Promise | 4

201 43 31
                                    

Jimin POV

Ting! Satu mesej telah pun masuk. Keningku berkerut seketika lalu aku pun mencapai telefon pintar milikku.

Baru saja aku ingin membuka mesej tiba-tiba saja Jaemin sergah masuk ke dalam. Jaehyun pula sudah mengusap dadanya akibat terkejut.

"Jimin hyung! Pesakit bilik 301 memberontak. Dia tidak mahu mendapatkan rawatan.", katanya dengan wajah yang cemas.

Aku segera bangun dan berlari keluar dari bilik kerja diikuti Jaemin dan Jaehyun di belakang.

Ramai orang berkumpul di depan bilik wad tersebut. Boleh tahan kecoh juga ya.

"Korang semua keluar! Aku tak nak dapatkan rawatan! Biarkan saja aku mati! Aku tak layak hidup dekat dunia lagi! Aku selalu menyusahkan orang!", jerit pesakit itu.

Kami ahli Triple J menyelit antara orang ramai disitu. Menyibuk betul semua orang dekat sini. Tak pernah nampak pesakit memberontak ke?

"Kenapa korang panggil doktor hah?! Aku dah bagitahu kan yang aku tak perlukan rawatan!", jerit pesakit itu lagi.

Dia mencapai pensel yang berada di atas meja lalu mengacukan ke arah kami semua. Fuh, boleh tahan ganas juga pesakit ni.

"Kalau korang semua datang dekat! Aku tak teragak-agak untuk cucuk pensel ni dekat mata aku!", ugut pesakit itu.

Aku berdecit kecil. Acah berani pulak perempuan ni. Tangan dia pun dah menggigil teruk aku tengok.

Tanpa membuang masa, aku pun mendekatinya dengan perlahan-lahan. Jaemin dan Jaehyun pula mengarahkan orang ramai yang berkumpul disitu supaya beredar.

Aku sudah selalu sangat berjumpa dengan pesakit yang suka memberontak dahulu, jadi aku tahu apa yang aku perlu buat.

(edit ✅)

𝗣𝗥𝗢𝗠𝗜𝗦𝗘 - 𝗣𝗔𝗥𝗞 𝗝𝗜𝗠𝗜𝗡 ( COMPLETE )जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें