4 ; I Just Want To Stay

237 50 25
                                    

SONG:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SONG:

I JUST WANT TO
STAY WITH YOU ZION T



⊰᯽⊱┈──╌❊╌──┈⊰᯽⊱

" So, awak okay ke kalau awak stay dekat hospital ni sampai awak betul-betul sembuh? "

Soal Hyewon meminta kepastian. Dia memandang ke arah Wooyoung yang sedang duduk di atas katil dan bermain dengan jari-jemarinya.

Wooyoung mengangguk laju dengan segaris terukir senyuman di belahan bibirnya.

" I'm fine. Lagipun, I like being with you, noona. "

Riak wajah Hyewon serta-merta berubah. Wooyoung memanggilnya apa tadi? Noona? Dia tidak salah dengar bukan?

" Ah, doktor tak kisahkan kalau saya panggil doktor noona? You're like a sister to me. Although we just met. " Ujar Wooyoung malu. Tangan kanannya menggosok belakang lehernya.

Hyewon tersenyum lalu mengagguk. Apa salahnya kan? Dia pun sudah lama berangan nak ada adik lelaki.

Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak perlahan. Terpacullah seorang jururawat muda di muka pintu.

" Doktor, ibu bapa pesakit sudah sampai. " Ucapnya.

" Ah, nae. Nanti saya pergi. "

Hyewon memandang pula ke arah Wooyoung.

" Ibu bapa awak dah sampai. Noona nak bercakap dengan mereka tentang sesi penyembuhan awak. Tunggu sini tahu. Noona pergi sekejap saja. " Pesan Hyewon.

Wooyoung hanya tersenyum tipis lalu menganggukkan kepalanya persis budak kecil.

Entah kenapa dia juga turut tersenyum tatkala Wooyoung memahatkan senyuman.

Akhirnya, Hyewon mengorak langkah menuju ke luar.

- - - -

" Puan, saya mohon. Tolong faham kondisi anak puan sekarang. Dia sakit, puan. Dia perlukan rawatan! Rawatan ini penting bukan saja dari segi fizikal, malah mentalnya. "

" Aku tak kira! Aku nak anak aku discharge hari ini juga! Hei, anak aku tu tak gila lagilah! Dia tak perlu pun rawatan psikiatri mengarut ni! Dia sihat! "

Hyewon mengurut pelipisnya. Pening dengan perangai Puan Jung iaitu ibu Wooyoung yang berada di hadapannya ini. Perhatian orang-orang di hospital itu tertumpu ke arahnya dan wanita separuh abad itu akibat suaranya yang kuat.

" Puan, kalau tidak dirawat, anoreksianya akan menjadi lebih parah. Dia juga mengalami depression yang dikhuatiri akan berhujung dengan kematian jika tidak dicegah dari sekarang. " Ujar Hyewon lembut. Dia cuba untuk tidak meninggikan suara.

《C》ENDING SCENE : OUR ENCOUNTER | 정우영Where stories live. Discover now