01 : mom.

331 42 4
                                    

2014

Chaeyoung melangkah keluar daripada wadnya, sambil bapanya, Encik Lee atau kini ditekankan namanya iaitu Sangyeon memimpinnya. Terbit senyuman nipis pada wajahnya apabila mendengar gelak tawa anak perempuannya di samping rakan sekelasnya, Sunwoo.

Sangyeon menyimpan beg milik Chaeyoung ke dalam but kereta sementara Sunwoo dan Chaeyoung mengucapkan selamat tinggal sebelum Chaeyoung pulang ke rumah. Sangyeon memanaskan enjin kereta, bersedia membawa
Chaeyoung pulang ke rumah dan meluangkan masa bersamanya.

Chaeyoung masuk ke dalam kereta, berada di tempat penumpang hadapan. Sangyeon memandang beg makanan yang dipegang Chaeyoung, "Apa tu?" soalnya. "Makanan." balas Chaeyoung mudah. "Eomma Sunwoo bagi," sambungnya. Sangyeon tersenyum kecil, menyambung pemanduannya.

"Appa, Chaeyoung nak buka boleh?" soal gadis itu, "Nanti lah kat rumah," balas Sangyeon, "Kalau tumpah dalam kereta nanti kan susah nak bersihkan," sambungnya, "okay." Chaeyoung akhirnya akur mendengar jawapan Sangyeon.

"Appa,"

Sangyeon melirik ke arah anak perempuannya, tidak menyahut. "Eomma... mana?" soalnya. Sangyeon terdiam, "Eomma kat rumah halmeoni." balasnya. "Kenapa dia tak datang tengok Chaeyoung? Eomma dah tak suka Chaeyoung ke?"

"Ke Eomma masih percaya yang Chaeyoung sakit?" soalnya lagi. Sangyeon menghela nafas, "Chaeyoung, duduk diam-diam," katanya. Chaeyoung mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Sangyeon mengetap bibir, "Dia bukan Eomma Chaeyoung pun, jangan pedulikan dia." getus Sangyeon.

"Apa maksud appa?" soal Chaeyoung. "Kenapa appa cakap macam tu? Appa tak sayang Eomma?" sambungnya. Sangyeon berani menggeleng, "Habis tu kenapa appa kahwin dengan Eomma? Ada dua anak lagi. Ha kenapa?" suara Chaeyoung naik satu oktaf, bukan marah tapi terkejut.

"Hyeji bukan anak appa,"

"Chaeyoung anak appa."

Gadis belasan tahun itu mengerutkan dahinya, "Apa appa cakap ni?" soalnya. Sangyeon menghela nafas, memori 20 tahun yang lalu kembali bermain di benak fikirannya.

"Seo Yura!"

"Maafkan saya, Sangyeon. Awak jaga anak kita baik-baik ya?"

"Appa! Chaeyoung cakap dengan appa ni!" Sangyeon mengelipkan matanya, tersedar daripada lamunan. "Kalau Eomma tu bukan Eomma Chaeyoung, siapa Eomma Chaeyoung? Eomma yang lahirkan Chaeyoung?"

"Dia... dah takda,"

Return ; Lee SangyeonWhere stories live. Discover now