💎C6: Wonwoo

377 65 26
                                    

Dream: 6

"Kim Younghee masuk bilik saya sekarang!"

Younghee yang sedang leka menyiapkan laporan yang perlu dihantar kepada bosnya petang nanti terkejut mendengar alunan jeritan dari bosnya.

Dengan tergesa-gesa dia masuk ke bilik bosnya.

"N-nae bos?",ujar Younghee yang menunduk mukanya. Dia tidak mahu memandang lelaki di hadapannya itu. Sudah pasti lelaki yang merupakan bosnya, memandangnya dengan tatapan yang tajam.

"Haih apa pula salah aku hari ni?",desis hatinya.

Hampir setiap hari ada saja perkara yang tidak kena yang dilakukan oleh Younghee di mata bosnya itu.

Dia, Jeon Wonwo, bos kepada Younghee. Younghee menganggap lelaki itu membencinya. Sebab?  Yelah kalau tiap hari kena marah siapa je tak tahan kan?

"Laporan yang aku minta tu mana?! Kenapa tak hantar pagi tadi hah?!"

Harap jantung Younghee tak terjatuh terjelepuk, mendengar tengkingan Wonwoo itu.

"B-bukan bos minta saya hantar petang ni kah"

Younghee tidak mampu memandang Wonwoo, dan sekarang ini dia sudah putus atas bekerja dengan bosnya yang dingin sedingin ais batu itu.

"Pandang aku bila kau bercakap dengan aku!"

Terus Younghee mengangkat wajahnya lalu dia mengenggam hujung bajunya. Dia marah, geram dan dia dah tak mampu menahan sabarnya lagi.

Air matanya mengalir.

"Saya nak berhenti", ujar Younghee sambil memandang Wonwoo yang masih berlagak dingin dan angkuh.

"Tak, aku takkan luluskan permohonan kau tu"

Dengan beraninya Younghee berkata, "Saya tak tahan kalau bos asyik marah saya tiap hari tanpa alasan yang kukuh, walaupun semua benda saya buat betul tapi di mata bos semua salah. Apa salah saya pada awak sampai awak layan saya macam ni?"

Soalan Younghee itu dibiarkan tidak dijawab.

"Kalau awak tak luluskan permohonan saya untuk berhenti bekerja tempoh hari tu saya tetap akan berhenti. Itu keputusan saya!"

Younghee keluar dari bilik itu bersama esakannya. Lalu dia mengemas semua barangnya, dia sudah tekad mahu berhenti dan dia takkan jejakkan kaki dia di kota Seoul ini dia mahu pergi dari Wonwoo, dia tahu lelaki itu akan mencarinya. Perkara itu pernah terjadi satu dari pada pekerjanya sebelum ini.

Biarlah dia pergi ke tempat yang jauh, asalkan dia tidak berjumpa dengan lelaki itu.

"Younghee tunggu",Wonwoo datang ke tempatnya lalu dia menarik tangan Younghee.

"Lepaskan saya!"

"Tak, dengar dulu apa aku nak cakap"

"LEPASKAN AKU LAH SYIALLLL!!!"

Younghee terbangun lalu dia memandang kawan baiknya, Han Arin yang sudah memandang dirinya dengan pandangan kau apahal ngok?

"Wehh Rin aku mimpi Wonu jadi bos aku pastu dia kejam dengan aku wehh dia marah aku hugrhhh kejam arr laki kau tu"

Omma Younghee yang masuk ke biliknya sambil membawa dulang yang berisikan dua cawan air hot chocolate, hairan melihat anaknya yang seorang ini.

"Dah kenapa dengan hee ni, sejak dua menjak ni asyik bermimpi je"

Arin pulak mengangkat bahunya menandakan dia tidak tahu.

....

Wonwoo terbangun dari tidurnya.

"Apa yang aku mimpikan ni? Kesian pulak aku tengok yeoja tu"

"Hah yeoja? Siapa? Di mana? Mengapa?",soal Mingyu yang berada disebelahnya.

Lalu Wonwoo memandang Mingyu dengan pandangan sejak bila ko ada kat bilik aku hah hanot?!

"Gyu, kau nak pelempang kah penampar?"

Muncung bibir Mingyu apabila Wonwoo mengajukkan soalan tersebut.

"Haish hyung ni menci lah macam ni",ujar Mingyu sambil membuat perangai kebudak-budakannya.

"Baik kau keluar kalau kau tak nak kena dua² tu"

Maka dengan pantasnya Mingyu keluar dari biliknya. Sempat lagi dia mengutuk hyungnya itu.

[©] 𝑫𝒓𝒆𝒂𝒎 : 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏𝒕𝒆𝒆𝒏Where stories live. Discover now