Di sebuah restaurant,
Ken hanya memandang senior yang lama tidak dia jumpa itu dihadapannya.
Shinro hanya mendiamkan diri sambil menyedut carrot susu yang ditempah olehnya tadi. Keadaan di antara mereka berdua begitu awkward sekali.
"Bila senpai balik sini?" Soal Ken yang cuba memecahkan kesunyian diantara mereka berdua itu.
Shinro hanya tersenyum lalu memandang ke luar tingkap restoren itu. "Semalam baru sampai"
Aihana Ken hanya mengganguk faham. Matanya hanya memandang Shinro yang berada di hadapannya itu. Mereka duduk bertentangan.
"Keita yang suruh datang.. tengok Ito" Balas Shinro lagi. Aihana Ken hanya mengganguk lagi. Dia hanya bermain-main dengan straw di dalam gelas itu dan kadang kala menyedut sedikit demi sedikit air epal tersebut.
Keadaan mereka sekali lagi sunyi sepi. Mungkin keadaan kekok yang timbul ini adalah berpunca daripada kerana mereka sudah lama terpisah lamanya.
Shinro memandang ke arah Ken. Ken juga memandang mata lelaki itu. Shinro hanya tersenyum lalu dia menunduk memandang meja.
"Kau makin lawa" puji Shinro. Ken hanya tersenyum nipis mendengar pujian daripada lelaki itu.
"Shinro.. kau still main basketball kan?" soal Ken dengan wajah kerisauan . Ken hanya memerhati lengan kanan Shinro yang dulunya berbalut kerana patah. Bagaimana dengan sekarang? dah semakin pulih kan? Kelihatan Shinro pun seperti biasa sahaja menggerakkan tangannya.
"Kau still risau pasal aku ke?" Shinro tersenyum melihat Aihana yang hanya menggangukkan kepala. Shinro tergelak kecil melihat riaksi gadis itu.
Mata Shinro merenung wajah gadis di hadapannya "Aku okay lah.. jangan risau, aku still main basketball" balas Shinro.
Lega Aihana mendengar hal itu. Dia begitu risau jika lelaki itu jadi sepertinya. Yang dulu juga ingin berhenti bermain atas sebab tertentu.
"Aku dengar dari Subaru, kau nak keluar dari K-Quin.. sebab aku?"
Mata gadis itu direnung oleh Shinro. Ken hanya terkedu mendengar soalan itu. Dia tidak sangka pula Subaru masih berhubung dengan Shinro. Mengapa Subaru tidak pernah memberitahunya apa-apa mengenai Shinro?
"hm" balas Ken pendek.
"Ken."
Aihana memandang ke arah Shinro.
"Kau tak perlu ikut kata sesiapa... kau ikut hati kau je.. and stop risau pasal aku, jangan rasa bersalah pasal aku lagi... Aku okay je.. and aku still main basketball macam biasa""Aku nak kau teruskan apa yang kau usaha selama ni, aku tahu kau banyak potensi..." Shinro memujuk gadis itu. Dia kebetulan terserempak dengan gadis itu ketika sedang dalam perjalanan ke Hospital.
"Tapi kau tak faham Shinro, aku nak kau masuk K-Quin semula.. please.. kalau kau masuk K-Quin, baru aku akan kembali kepada K-Quin.. aku tak tahu nak buat apa sekarang..Aku sayang TR Academy" Ken mengadu masalahnya kepada lelaki itu. Entah kenapa dia sentiasa selesa dengan Shinro. Shinro adalah seperti abangnya sendiri. Selalu sahaja memahami nya sepanjang masa.
Shinro mencapai tangan Ken. Ken terdiam melihat hal itu. Tangan Ken digenggam erat oleh Shinro lalu lelaki itu merenung matanya . Ketika itu Aihana Ken merasakan dirinya sedikit tenang dengan tindakan Shinro yang pandai memujuknya.
"Macam aku cakap.. ikut hati kau... And kalau kau nak jumpa aku... kau kena sampai national... kalahkan K-Quin di peringkat negeri dengan team kau sekarang..."
Berkelip kelip mata Aihana mendengar hal itu.
"Maksud kau?"
Shinro tersenyum. "Aku wakil France.. kita jumpa kat perlawanan dunia nanti"
Terkejut Aihana Ken setelah mendengar hal itu.
"sumpahlah?! wehh kenapa tak bagitahu aku!!!" Ken kelihatan begitu teruja. Wajahnya kembali tersenyum membuatkan Shinro tergelak kecil.Tidak sangka, Shinro yang selama ini hilang, rupa-rupanya merupakan wakil negara Perancis. Dia betul-betul terkejut mengenai hal itu.
"Selama ni kau... berlatih untuk team sana ke?" soal Ken lagi. Shinro hanya membalas dengan anggukan.
Aihana Ken kembali ceria mendengar perkara daripada Shinro itu.
"Aku akan tunggu kau kat sana.." ujar Shinro dengan senyuman terukir di wajahnya. Aihana Ken hanya mengganguk sambil tersenyum."By the way, TR Academy?"
Perbualan mereka begitu panjang sekali sehingga mereka tidak sedar akan kehadiran Subaru dan Rocky yang turut berada di restoren itu sambil memerhati mereka berdua.
Subaru tersenyum lega melihat Ken sudah kembali ceria selepas berjumpa dengan Shinro. "hmm diorang kalau berjumpa, bukan ingat kita" adu Rocky .
Subaru tergelak kecil. "ala kau, jeles cakap"
Rocky hanya memberi role eyes.
~(つˆДˆ)つ。☆
Malam itu,
Ken meniarap di atas katil sambil bermain telefonnya. Hatinya sudah tenang ketika ini.
Selepas berjumpa dengan Shinro tadi, semuanya berubah. Dia sudah membuat keputusan untuk bersama TR Academy, dan memenangi perlawanan final esok bersama mereka semua. Final lusa nanti ialah TR Academy VS Takeshi's High. Iaitu sekolah Rocky. Hmm ini pun menjadi satu masalah besar untuk Ken. Tetapi dia bertekad untuk berlawan semampu yang boleh bagi mengalahkan Rocky. Dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan Shinro di perlawanan dunia. Dia rasa tercabar apabila Shinro sudah pergi lebih jauh daripadanya. Dia tidak mahu kalah.Tunggu aku tau Shinro..
Lalu, jika TR Academy berjaya memenangi perlawanan diantara sekolah itu, mereka akan pergi ke peringkat seterusnya iaitu negeri. Dan disitulah mereka akan bertemu semua ahli K-Quin. Tetapi untuk lepas ke peringkat negeri, hanya ahli yang dipilih sahaja dapat pergi .
Dan Aihana berharap agar ramai daripada TR Academy yang terpilih ke peringkat itu.
Aihana tersenyum sendiri lalu mesej mula dihantar kepada group chat TR Academy.
TR ACADEMY
Esok pagi berkumpul kat
gelanggang sekolah. Kita
buat latihan berat sikit.Uchiha: orait
Kino: Haipp
Giichi: Ada makanan free x?
Itsuki: ALAAA ADA TRAINING
Yuuki: excited teroks
Riku: Tak shabar
Touma: Giichi senpai, kalau nak
makanan free, dalam tong sampah
banyak.Giichi: kuajo punya junior
Aihana hanya tersenyum melihat chat mereka.
Tidak sabar rasanya untuk tunggu final , lusa nanti.
To be continue..
YOU ARE READING
The Secret Player ✓ -DIBUKUKAN-
FanfictionT.R Academy, Merupakan sekolah baru, yang tidak pernah memenangi apa-apa pertandingan sukan. Dan semuanya berubah selepas... Seorang perempuan yang merupakan pemain professional basketball daftar ke sekolah itu Macam mana seorang perempuan boleh ter...