Promise | 18

250 42 23
                                    

Yeonsoo berdiri di depan memorial suaminya bersama anak perempuannya disebelah.

"Omma, siapa lelaki ni?", soal anak Yeonsoo.

"Park Jimin. Dia appa kamu.", balas Yeonsoo.

Yeonsoo lantas menyuruh anaknya itu untuk menunduk hormat dan Jiyeon hanya menurut tanpa banyak bercakap.

Gambar Jimin itu direnung lama oleh Yeonsoo. Bila lagi dia akan melihat senyuman lelaki ini?

"Jimin-ah. Saya dengan Jiyeon datang ni. Awak apa khabar?", soal Yeonsoo.

Jiyeon memandang ke arah ibunya dengan dahi yang berkerut kerana pelik.

"Omma kenapa bercakap dengan gambar? Omma kenalah jumpa dengan appa. Baru appa boleh balas.", kata Jiyeon dengan wajah innocent nya.

Yeonsoo tergelak kecil. Dia mengusap rambut Jiyeon dan menyuruh Jiyeon untuk diam saja. Jiyeon hanya akur.

"Jimin, awak nak tahu? Jiyeon dengan awak serupa sangat. Semua ciri-ciri awak terletak dekat Jiyeon. Ianya bagaikan satu hadiah buat saya.", kata Yeonsoo lagi.

"Jimin, maaf sebab baru sekarang datang melawat awak. Saya bukan lagi Yeonsoo yang dulu, sentiasa ada masa lapang. Saya adalah Yeonsoo yang sibuk dengan pekerjaan. Sejak awak tiada, saya perlu menyara hidup saya dengan Jiyeon.", luah Yeonsoo lagi.

"Saya datang sini pun tidak lama juga sebab saya nak melawat mak awak pula. Saya harap awak bahagia di sana. Awak jangan risaukan saya dekat sini okey.", ucap Yeonsoo panjang lebar.

Dia akhirnya berjalan keluar bersama Jiyeon dari bilik memorial tersebut. Sempat Jiyeon menoleh memandang ke arah memorial ayahnya seketika sebelum dia memberi flying kiss.

"Jiyeon sayang appa."

"Appa pun sayang Jiyeon. Dan juga awak Yeonsoo."

the end.

(edit ✅)

𝗣𝗥𝗢𝗠𝗜𝗦𝗘 - 𝗣𝗔𝗥𝗞 𝗝𝗜𝗠𝗜𝗡 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now