Aihana melangkah ke arah kelasnya yang terletak di tingkat dua bangunan T.R Academy itu. Tingkat Dua bangunan T.R Academy merupakan tingkat bagi pelajar 1st Years. Manakala tingkat tiga merupakan kelas para pelajar 2nd Years.
And of Course tingkat empat merupakan tempat dimana terletaknya kelas-kelas 3rd Years.Jumlah kelas di setiap satu tingkatan TR Academy ialah lima kelas. Dan Aihana berada di kelas kedua. Iaitu..
Aihana berhenti di hadapan pintu kelas yang bertulis 1-2.
Kelihatan di dalam kelas itu sudah dipenuhi oleh ramai pelajar baru yang memasuki sekolah itu sepertinya.Aihana melangkah masuk ke dalam kelas itu lalu mencari tempat kosong.
Kelihatan ada satu tempat kosong bersebelahan dengan seorang lelaki di tepi tingkap barisan belakang sekali.Aihana melangkah ke arahnya dan dia mengambil tempat di sebelah lelaki itu .
Lelaki itu memakai spek dan kelihatan dia agak pendiam orangnya. Seperti seorang student yang bijak dalam kelas. Dia sedang membaca buku sambil mendengar lagu di earphonenya.
Aihana mengerling ke arah nametag lelaki itu yang tertulis namanya
'Sousuke'
Buku nota diletakkan di atas meja. Dan Aihana mengeluarkan bekas pensilnya.
Aihana mula menulis sesuatu di buku nota kecilnya itu .
Sousuke mencuri pandang gadis cantik disebelahnya itu.Dia seperti ingin mengenali rakan semejanya itu sementara guru belum memasuki kelas mereka.
Tetapi sebelum dia menegur gadis itu, dia sempat mengerling ke arah isi kandungan di dalam buku nota kecil Aihana. Dia terdiam apabila melihat pelbagai strategi basketball tertulis di dalam buku itu.
Aihana yang perasan Sousuke memandang ke arah bukunya itu, terus menutup buku itu dan disimpan ke dalam beg semula.
Sousuke hanya memandang wajah Aihana. Apabila dia mengingati sesuatu, Sousuke mula terdiam beberapa saat lalu dia menegur gadis itu
"Kau..Aihana Ken kan?"
Aihana memandang ke arah Sousuke lalu mengganguk.
Sousuke akhirnya tersenyum.
"Kenapa kau datang sekolah ni?" Soal Sousuke. Hairan dia melihat pemain professional basketball seperti Aihana memilih sekolah baru seperti ini.
Sepatutnya dia pergi ke sekolah yang lebih kuat .Sousuke mengenali gadis itu kerana ketika di perhimpunan tadi, dia ada terdengar mengenai gosip bahawa Aihana Ken daftar ke sekolah ini. Dan dia tidak sangka pula gadis itu sama kelas dengannya.
"Salah ke aku pilih sekolah ni?" Balas Aihana.
Terdiam terus Sousuke. Dia tidak tahu mahu membalas apa . Memang tak salah pun, itu pilihan dia sendiri. Tetapi rugilah jika orang sepertinya mensia-siakan bakatnya di sekolah seperti ini. Sekurang-kurangnya kalau dia masuk sekolah yang ada team basketball lagi kuat, dia pasti dapat menggunakan bakatnya dengan baik.
Perbualan mereka berdua terhenti disitu setelah seorang guru lelaki memasuki kelas mereka pada hari pertama persekolahan untuk pelajar 1st years sebagai pelajar sekolah menengah.
Info:
Di Japan,
YOU ARE READING
The Secret Player ✓ -DIBUKUKAN-
FanfictionT.R Academy, Merupakan sekolah baru, yang tidak pernah memenangi apa-apa pertandingan sukan. Dan semuanya berubah selepas... Seorang perempuan yang merupakan pemain professional basketball daftar ke sekolah itu Macam mana seorang perempuan boleh ter...