belakang kaunter mengambil box penghantaran makanan. Kemudian terus berjalan keluar dari cafe tersebut tanpa memandang Taehyung.

"Bila laa dia ni nak berubah" Taehyung memandang lelaki dingin yang sedang menaiki motosikal di luar lalu pergi meninggalkan cafe itu untuk menghantar makanan yang dipesan.

Taehyung hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat sahabatnya itu.

Loceng cafe berbunyi.

"Selamat datang" kata Taehyung sambil mengangkat kepalanya, memandang manusia yang sedang berjalan menuju ke kaunter.

"Ish, ingatkan customer tadi" cebik Taehyung melihat adiknya, Kim Taein yang sedang melabuhkan punggungnya di kerusi kaunter itu.

Taein tertawa kecil melihat muka masam abangnya itu. Nasib comel.

"Suga dah masuk?" tanya Taein sambil menyarungkan apron yang di ambil di bawah kaunter itu pada tubuh.

"Dah masuk, and dah blah" kata Taehyung dengan nada geram.

Masuk lambat lepastu taknak pandang langsung tuan kedai, siapa ja tak geram?

"Dingin macam selalu ke?" tanya Taein .

[𝐂] The Curse || MYGWhere stories live. Discover now