59

169 35 15
                                    

"Semua salah kau"

Terkejut semua mendengar. Taehyung yang menuruni tangga itu dipandang.

Suga menunduk memandang lantai. Sedar akan kesilapan bodohnya. Kesilapan yang telah meragut nyawa Kim Taein.

"Tae apa kau cakap ni" tegur Jimin lembut.

Taehyung berjalan mendekati Suga. Jimin tidak dihairankan.

"Kau punca kaki Taein cedera !"

"Kau punca Taein tak boleh lari !"

"Kau punca Taein di tangkap !"

"Taehyung !" panggilan tegas Namjoon diabaikan. Kemarahan membuak buak di dada Taehyung menguasai dirinya.

Suga hanya memerhati Taehyung mendekatinya. Sedikit tidak berganjak. Taehyung dipandang kosong.

"Kau punca Taein hilang maruah !"

"Kau punca Taein hilang kawan !"

"Kau punca Taein sedih !"

"Kau punca Taein dibunuh !!" jerkah Taehyung deras. Jungkook bangun dari duduknya menahan Taehyung dari terus mendekati Suga. Bimbang Suga dipukul.

"Kau berlagak macam hero tapi sebenarnya kau tu sampah ! Sampah yang Seokjin kutip entah dari mana kemudian datang menyemak !!" marah Taehyung. Tangan ditunding geram ke arah Suga.

"Taehyung !!" jerkah Seokjin. Taehyung sudah melampau. Suga sahaja kunci kejayaan mereka.

"Kau punca Taein pergi tinggalkan aku !!" jerkah Taehyung lantang. Jungkook yang menahannya itu ditolak.

Jungkook tetap menahan Taehyung. Jimin dan Hoseok turut serta membantu Jungkook. Tangan dan bahu Taehyung dipegang.

"Aku tahu" ujar Suga ringkas. Mata Taehyung direnung kosong.

"Kau yang patut mati bukannya Taein !!" marah Taehyung. Merah muka Taehyung.

"TAEHYUNG !" jerkah Hoseok lantang. Pemergian Taein merupakan takdir. Takdir yang tidak dapat diubah.

Naik turun dada Taehyung menahan geram.

"Aku tahu semua salah aku" kata Suga bersama senyuman pahit.

"Kau memang pembawa sial !" jerkah Taehyung. Bingit telinga Hoseok dibuatnya.

"Tae hentikan !" marah Seokjin. Taehyung dipandang dengan mata berkaca. Sedih melihat Taehyung hilang kawalan begini. Lelaki ini sentiasa tenang jika berlaku sesuatu. Namun tidak kali ini.

"Walau macam mana kau marah dia sekalipun, Taein takkan kembali !!" lantang Namjoon menegur dengan tegas. Taehyung memandang Namjoon bengis.

"KAU DIAM !" jerkah Taehyung. Namjoon dicerlung tajam. Hilang hormat Taehyung kepada semua ketika ini. Entah apa yang merasukinya—

Suga bangun dari duduknya lalu mendekati Taehyung yang ditahan tiga jejaka itu.

"Lepaskan dia" arah Suga.

"Kau gila ke apa ?!" marah Jimin. Terbuntang mata memandang Suga.

Dia nak Taetan ni belasah dia ke apa ?!

"Lepaskan dia" ulang Suga. Jungkook ditolak ke tepi. Jungshoock si muda itu dibuatnya.

Taehyung pandang Suga bengis bagai mahu ditelan.

"Pukul aku" arah Suga.

Terbuntang semua memandang Suga, mendengar permintaannya.

"Dia memang gila" kata Jimin yang masih menahan Taehyung itu.

[𝐂] The Curse || MYGWhere stories live. Discover now