👑28👑

1K 93 21
                                    

Tok tok tok..

"Kejap Leez unnie!" Aku menutup buku perundangan dan bergerak ke pintu. Buka saja, bukan muka Leez unnie tapi

"Ha nak apa datang sini? Tak jumpa bilik dah?" Aku bercekak pinggang. Mata aku dikecilkan memandang Taehyung yang sedang memandangku juga. Tubuhnya tersarung t-shirt hitam berlengan pendek dan sweatpants biru langit. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar.

"Ikut aku." Taehyung mula meninggalkan aku. Dengan geramnya aku menutup pintu bilik dan mengikut langkahnya dari belakang.

Sejujurnya, aku belum kenal selok belok istana ni lagi jadi aku tak tahu ke mana dia nak bawa aku pergi. Esok aku cuti jadi aku nak lawat istana ni dengan Leez unnie.

"Masuklah dulu." Aku akur.

Terpegun aku melihat dekorasi taman itu. Dengan fairy lights yang tergantung dan dililit di pokok pokok. Bantal bantal yang disusun elok atas kotak kayu. Set meja yang kelihatan mewah.

Aku terpesona dengan semua ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku terpesona dengan semua ini.

"Kau suka tak tempat ni?" Aku mengangguk laju. Ini tempat yang boleh dikatakan macam di dunia fairy tale! Indah.

"Jom aku bawa kau ke satu tempat lagi." Aku diam tak menjawab tapi mengikutinya.

"Wah! Ni rumah pokok siapa ni?!" Aku memandang kagum ke arah rumah pokok itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wah! Ni rumah pokok siapa ni?!" Aku memandang kagum ke arah rumah pokok itu.

"Aku punya. Bonda dan ayahanda upah orang buat untuk aku sempena birthday aku yang ke 14 tahun." Aku masih lagi memandang rumah pokok itu.

"Nak naik tak?" Aku menoleh ke arahnya. Dengan senyuman lebar, aku mengangguk laju.

Gila kau. Seumur hidup aku, aku nak sangat naik rumah pokok macam ni. Selama ni tengok dalam televisyen je. Artis artis berlakon dalam drama. Tak pun dalam kartun George The Jungle.

"Hati hati naik tangga tu. Kalau kau jatuh, aku juga yang kena bertanggungjawab."

"Ish aku tahulah!" Aku memanjat tangga itu sehinggalah sampai ke rumah itu.

Cantik sungguh!

"Best kan? Boleh tengok bintang malam." Aku mendongak ke atas. Tersenyum aku jadinya melihat bintang yang sedang bersinaran di langit.

Tiba tiba, aku ternampak dua bintang yang bersinar di langit.

"Taehyung! Taehyung! Tengok tu!" Aku menarik tangannya untuk lebih dekat. Aku tundingkan jari ke arah dua bintang yang bersinar terang itu.

"Kenapa dengan bintang tu?"

"Orang kata, kalau kita nampak bintang tu bersinar, bintang tu adalah orang yang kita sayang. So means that bintang tu adalah eomma dan appa aku! Sebab aku sayang eomma dan appa." Aku luahnya dengan nada gembira. Cuba menyebunyikan perasaan sebak yang semakin menjalar di hati.

"Hey, baringlah." Taehyung menarik tanganku. Lantas kami berdua baring bersebelahan.

Memang janggal tapi aku cuba untuk tak jadi kekok dengan lalaikan diri menikmati bintang langit.

"Kau, masih tak boleh terima lagi ke dengan keadaan diri kau sekarang." Soalan Taehyung membuatkan fokusku pada bintang terganggu.

"Bohonglah kalau aku cakap yang aku dah boleh terima semua sepenuhnya. Aku cuba nak terima semua mimpi ngeri ni secara perlahan." Aku membalas. Sebelah tangan aku naikkan ke belakang kepala untuk dijadikan bantal.

"Aku minta maaf sangat sangat tentang apa yang jadi sebelum ni. Aku tahu, aku punca segala masalah yang timbul dalam hidup kau ni. Kalau aku tak mengadu, mesti kau tak payah nak jumpa ayahanda. Jadi Puteri Mahkota dan—

"Aku maafkan kau. Jangan risaulah. Walaupun waktu tu aku rasa macam nak cekik kau, tapi aku kuburkan niat aku. Aku maafkan kau sejak kau mohon dalam kereta lagi pada hari pertabalan aku." Aku nencantas kata katanya.

"Kau, okay jadi Puteri Mahkota?"

"Okay je. Walaupun aku jadi semakin sibuk sedikit, tapi aku okay. Kalau diikutkan, memang aku akan stress tapi aku ada penghilang stress aku sendiri."  Taehyung memandang ke arah aku sekilas.

"Siapa?"

"Yoongi, Namjoon, Seokjin, Hoseok, Hyomin, kawan kawan cafe dan Leez unnie!" Jawabku separa menjerit.

"Nampaknya kau rapat dengan pekerja istana." Aku mengangguk. Aku rasa, rapat dengan mereka semua dapat mencerikan hidup aku!

"Kenapa? Selalunya, kerabat diraja takkan rapat dengan pekerja istana hanya atas dasar bukan kerja. Aku pun tak pernah rapat dengan mereka semua." Aku tergelak kecil.

"Sebab aku ni, sama macam mereka. Walaupun gelaran aku adalah Puteri Mahkota tetapi hakikat diri aku yang sebenar adalah sama seperti mereka. Just a human. Lagi pun, aku bukannya nak sangat jadi Puteri Mahkota. Ni pun sebab terpaksa." Taehyung mencebik kecil. Aku hanya membiarkannya.

"Kau anggap aku sebagai apa?" Aku berfikir sekejap. Soalan Taehyung itu membuatkan aku pening nak jawab.

Putera Mahkota?

Penggangu ketenangan?

Encik tunang?

"Musuh aku." Aku terkekek ketawa.

"Apa pula anggap aku macam tu?!" Kini dia menyilangkan tangannya di atas dada. Muka cemberutnya membuatkan aku geli hati.

"Alah. Kau pun anggap aku musuh kau juga?" Bibirnya memuncung. Seketika, dia mengangguk.

"Apa kata kita berbaik nak tak?" Aku bangun dari duduk sambil memandangnya yang masih baring.

"Kita berbaik?"

"Yes! Kita kan sepupu. Jadi, tak eloklah kalau nak bergaduh. Kita jadi kawan. Nak tak?" Dia mengangguk setuju lalu bangun dari baringnya dan duduk bersila di hadapan aku.

"We start all back." Aku menghulurkan sebelah tanganku padanya. Dengan gembiranya, dia menyambut.

"Annyeong! Jeonun Kim Sora ibnida! Puteri Mahkota Korea merangkap sepupu Kim Taehyung!"

"Annyeong chingu! Jeonun Kim Taehyung ibnida! Putera Mahkota Korea merangkap sepupu Kim Sora!"

Continue...

Let's focus with this story memandangkan story aku yang satu lagi aku dah siap tulis!✨

[C] CROWN PRINCESS | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now