18

183 43 15
                                    

"Kau serious ke ni?" soal Jimin. Masih tidak percaya Suga setuju ikut mereka ke Daegu.

"Ya" jawab Suga ringkas.

"Sebab?" soal Jimin.

Namjoon yang sedang memandu kereta itu melihat Jimin dari cermin kecil di atas.

Tanya banyak pulak budak ni. Yoongi rembat japgi baru reti nak diam.

Taehyung di kerusi penumpang hadapan, memandang Namjoon. Bibir digigit.

Jimin cari pasal ke apa?

"Nak tahu?" soal Suga. Senyuman sinis terukir dibibir.

"Nak la do !" pantas Jimin menjawab.

Jungkook mengganguk laju.

Taehyung memasang telinga.

Manakala Namjoon memandang Suga dari cermin pandang belakang itu.

Semua teruja untuk mendengar jawapan Suga selepas ini.

"Kau." Suga menunding jari ke arah Namjoon.

"Sebab kau classmate aku"

"Kau"

Jari beralih ke arah Taehyung yang berada pada kerusi di depannya.

"Sebab kau boss aku"

"Kau"

Jari menunjukkan pada Jungkook disebelahnya.

"Sebab kau dongsaeng aku"

"And kau"

Jarinya menunjuk ke arah Jimin yang berada disebelah Jungkook.

"Sebab kau pendek dari aku"

"WOOOIIIII"

Meletus tawa mereka.

___________

"Kau nak pergi rumah dia ke esok?"

"Yaa kenapa salah ke?" soal Taein. Lisa yang terbaring di sebelahnya direnung.

"Aku tak nampak dia sejak aku datang sini" ujar Lisa perlahan. Tidak mahu temannya ini risau dengan lelaki itu.

"KAU BIAR BETUL?!" jerit Taein lalu terus bangun dari pembaringannya. Mata sudah bulat memandang Lisa.

Terkejut. Tidak pernah lelaki itu hilang. Mengapa tiba-tiba sahaja?

"B-betul.." ragu-ragu Lisa menjawab.

"Kau jangan tipu aku. Tak baik dosa tau. Aku tahu mak kau tak ajar kau menipu" kata Taein. Mata dikecilkan memandang Lisa. Mahu memastikan rakannya ini tidak menipu.

"Sumpah aku tak tipu"

Jantung Taein berdegup kencang apabila Lisa menjawab dengan serious.

"Aku kena tengok dia"

Tanpa melengahkan masa, Taein mengalihkan selimut yang membaluti badannya itu. Namun, sebelum sempat turun dari katil bersize queen itu, Taein ditahan.

"Dah gelap weh. Bahaya kau pergi sekarang Kim Taein. Esok jelah kita pergi ya?" lembut Lisa berkata. Tangan Taein ditarik.

"Tak. Nak."

Tangan Lisa direntap. Taein terus berlari keluar dari bilik Lisa.

Jeritan panggilan Kim Liesa diabaikan.

Risau. Dia perlu memastikan lelaki itu dalam keadaan baik-baik sahaja.

Taein berlari keluar dari perkarangan rumah keluarga berdarah British itu.

[𝐂] The Curse || MYGWhere stories live. Discover now