06 : the arrival

170 32 2
                                    

"Kau betul betul nak buat ni?" wanita itu mengangguk, "Aku sentiasa ada, kalau apa-apa, bagi tahu aku," pesan lelaki itu, menepuk bahunya. Wanita itu tersenyum, menyeka air matanya, Sangyeon, tunggu saya.

"APPA EOMMA BALIK!"

Sangyeon yang sedang berperang dengan lipas di dapur menggaru kepalanya, "Eomma yang mana ni? Yura ke Mirae?" tu lah kau, banyak sangat isteri.

"EOMMA DENGAN HYEJI UNNIE"

Kalut Sangyeon menanggalkan apronnya, berlari keluar dari dapur. Mirae dan Hyeji masuk ke dalam rumah itu, terus ke ruang tamu. "Penat shopping?" soal Sangyeon, bersandar ke dinding. Mirae melirik ke arah Sangyeon tidak puas hati, "Awak ni kenapa eh, saya shopping pun ganggu awak ke?" bentaknya. "Yalah shopping kau tu guna duit aku,"

Mirae terdiam, lantas menarik lengan Hyeji ke biliknya. Chaeyoung memandang Sangyeon, "Biar je dia, lagi dua minggu, dua dua keluar daripada rumah ni." beritahu Sangyeon, kembali ke dapur. Chaeyoung membuntuti langkah ayahnya, "Kenapa lagi dua minggu?" soal Chaeyoung. "Surat mahkamah gugatan cerai."

Chaeyoung terdiam lama sebelum telefonnya berbunyi, memecah keheningan. "Hello? Doktor?" Dia memandang ayahnya pelik, kenapa doktor ada nombor aku ni? "Bukan doktor tu, anaknya." beritahu Sangyeon, tersenyum. "SUNWOO!!"

"APPA! CHAEYOUNG KELUAR DULU!"

Chaeyoung melangkah keluar daripada apartmen itu, katanya Sunwoo sudah tunggu di bawah. "Awak tak cakap pun nak jumpa, tiba-tiba je kenapa ni?" soal Chaeyoung. Sunwoo tersenyum nipis, "Jom ikut saya," tangan lelaki itu menggenggam kemas pergelangan tangan Chaeyoung, membawanya ke taman.

"Ada ap-"

"CHAEYOUNG!"

Tubuhnya seolah-olah pegun melihat dua rakannya, Seoyeon dan Nakyung berlari ke arahnya. Dua orang rakannya itu memeluk tubuhnya erat, Chaeyoung lantas tersenyum, membalas pelukan tersebut. "Dari jauh tau kami datang, nasib baik awak ada kat rumah!" beritahu Seoyeon.

Chaeyoung terlalu gembira dapat melihat semula wajah rakan-rakannya, dia lantas berpaling, memandang Sunwoo, "Terima kasih," ucapnya. Tiga sekawan itu terus ke tengah taman, di mana Seoyeon membawa anjing peliharaannya bersama.

"Chaeyoung, awak tahu kat sini ada kedai makanan haiwan?" soal Seoyeon. "Kedai serbaneka pun ada jual, nak saya pergi beli?" Seoyeon mengangguk, "Okay tunggu sekejap," langkahnya lantas diaturkan ke kedai serbaneka di seberang jalan.

Selepas membayar, dia terus keluar daripada kedai, tidak sengaja berlanggar dengan seorang wanita, "M-maaf puan," Chaeyoung menunduk, meminta maaf kepada wanita itu dan mencapai telefon bimbit yang terjatuh, "Ini puan punya, maaf." ucap Chaeyoung.

Wanita itu memandang. Chaeyoung disebalik kaca mata hitamnya, "Lee Chaeyoung?" soalnya. Chaeyoung terdiam, "M-maaf puan. Saya tak kenal puan," balasnya. Kaca mata itu ditanggal, "Seo Yura," katanya, menghulurkan tangan. "Maaf Puan Yura, saya pergi dulu," ucap Chaeyoung, berjalan meninggalkan kedai itu.

Return ; Lee SangyeonWhere stories live. Discover now