19

199 63 24
                                    

ehem atas permintaan ramai,eh ramai ke?sksksks Nana buat special chapter ni untuk korang yea happy reading !💜jap,ada lagi ke yang baca buku ni hurm. maaf jika tidak memuaskan ehek

 maaf jika tidak memuaskan ehek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

____

Ya ! Sudah genap setahun Jung Hara meninggalkan insan bernama Jeon Jungkook tetapi segala memori manis mereka masih terlekat diingatannya .

Jung Hara , yeoja yang telah menyelamatkannya dari sumpahan Lee Santau . Jika tidak kerananya , mungkin Jungkook sudah menjadi seekor katak comel buat selama-lamanya ehek .

Teringat pula kenangan semasa perkhemahan . Ouch ! First kiss woi ! Jungkook tergelak apabila memikirkan muka Hara yang amat merah seperti tomato semasa mereka berciuman .

Hmm rindu waktu tersebut .

"Hui , dah sampai ke mana termenung ? Zimbabwe ?" Tegur Taehyung yang muncul entah dari mana .

"Eh hyung ni , kacau je" Jungkook berdecit . Tengah syok fikir pasal Hara , boleh pulak dia kacau .

"Alolololo , ingat hyung tak tahu ke yang kau tengah fikirkan Hara . Am I right?" Taehyung smirk .

Jungkook tersenyum malu . Aduh , kantoi pulak .

"Habistu kalau Kook fikirkan Hara pun kenapa ? Hyung jealous eah?" Ada saja si maknae ni nak sakat hyungnya .

"Otak kau jeles ! Dahla , Jin hyung ajak makan . Kajja ! Lepasni kena pergi Bighit pulak "

Jungkook mengangguk . Segera suis aircond dimatikan dan dia mengikuti Taehyung turun ke bawah .

Akhirnya mereka lengkap bertujuh di meja makan . Kelihatan pelbagai jenis makanan yang dihidangkan oleh Jin dan Suga .

"So guys , makan cepat . Pdnim nak jumpa lepasni "

"Arasseo hyung !"

***

Sampai sahaja di Bighit Entertainment , mereka bergegas ke bilik Bang Sihyuk . Pintu diketuk beberapa kali oleh Namjoon .

"Masuk"

Mereka bertujuh masuk kedalam dan berdiri dihadapan Pdnim terhormat .

"Jadi , kamu semua tahu kenapa saya panggil kamu semua ni ?" Pdnim memulakan bicara . Mereka hanya menggeleng .

"Hmm macam ni , kamu semua akan adakan BTS fanmeeting di Luxury Hall Sabtu ini . Jadi , kamu semua bersiap sedialah apa yang patut" Mereka mengangguk faham .

"Dan satu lagi , Rabu nanti saya izinkan kamu bercuti selama seminggu . Rehatlah ya . Kamu semua sudah berikan yang terbaik buat saya"

BTS menunduk hormat "Gomawo Pdnim"

"Baiklah itu sahaja . Eh , sekejap . Tinggalkan saya dengan Jungkook sebentar" Enam orang ahli yang lain segera beredar dan tinggalkan Jungkook bersama Pdnim .

"Ya , ada apa-apa Pdnim nak cakap ke ?" Tanya Jungkook dengan sopan .

"Kamu masih sukakan Jung Hara ke ?"

***

Malam itu , Jungkook hanya termenung di balkoni dorm mereka . Otaknya ligat memikirkan tentang perbualan dia bersama Pdnim siang tadi .

flashback

"Kamu masih sukakan Jung Hara ke ?"

Jungkook tersentak . Memang dia akui , dia amat sukakan mendiang Hara atau lebih tepat cintakan Jung Hara .

Jungkook menggangguk perlahan .

"Baiklah , saya tak mahu panjangkan cerita . Saya faham perasaan kamu , Jungkook . Tapi nak buat macam mana ? Tuhan lebih sayangkan dia . Dia pergi dulu dari kamu . Kamu perlu move on dan teruskan hidup kamu .

Bukan apa , sepanjang ketiadaan Hara ni , kamu asyik muram jer . Saya tak mahu tengok kamu muram macam ni "

Jungkook terdiam . Nak buat macam mana , dah hati ini ini terukir nama Jung Hara ecewah

"Saya faham Pdnim . Saya akan cuba . Terima kasih sebab nasihatkan saya" Jungkook hanya tersenyum nipis .

"Bukan apa , saya tak mahu karier awak terganggu disebabkan perkara ini . Jadi , baliklah dan tenangkan diri okay"

"Arasseo , Pdnim" Jungkook menunduk hormat dan keluar dari bilik itu .

end flashback

Jhope yang sedang rancak berbual dengan kakaknya di telefon terhenti kerana ternamlak Jungkook di balkoni .

"Noona , nanti kita sambung okay . Annyeong"

Segera Jhope ke arah Jungkook .

"Jungkook !" Sergah Jhope .

"Argh ! Kamchagiya !"

Jhope tergelak . "Mian mian . Hyung tak sengaja"

Jungkook menjeling seketika . Dia meneruskan tenungannya . Apa yang harus dia lakukan sekarang ini ?

"Kook , hyung nak jujur dengan kau . Sebenarnya hyung dengar segala perbualan kau dengan Pdnim..."

"Mwo ? Erm jadi hyung tahulah apa masalah Kook sekarang ni ?" Jungkook terus memandang Jhope .

Jhope mengeluh . Dia menepuk bahu Jungkook .

"Betullah apa yang Pdnim kata , kau kena move on Kook . Kau tak boleh teruskan macam ni . Nanti akan jejaskan kehidupan kau . Aku dengan yang lain taknaklah tengok kau sedih macam ni . Dah setahun kot . Mesti ada pengganti punya"

"Ani ! Hyung takkan faham apa yang kook rasa . Kook betul-betul cintakan dia . Kook rasa bersalah sangat sebab biarkan dia mati" Jungkook menayangkan wajah yang sugul .

"Dah nak buat macam mana , tuhan lebih sayangkan dia .Okay hyung malas cakap banyak . Kau tidur ! Kau tidur !Dah lewat ni!"

***

Sabtu , jam 12 tengah hari , di Luxury Hall berjalannya aktiviti Fanmeeting BTS . Kelihatan ramai fans yang berpusu-pusu masuk ke dalam dewan .

Sementara di backstage , BTS sudah bersiap sedia dengan kelengkapan masing-masing . Pen dan kertas segalanya sudah tersusun rapi di atas meja .

"Kook , fokus tau . Layan Army elok-elok" Pesan Namjoon Jungkook hanya mengangguk .

Mereka bertujuh berjalan keluar dan duduk di tempat yang telah disediakan . Kini , bermulanya sesi meet and greet .

Satu persatu Army datang beratur dan berbual bersama BTS . Jejaka-jejaka itu memberikan servis yang terbaik buat fans-fans kesayangan mereka .

Sampailah satu meja , seorang yeoja yang berpakaian kasual berdiri di depan Jungkook .

"Annyeong oppa !" Sapanya riang .

"Ha...Hara ?"

TBC

[C] Frog : JjkWhere stories live. Discover now