💎C10: DK

324 60 22
                                    

Dream : 10

"NEOL CHAJAGAYA DWEA CHAJAGAYA DWAE, JIGEUM ULMYEON MOT BOLJI MOREUNIKKA"

"ULGO SHIPJI ANA!"

Younghee baru saja ingin menghirup air kopinya tiba-tiba dia terdengar suara orang sedang bernyanyi menyebabkan dia terkejut sehinggakan air tersebut tumpah di atas meja makannya.

Younghee memejamkan matanya sambil mengetap giginya menandakan dia sedang geram. Dia tahu lah siapa yang bernyanyi waktu pagi itu.

"Lee Seokmin!!"

Hampir setiap hari setiap pagi lelaki itu akan memekak bernyanyi macam dia sorang je yang tinggal di perumahan itu.

Ya, Lee Seokmin atau pun Dokyeom atau DK jiran sebelah rumahnya.

Younghee keluar dari rumahnya dan lantas menuju ke rumah Seokmin.

"YAH SEOKMIN, BOLEH TAK KAU SEKALI JE TAK MEMEKAK PAGI PAGI NI. AKU NAK BERSARAPAN PUN TAK AMAN TAHU TAK!",marah Younghee sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah jirannya itu.

Pintu itu pun dibuka oleh tuan rumahnya.

"Apa kau ni, memekak kat depan pintu aku?",kata Seokmin sambil bercekak pinggang memandang Younghee yang sudah naik angin dengan perangainya itu.

"Haih boleh tak kau tak jangan bernyanyi waktu waktu gini. Aku terkejut dengar kau tadi kau tahu tak, sampai air tumpah haish",bebel Younghee.

Seokmin pula, nak tak nak je dengar bebelan Younghee.

"Dah? Dah habis membebel? Kalau dh habis aku nak mandi ni",katanya pula yang mahu menutup pintu rumahnya semula.

Younghee pula sudah geram tahap maksimum lalu ditendangnya kaki lelaki tu.

"Padan muka, herhh geram aku!"

"Woih bahenol betul lah dia tu, sakit gila!"

Marah Seokmin tetapi tidak diendahkan oleh Younghee yang terus masuk ke rumahnya.

....

Sedang Younghee menyiram pokok-pokok bunganya Younghee terdengar bunyi benda pecah di rumah sebelah, rumah Seokmin.

Pada mulanya dia tidak perduli tetapi tiba-tiba dia terdengar suara orang menjerit kesakitan.

"Dah kenapa dengan dia tu?"

Fikirannya diselubungi dengan tanda tanya dan hatinya pula menyuruhnya masuk ke rumah jirannya itu.

Lalu dia menutup paip air dan menuju ke rumah sebelah.

Pintu rumah Seokmin diketuk.

"Seokmin woih buka lerr pintu ni!"

Lama juga Younghee menunggu Seokmin membuka pintu rumahnya.

"Dia ni okay tak?",soal Younghee sambil mahu mengetuk pintu itu semula.

Tiba-tiba pintu tersebut terbuka, lalu Seokmin dipandangnya.

"Apa kau nak? Nak membebel lagi?",soal Seokmin bersertakan perlian.

Entah macam mana mata Younghee tertancap pada jari Seokmin.

"Ya Tuhan kau ni Seokmin, jari tu berdarah kau buat relax je"

"Ala sikit je ni"

"Sikit kepala hotuck kau, darah kau tu dahlah susah nak dijumpai kau boleh cakap sikit je, aku pang kang naya kau"

Macam mana Younghee tahu?

Younghee kawan satu universiti Seokmin sebenarnya satu kelas lagi ha

"Risau juga eak kau kat aku",kata Seokmin siap dengan senyuman sinisnya lagi.

"J-jangan n-nak merepek kau ni, omma kau yang pesan tolong tengokkan kau ni, dah jom masuk aku rawat luka tu",tergagap pula Younghee.

"Cie cie gagap lak dia"

Sempat lagi Seokmin menyakat Younghee. Younghee apa lagi dipukulnya belakang badan lelaki itu.

"Garang lah kau ni, garang macam singa"

"Shut up Seokmin!"

"Agrhh Mummy ada singa betina nak baham Seok wuuu takut"

"WOIH SINI LAH AKU NAK RAWAT LUKA KAU TU GILA!"

"TAK NAK BLUEKK"

Maka rumah itu pun riuh dengan suara mereka berdua.

Vernon memandang Dokyeom yang sedang meracau tentang singa itu dengan padangan pelik.

"Ehek Comel lah kau ni",ujar Dokyeom lagi.

Makin seram pula Vernon melihat hyungnya yang sorang ni.

"HAHAHHAHAHAHAHHAH"

Dokyeom tiba-tiba ketawa.

Manakala Vernon pula sudah lama keluar dari bilik tersebut sambil menjerit.

"KWANNIE, KYEOM HYUNG DAH GILA, SERAM BODO TIBER JE KETAWA!"

Seungkwan pula yang pelik melihat Vernon.

.....

Bru je side track dah best. Svt mmg tak pernah mengecewakan kita 💎😆❤️

[©] 𝑫𝒓𝒆𝒂𝒎 : 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏𝒕𝒆𝒆𝒏Where stories live. Discover now