Promise | 5

196 42 10
                                    

Sebulan sudah berlalu. Yeonsoo tidak dapat sebarang khabar pun daripada Jimin. Apakah Jimin tidak merinduinya?

Dia juga sudah membuat check-up ditemani oleh Yaerim. Doktor kata kandungannya sihat. Pemakanannya juga telah dijaga dengan baik sekali.

Yeonsoo memandang ke arah Yaerim dan Jungkook yang sedang bermanja antara satu sama lain. Bahagia benar pasangan ini. Sedikit perasaan cemburu terbit di hati Yeonsoo.

Kalau Jimin tidak pergi ke Seoul untuk kerja, mesti dia juga dapat bermanja dengan suaminya sekarang.

Tapi dia berasa bertuah kerana kawan-kawannya ada untuk menjaga dia. Kalau mereka tiada, mungkin Yeonsoo tidak terurus sekarang ini.

"Hui, termenung apa tu?", tanya Yaerim.

"Mana ada termenung.", balas Yeonsoo lalu mencampakkan serpihan roti ke dalam kolam ikan.

"Aku tahu kau rindu Jimin. Dia sihat saja dekat sana. Kau tak perlu risau.", kata Yaerim.

Yeonsoo memandang Yaerim seperti meminta penjelasan. Macam mana dia boleh tahu Jimin dalam keadaan yang baik-baik saja?

"Jungkook pergi Seoul melawat Jimin dekat sana. Diorang pun berbual dalam sepuluh minit macam tu. Jimin memang betul-betul sibuk.", terang Yaerim.

"Dia ada tanya khabar tentang aku tak?", tanya Yeonsoo teruja.

"Erm itu a..aku tak tahu lah pula.", teragak-agak Yaerim untuk menjawabnya.

Senyuman lebar yang terukir di bibir Yeonsoo juga serta merta terus memudar.

(edit ✅)

𝗣𝗥𝗢𝗠𝗜𝗦𝗘 - 𝗣𝗔𝗥𝗞 𝗝𝗜𝗠𝗜𝗡 ( COMPLETE )Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz