Promise | 16

204 37 14
                                    

Kereta milik Jimin membelah jalan raya tersebut dengan laju sekali. Dari Seoul ke Busan.

Mungkin mengambil masa yang lama untuk sampai ke sana tapi pedal minyak keretanya tetap ditekan dengan kuat.

Saat ini dia tidak fikirkan tentang perasaan takut untuk membawa kenderaan dengan laju.

Di dalam fikirannya hanya terbayang wajah Yeonsoo dan wajah anak kecilnya. Jungkook telah menghantar gambar anaknya itu kepadanya. Tidak sabar pula dia ingin sampai ke sana.

"Yeonsoo, tunggu saya. Saya janji akan sampai ke sana dengan secepat yang mungkin walaupun saya tahu saya sudah lambat.", kata Jimin.

Air matanya yang mengalir dikesat dengan kasar. Dia tersenyum lebar sehingga tidak sedar lampu isyarat yang sudah bertukar warna merah.

Akibat keretanya bergerak laju, dia tidak sempat untuk menekan brek dan..

BUM!

Keretanya melanggar seorang budak lelaki yang melintas dan budak itu terlantar di atas jalan tersebut manakala kereta Jimin pula terseret ke tengah jalan.

Kepalanya terhentak kuat pada stereng keretanya. Jimin cuba untuk mengangkat kepalanya dan memandang ke arah luar.

Pin! Pinnnn!!

Terdapat satu lori tanah yang sedang bergerak laju ke arah kereta Jimin. Jimin membuka tali pinggangnya dengan sepantas yang mungkin untuk keluar dari kereta namun..

SREEETT...

(edit ✅)

𝗣𝗥𝗢𝗠𝗜𝗦𝗘 - 𝗣𝗔𝗥𝗞 𝗝𝗜𝗠𝗜𝗡 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now