11 ; Until We Meet Again

281 52 19
                                    

SONG:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SONG:

WHY KIM TAEYEON



⊰᯽⊱┈──╌❊╌──┈⊰᯽⊱

Hyewon memandang ke arah ubat-ubatan yang berada di tangannya dengan pandangan sayu.

Ubat-ubatan yang pernah digunakan oleh Wooyoung ketika dia sakit dahulu.

Sekarang? Sudah tentulah dia tidak menggunakannya lagi. Kerana lelaki itu sudah sihat sepenuhnya.

Ya, Wooyoung sudah disahkan sembuh dan boleh menjalani latihannya sebagai trainee seperti biasa. Hyewon tahu yang dia sepatutnya tumpang gembira. Tapi entah kenapa...

Apabila mengenangkan bahawa mereka tidak akan berjumpa lagi... Dia berasa sedih. Sepuluh bulan bukannya masa yang singkat. Sepuluh bulan mereka mengenali diri masing-masing dan berkongsi suka dan duka.

Begitu berat hatinya untuk melepaskan orang yang paling rapat dengannya daripada pergi.

Hyewon meletakkan botol-botol ubat itu ke dalam plastik. Dia bangun dari duduknya lalu menuju ke arah pintu. Akibat matanya yang tidak pandang depan semasa berjalan, mukanya terlanggar dada seseorang.

" Noona, please be careful. Kalau noona jalan tak pandang depan, noona boleh terlanggar dinding tau. "

Hyewon mendongakkan kepalanya, memandang ke arah orang yang dilanggarnya. Wajah Wooyoung dengan senyuman yang lekang di bibir itu menyapa pandangan. Hyewon terpana seketika. Senyuman itu... Sentiasa menjadi penenang buatnya.

" Noona? Are you okay ? Kenapa termenung? "

Teguran daripada Wooyoung menyedarkannya. Hyewon tersenyum kelat ke arahnya.

" Dah kemas beg? " Soal Hyewon mengalih topik.

" Dah. Tapi tak tahu lagi bila boleh keluar. "

Hyewon tersenyum nipis. Kepala Wooyoung diusapnya.

Wooyoung memandang mata wanita itu dalam-dalam. Walaupun dia mengukir senyum di hadapannya, tapi entah kenapa matanya tidak menunjukkan kegembiraan langsung. Apa yang Wooyoung dapat  lihat...

Cumalah kesedihan. Kesedihan yang terpancar jelas di matanya.

" Please excuse me for awhile. Noona nak buang sampah sekejap. "

Sebaik sahaja Hyewon habis berkata-kata, dia berjalan melepasi Wooyoung. Meninggalkan Wooyoung di muka pintu seorang diri.

Wooyoung mengetap bibirnya. Dia dapat merasakan bahawa doktor itu cuba menjauhinya.

Tapi kenapa?

- - - -

Wooyoung memandang ke arah jam yang berada di pergelangan tangannya lalu mengeluh kecil. Bagasinya sudah dimasukkan ke dalam bonet teksi. Pemandu teksi itu pula masih setia menunggunya untuk masuk ke dalam.

" Boleh pakcik tahu? Kamu ni tunggu siapa sebenarnya? " Soal pemandu teksi itu.

Wooyoung tersenyum nipis ke arahnya.

" Orang... Yang saya sayang sangat, pakcik. Sebelum saya pergi, saya nak sangat luahkan perasaan saya dekat dia. Maaflah sebab kena susahkan pakcik. Kena tunggu saya pula. Saya pun tak tahu kenapa dia tak keluar-keluar dari tadi. "

Balas Wooyoung sopan. Matanya masih melilau di pintu utama hospital. Menanti kehadiran Hyewon.

Namun pemandu teksi itu hanya menggeleng perlahan lalu mengoyakkan senyuman.

" Tak apa, pakcik faham. Pak cik pun pernah muda macam kamu. Yang penting kalau dah suka tu, luahkan jelah. Sama ada dia terima atau tak, itu lain cerita. " Nasihat lelaki separuh abad itu.

Wooyoung mengangguk perlahan. Kata-kata lelaki itu dihadam dalam-dalam. Namun segaris senyuman terbentuk di bibirnya apabila ternampak Hyewon yang berlari anak ke arahnya.

" Wooyoung-ah... Wae? Awak dah lambat ni. Kenapa tak bertolak lagi? "

Tercungap-cungap Hyewon cuba mengambil nafas di hadapannya. Ya, memang dia sengaja tidak memunculkan diri selama sejam.

Alasannya mudah. Kerana dia tidak mahu mengucapkan selamat tinggal. Baginya, lebih baik dia melihat sahaja orang yang disayanginya itu pergi tanpa ucapan selamat tinggal yang memeritkan.

" I am waiting for you of course. Takkan saya nak pergi macam tu saja tanpa ucapkan apa-apa? " Balas Wooyoung dengan senyuman nipis.

Hyewon mengetap bibirnya lalu menundukkan pandangan. Dia sudah kematian kata. Rasa bersalah menyelubungi diri kerana membiarkan Wooyoung menunggunya lama.

" Wae ? Why are you avoiding me ? Saya ada buat salah dengan noona? "

Tanya Wooyoung tanpa teragak-agak. Badannya ditundukkan sedikit agar tingginya sama aras dengan doktor itu.

Senyap. Doktor itu tidak menjawab,

Akhirnya, Wooyoung memegang dagunya lalu mendongakkan mukanya agar memandang ke arahnya.





" I like you, Park Hyewon. "





Luahan spontan yang keluar daripada mulut lelaki itu membuatkan Hyewon kaku bak patung cendana. Dia salah dengar ke? Atau... Adakah semuanya hanya sekadar mimpi?

" W-Wooyoung... "

Kata-katanya terhenti apabila Wooyoung meletakkan jari telunjuknya di bibirnya. Menghalangnya daripada berkata-kata.

Wooyoung tersenyum manis ke arahnya. Buat pertama kali... Hyewon melihatnya tersenyum selebar ini.

" Saya tak nak noona bagi jawapannya sekarang. Tunggu sampai saya berjaya jadi idol yang terkenal dulu, baru noona boleh bagi jawapannya. So... Will you wait for me? "

Hyewon hanya tersenyum lalu mengangguk. Tanpa dia sedar air mata mengalir, menuruni pipinya.

" Kalau noona menangis macam ni, berat hati saya nak tinggalkan noona. So, don't cry. "

Wooyoung mengesat air matanya menggunakan ibu jari lalu badan badan Hyewon dipeluknya.

" I have to go now, noona. Lepas saya jadi idol nanti, saya nak dengar jawapan noona, okay? " Ucapnya lalu masuk ke dalam teksi itu. Dia melambai ke arah Hyewon buat kali terakhir.

Hyewon turut membalas lambaiannya. Dia hanya berdiri di situ sehinggalah teksi itu meluncur pergi dan hilang dari pandangannya.

Hyewon tersenyum sendiri.








" No matter how long I have to wait for you, I will keep waiting. "








• the end •

A/N :

actually dah lama nak buat fanfic genre sedih macam ni. harapnya jalan penceritaan okay la. for those who are reading? thank u ❤️

season 2 coming soon

《C》ENDING SCENE : OUR ENCOUNTER | 정우영Where stories live. Discover now