Part 12 | Captain Asahi

5.8K 498 41
                                    

Pada perlawanan kedua dan ketiga. TR Academy berjaya mengalahkan dua pasukan sekolah lain itu . Aihana Ken tidak masuk ke gelanggang langsung sepanjang dua pertandingan itu, kerana baginya, player-player TR Academy sudah terlalu kuat melebihi mereka.

Aihana hanya melangkah masuk jika dia merasakan mereka tidak boleh menang. Player-player TR Academy yang baru habis perlawanan ketiga itu terus melangkah semula ke ruangan rehat dan mereka mula berpecah dan merayau di sekeliling stadium besar itu. Kerana perlawanan mereka pada hari ini sudah tamat.

Dan mereka hanya perlu bersiap sedia pada perlawanan yang diadakan keesokan harinya.

Aihana mengambil masa terluang itu untuk melihat perlawanan sekolah lain. Dia mengambil salah satu tempat duduk di tempat penonton. Banyak mata yang memandang ke arahnya.

"Ken lah.."

"Tak sangka doo Ken ada kat sebelah aku"

Aihana hanya mendiamkan dirinya dan matanya memandang ke arah gelanggang. Kelihatan perlawanan diantara Sakura's High dan Windmil's High sedang berlangsung.

Di dalam pasukan berjersi pink putih iaitu Sakura High, mata Aihana fokus pada seseorang.

Seorang lelaki yang paling tinggi di dalam team Sakura High dan memakai label Captain itu membaling tepat bola ke dalam jaring dan dia seperti begitu bijak mengendalikan strategi Team nya.

"Aku still tak faham kenapa Sakura High's punya permainan biasa ni, boleh membuatkan diorang jadi team yang kuat"

"Eh kau tak tahu ke? Captain Diorang Asahi, itu kunci permainan diorang...Asahi always lead team dia dan boleh membuatkan pihak lawan keliru dengan strategi pelik Asahi.. Asahi, siapa je tak kenal.."

Perbualan dua pelajar sekolah lain di tepi Aihana itu membuatkan Aihana hanya tersenyum memandang Asahi yang berada di gelanggang.

Ye sememangnya apa yang dikatakan mereka amat benar. Asahi adalah kunci Sakura High's dapat gelaran one of the strong Highschool.

But still..

Asahi membaling bola ke arah rakan seperjuangannya setelah dia berjaya bertungkus lumus mendapatkan bola dari pihak lawan. Malangnya, ahli teamnya itu tidak dapat mengambil bola tersebut.

Semua orang di stadium mulai berbisik mengenai Asahi.

"Dia gempak, tapi baling bola selalu salah" Gosip-gosip di keliling stadium itu mulai kedengeran. Aihana hanya mendiamkan diri dan matanya serious memandang cara balingan Asahi.

Bagi Aihana..

Asahi tidak bersalah dalam perkara itu. Cara balingan Asahi sangat tajam dan tepat kepada ahli kumpulannya, cuma ahli kumpulannya yang lain sahaja yang tidak dapat catch up dengan cara permainan laju Asahi. Jika Asahi berada di team Professional Basketball, dia sudah lama mendapat pujian dari semua pemain professional.

Masa rehat 1 minit berlangsung, Asahi kembali ke arah bangku ahli pasukannya dan kelihatan mereka semua begitu kelelahan.

"Asahi, kau tak boleh baling perlahan ke? kita orang penat lah nak ambil bola laju kau" salah seorang ahli kumpulannya mula membuat spekulasi dan menegur captain mereka itu. Dia sudah tidak tahan menerima bola laju seperti yang dilakukan oleh Asahi.

Asahi hanya mengikat tali kasutnya dan mendiamkan diri. Ahli teammatenya mula mendekati Asahi dan mereka berdiri di hadapan Asahu yang sedang duduk menunduk mengikat tali kasutnya.

Asahi mendongak memandang wajah mereka semua yang kelihatan kemerahan menahan geram.

"ganti jela aku"

The Secret Player ✓ -DIBUKUKAN- Where stories live. Discover now