👑38👑

953 86 39
                                    

"Jadi kalau ada orang tanya mana kau setiap hujung minggu, aku kena jawab yang kau tidur di rumah aku?" Aku mengangguk.

"Selama ni kalau orang tanya, memang aku bagi tahu yang aku tidur di rumah kau. Kalau bagi tahu benda sebenar, mahu terkejut jadinya." Kami berdua ketawa.

"Sini kepala kau. Cekak tu nak jatuh." Aku menunduk sedikit bagi memudahkan Hyomin membetulkan cekak rambut di kepala aku.

"Fuh. Bergetar tangan aku nak pegang cekak ni." Aku ketawa kecil. Sebelum ni bukan main lagi pegang. Sekarang takut pula.

"Dah! Kan cantik macam ni." Aku hanya senyum. Tanganku membetulkan sedikit rantai leher yang senget itu.

"Sora. Apa maksud segala benda yang kau pakai ni?" Hyomin bertanya.

"Gelang tangan ni, memang aku selalu pakai sebab ini adalah pemberian eomma dan appa aku sebelum mereka pergi. Rantai ni pula, adalah lambang pertabalan aku sebagai Puteri Mahkota. Cekak rambut ni, tanda sebagai aku bakal mewarisi mahkota dan gelaran permaisuri kelak. Cincin ni, kau sendiri tahu kan kenapa dia wujud di jari aku." Aku menjeling Hyomin yang sedang tersengih.

"Tahu. Tahu sangat!" Aku mendengus. Sejak dapat tahu semua ni, dia suka menyakat aku. Ada saja dia nak kenankan aku dengan Taehyung.

Baguslah dia sukakan Jungkook. Jungkook dengan dia pun sama je.

Hyomin sakat aku.

Jungkook sakat Taehyung.

Apa masalah pun aku tak tahu. Macam mereka ni merancang sesuatu.

"Kim Sora!" Kami berdua berhenti berjalan dan menoleh ke belakang.

Cha Eunwoo. Playboy berjaya di Korea University.

"Nae? Kalau sebab nombor telefon memang saya takkan bagi." Dia menggeleng. Dihulurkan kepada aku sejambak bunga ros merah. Dengan segannya, aku mengambil.

"Dari saya kepada awak!" Terus dia pergi meninggalkan kami. Aku hanya memandang susuk belakang tubuhnya dan bunga itu silih berganti.

Ni cara mengorat orang trend sekarang ke?

"Sekarang kau makin famous kan? Tak sia sia Permaisuri Taeya suruh kau tukar fesyen. Gunakan muka kau yang cantik tu sebaik mungkin." Aku mencebik. Pandangan ku teralih ke arah bunga ros itu. Dibawa dekat dengan hidung dan dihidunya.

"Wah. Wanginya! Aku suka!" Aku berkata teruja. Sekali lagi bunga itu aku hidu.

"Sora. Ada surat sekali." Hyomin menegur membuatkan aku tersentak sedikit. Surat itu aku ambil. Belum sempat aku nak baca, ada sepasang tangan merampasnya.

"Dear Kim Sora, saya nak kata yang saya amat meminati awak dari dulu lagi sejak tahun pertama universiti. Awak berjaya buatkan saya jatuh cinta pada awak. Saya harap awak terima cinta saya dan jadikan saya sebahagian dari hidup awak. Sayang dari Cha Eunwoo. Puih!" Kertas di tangan Taehyung dirampas kasar. Aku selitkan semula ke dalam celahan bunga ros itu.

Sesuka hati je nak rampas. Entah datang dari manalah dua orang ni.

"Ayat kalah Shakespeare. Tapi perangai serupa lahanat. Perempuan keliling pinggang. Ada hati nakkan kau? Pfft! Tak layak." Taehyung mengutuk selamba diri Eunwoo. Aku menggulingkan anak mata.

"Habis tu, kau layak sangat lah dengan aku?" Aku menyoal sarkastik.

"I'm your fiance. Ingat sama apa status kau sekarang. Jangan nak terima sangat hadiah dari fans kau. Hadiah dari mereka pun aku buang." Aku merenungnya tajam.

Dia demam ke hari ni?

"Aku sayanglah nak buang semua hadiah mereka. Hadiah semua tu bukannya datang dari daun kering. Kalau aku buang, macam aku membazir duit mereka pula. Baik aku simpan. Kenangan last year!" Kataku ceria. Dia memandang aku kosong membuatkan aku mengeluh.

"Iyalah. Aku buang. Tapi kalau makanan, aku makan." Taehyung mendengus.

"Arra. Selebihnya, sila sedekah pada tong sampah. Jaga status kau." Tegas Taehyung memberi amaran.

"Betul tu, kalau kau tak jaga, keluarga istana akan fikir lain. Bukan kau je kena, Taehyung pun akan kena sekali. Dan kemungkinan besar, aku dan Hyomin akan dibawa menghadap sekali sebab kita semua satu universiti. Berita pertabalan kau pun, just kita berempat je tahu. Faham?" Aku menangguk.

Bila difikirkan semula, ada betul juga teguran Jungkook itu. Bukan setakat imej aku je tercalar, malah imej keluarga istana juga akan tercalar jika penguman pertabalan aku diumumkan.

"Baiklah! I will!" Taehyung menepuk bahu aku.

"Aku buat semua ni, demi keluarga istana. Bukannya sebab aku dah tertarik dengan aku. Jangan perasan ye." Aku memandangnya tajam.

"Kau kalau dah lama merasa nikmat hidup, bagi tahu lah aku ye. Aku nak bagi kau rasa nikmat kematian pula." Aku menyinsing sedikit lengan baju. Penumbuk dikepalkan lalu dihalakan betul betul di hadapan mukanya.

"Tak payah nak acah gangster sangat. Setakat tumbukan kecil kau ni, tumbuk semut je mati." Di tepisnya buku lima aku ke bawah. Hidung aku dipicit seketika sebelum pipi aku ditarik kuat.

"Yah!"

"Comel lah kau ni. Macam teddy bear." Aku tersentak. Begitu juga dengan dia. Tangannya yang berada di pipiku dia turunkan.

"Ehem!" Aku dan dia berdehem serentak. Aku melirik ke arah Jungkook dan Hyomin.

Rancak berbual.

"Kook. Kita balik jom." Jungkook hanya mengangguk. Mereka pergi meninggalkan kami.

Comel lah kau ni. Macam teddy bear.

Aku tersenyum. Dia puji aku. Kata aku comel. Namun, senyuman aku mula mati apabila teringatkan sesuatu.

Aku buat semua ni, demi keluarga istana. Bukannya sebab aku dah tertarik dengan aku. Jangan perasan ye.

Aku berasa kecewa. Sedih pun ya, nak nangis pun ya. Entah mengapa aku agak terasa dengan ayat Taehyung itu.

Takkanlah aku mula sukakan dia?

Continue...

Double update from me..kalau rajin...sha update lagi satu chap malam niii...tu pun kalau rajin la🌚

Bye✨❤

[C] CROWN PRINCESS | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now