2 ; It's Not Fine

252 56 9
                                    

SONG:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SONG:

FINE KIM TAEYEON



⊰᯽⊱┈──╌❊╌──┈⊰᯽⊱

Suhu sejuk yang bertemu dengan lapisan epidermisnya, membuatkan bulu romanya mencanak naik. Perlahan-lahan kantung matanya dibuka, terjaga daripada lenanya.

Wooyoung terasa lemah. Kepalanya berdenyut-denyut dan seluruh urat sendinya terasa tegang. Matanya galak memerhati setiap ceruk bilik yang tidak familiar baginya.

Sekarang barulah lelaki itu sedar di mana dia berada sekarang. Dia di hospital. Bukan lagi di cafe' yang disinggahnya tadi.

Daripada posisi baring, dia bertukar ke posisi duduk pula. Wooyoung berdecit setiap kali badannya bergerak walaupun hanya pergerakan yang kecil. Bibirnya diketap akibat rasa sakitnya yang begitu mencucuk-cucuk.

Wooyoung memandang pula ke arah lengan kirinya yang dicucuk jarum infus dengan pandangan kosong. Buat beberapa saat, dia tenggelam di dalam lamunan yang dicipta oleh benak fikiran sebelum seseorang menyapanya.

" Wooyoung... "

Wooyoung memandang ke arah sisinya. Tak perasan pula yang ada seorang doktor di sebelahnya dari tadi. Iris coklat lelaki itu galak merenung ke arah wajah doktor wanita itu.

Matanya memandang pula ke arah nametag yang tersemat kemas di kot putihnya.

Doktor Park Hyewon

" Ah maaf. Saya tak nampak doktor di situ tadi. " Ujar Wooyoung lemah dengan suara seraknya. Masih sempat lelaki itu memahatkan sepenggal senyuman di bibir walaupun dalam keadaan yang sebegitu.

" No, It's okay. Macam mana keadaan awak sekarang? " Soal Hyewon lembut dan perlahan. Dia tidak mahu lelaki itu berasa tidak selesa dengannya.

" Saya okay. Perkara ni dah biasa terjadi. Saya dah biasa. Jadi, boleh tak nak saya discharge dari hospital ni segera? "

Soal Wooyoung. Jarum infus yang dicucuk di bahagian lengannya cuba dicabut, namun pantas dihalang oleh Hyewon.

" Ani, jangan buat macam tu Wooyoung. Awak sakit. Awak perlukan rawatan. "

Hyewon menegah perbuatannya. Tangan Wooyoung dipegang. Menghalang lelaki itu daripada mencabut jarum infus yang membekalkan air ke seluruh badannya itu.

Wooyoung mendengus kasar lalu memutarkan matanya. Tangan doktor itu ditepisnya.

" Saya sihat doktor. I'm fine. Tolong jangan masuk campur. Ini badan saya. Saya sendiri menilai sama ada badan saya sakit atau tidak. Bukan doktor. "

Balas Wooyoung dengan riak annoyed jelas tertayang di wajahnya.

Jarum infus di lengannya itu dicabut kasar. Wooyoung berdecit perlahan. Cecair merah pekat laju mengalir keluar lari lengannya bak air sungai.

Kondisi badannya masih lagi lemah. Tetapi Wooyoung tetap menggagahkan diri untuk bangun dari katil pesakit itu. Terhuyung-hayang badannya tatkala dia cuba di berjalan ke arah pintu keluar.

Namun sebelum sempat Wooyoung melangkah pergi, dirinya sekali lagi disekat oleh doktor wanita itu.

" It's not fine, Wooyoung. Tolong jangan sakitkan badan awak lagi. Cukuplah awak menyeksa diri awak sendiri. Everyone deserve to be happy, Jung Wooyoung. Beritahu saya. Dah berapa lama awak menderita anorexia ni? "

Pertanyaan Hyewon menyebabkan Wooyoung bungkam. Dia terkaku bak patung cendana saat soalan itu diutarakan.

" Kenapa... Saya kena beritahu hal peribadi saya kepada doktor? Doktor bukannya sesiapa kepada saya. "

Wooyoung membidas dengan geram. Tidak gemar jika ada seseorang yang suka menyibuk perihal dirinya. Iris coklat milik remaja itu mencerlung tajam ke arah wajah Hyewon. Namun Hyewon membalas dengan senyuman nipis.

" Sebab saya tahu... awak menanggung semuanya seorang diri, Wooyoung. Awak menyimpan semua derita di lubuk hati yang paling dalam. Saya dapat rasakannya. Sebab tu Tuhan kirimkan saya ke sini. Untuk bantu awak. "

Sekali lagi mulut Wooyoung bagaikan terkunci. Kata-kata yang diucap doktor itu... sedikit sebanyak telah menyentuh hatinya.

Iris mata milik Wooyoung bertembung dengan iris doktor itu buat kesekian kalinya. Cuba mencari sinar keikhlasan di dalam diri wanita itu. Benarkah wanita itu ikhlas mahu membantunya?

Air mata berlinangan di matanya. Tidak pernah ada seorang pun yang sanggup menolongnya. Semua kesakitan, derita dan keperitan ditanggung seorang diri. Mereka yang tahu akan keadaannya tidak pernah kisah.

Bahkan mereka hanya buat-buat tidak nampak di saat Wooyoung benar-benar memerlukan mereka.

Namun wanita yang berada di hadapannya lain.

Matanya jelas memancarkan sinar keikhlasan. Menandakan bahawa dia benar-benar ingin membantu dirinya.









《C》ENDING SCENE : OUR ENCOUNTER | 정우영Where stories live. Discover now