👑26👑

997 92 6
                                    

Aku mengunci rumah aku. Beg sandang yang aku letakkan di tepi pasu bunga aku ambil. Aku dan maklumkan pada Jimin yang aku akan tidur di rumah Hyomin setiap kali hujung minggu selama tiga hari. Nasiblah dia percaya.

"Eh Sora, nak kemana ni?" Aku mendongak melihat Ahjumma Weng di muka pintu rumahnya.

"Saya nak tidur di rumah kawan perempuan saya untuk 3 hari." Dia mencebik.

"Iya la tu kawan perempuan. Entah entah kau pergi tidur rumah namchin kau. Manalah tahu. Anak muda sekarang bukannya boleh diharap." Aku hanya senyum.

"Saya mana ada namchin."

"Heh. Ingat aku nak percaya? Pergilah. Nanti dah mengandung anak haram tu, pandai pandailah tanggung ya." Ahjumma Weng masuk ke dalam rumahnya yang bersebelahan aku. Aku masih lagi tersenyum walaupun dalam hati ni melonjak rasa marah.

Dia lebih tua jadi aku kenalah hormat.

Satu apartment kenal dia. Sikapnya yang selalu menyakitkan dan mengguriskan hati orang lain membuatkan dirinya dibenci.
Nasiblah dia sorang je jiran aku yang puaka. Jiran sebelah kiri aku ni baik. Ahjumma Shin.

Aku berjalan ke arah lif yang berada di hujung blok.

"Siapa ahjumma tu?"

"Yah kamchagiya!" Aku mengundur ke belakang sedikit. Terkejut melihat figura lelaki yang menyergahku dari depan.

"Sorry." Lelaki yang memakai mask itu mengangkat sign peace pada ku.

Min Yoongi.

"Awak buat apa kat sini? Kan saya cakap tunggu dalam kereta? Kalau orang datang macam mana?" Aku mengikutinya masuk ke dalam lif. Tingkat aras bawah ditekan.

"Rilek la. Aku pakai mask kan. So siapa saja nak kenal aku. Lagi pun, aku bukannya dikenali ramai macam si Namjoon tu." Kami keluar dari lif dan menuju ke kereta.

"Kau tak jawab lagi soalan aku. Siapa ahjumma tadi? Bukan main kata lagi. Mengandung anak haram? Wah." Aku tergelak kecil.

"Dia tu jiran saya. Mulut dia memang macam tu. Kami semua di apartment dah biasa." Pintu kereta bahagian depan aku buka dan masuk ke dalamnya. Enjin dihidupkan.

"Geram je aku dengar dia cakap macam tu dekat kau. Rasa macam nak tumbuk je muka dia biar lebam. Kalau dia tahu siapa diri kau yang sebenar, mesti dia melutut dekat kau." Aku menggeleng. Yoongi pandu kereta pulang ke istana.

"Esok kau pergi beli baju baru dekat mall. Permaisuri Taeya yang suruh." Aku mengangguk.

"Awak dengan Leez unnie ikut sekali kan?" Yoongi mengangguk.

"Kau dengan Leez je masuk mall. Aku tunggu dalam kereta."

"Masuklah dalam mall sekali. Awak boleh beli barang barang keperluan awak juga." Dia menggeleng.

"Kami pemandu istana hanya dibenarkan untuk berada dalam kereta sahaja ketika keluarga istana pergi ke sesuatu tempat. Bodyguard je yang dibenarkan ikut sekali." Aku mengangguk.

"Hoseok dan Seokjin?"

"Mereka pun sama. Tapi mereka lebih teruk. Tak keluar istana. Hoseok keluar ke cafe kau hari tu pun, dia gembira." Aku mengangguk lagi. Rasa macam tak bebas pula mereka ni.

✨✨✨

"Esok lepas universiti, Sora ikut Leez ke mall ya. Beli baru untuk dipakai. Biar nampak cantik ke universiti atau ke mana mana tempat." Bonda Taeya mengusap lembut rambut aku. Aku memuncungkan mulut.

"Tapi Sora tak selesa la pakai macam tadi. Semua pandang Sora lain macam. Sora ni pula tak suka jadi perhatian. Lagi pun, Sora bukannya pandai bergaya. Bagi Sora, pakai gelang tangan yang eomma dan appa bagi tu pun, Sora rasa macam dan berfesyen." Bonda Taeya tergelak.

"Sebab Sora tu cantik. Sebab tu lah orang pandang. Mesti nanti Sora banyak peminat macam Tae. Sudahlah Sora tu dekan. Tak sangka Puteri Mahkota Korea ni bijak." Ayahanda Taeyong pula berkata. Aku senyum.

"Tapi tak rasa macam melebih ke? Pakai baju cantik cantik, gelang tangan, jam tangan, cincin tunang ni, rantai, cekak rambut. Rasa macam banyak sangat. Perlu ke pakai semua tu bonda? Ayahanda?" Aku bertanya.

"Perlu. Itu melambangkan kamu tu Puteri Mahkota."

"Tapi tak ada siapa pun yang tahu yang Sora ni Puteri Mahkota!"

"Tapi macam mana kalau kerabat diraja negara lain datang ke Korea? Kalau mereka tengok kamu, mereka akan tahu yang kamu ni Puteri Mahkota."

"Lagi pun, kalau dibandingkan dengan aksesori yang Sora pakai dengan perempuan lain, rasanya mereka banyak lagi." Aku mengangguk perlahan. Nak bantah, tak boleh. Pujuk pun, tak berhasil.

Pasrah saja lah Sora. Kau kena belajar berfesyen dengan Leez unnie lepas ni.

"Esok ayahanda akan arahkan bodyguard istana untuk awasi kamu bila kamu pergi mall nanti. Kalau kena kacau, mereka ada untuk lindungi kamu."

"Baiklah ayahanda." Seusai saja aku berkata, aku baru teringat sesuatu.

"Ayahanda!"

"Ya?"

"Tak payah la suruh bodyguard istana temankan Sora ke mall esok." Bonda Taeya dan ayahanda Taeyong kelihatan terkejut.

"Mana boleh! Kalau Sora kena ganggu macam mana? Ada orang cuba nak buat sesuatu yang buruk pada Sora ke?" Aku menggeleng.

"Maksud Sora, suruh orang lain yang temankan Sora ke mall. Bukannya bodyguard istana. Boleh?" Riak terkejut mereka digantikan dengan kerutan dahi.

"Siapa Sora?"

Continue...

Sorry tak update semalam. Banyak kerja. Nah double update from me🔥

[C] CROWN PRINCESS | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now