03 : sudden.

191 37 0
                                    

[ this chapter only contains flashback ]

Sangyeon membuka pintu rumahnya perlahan, tidak mahu mengejutkan sesiapa yang sudah tidur memandangkan waktu itu sudah pukul 11 malam. Lampu dapur masih terbuka, Sangyeon mengerutkan dahinya, siapa lagi yang belum tidur? fikirnya.

Rupa-rupanya abang ipar dan ibu mertuanya sedang berborak di dapur. Sangyeon tidak mahu menganggu mereka berdua, jadi dia memalingkan tubuh, mahu ke biliknya sehingga suara Yongbin mematikan langkahnya.

"Kenapa pula Eomma tak suka Yura mengandung? Kan cucu Eomma juga,"

Sangyeon mendiamkan diri, bersandar di sebalik dinding dan memasang telinga. "Eomma bukan tak suka,Yongbin. Yura dan Sangyeon masih belajar. Sangyeon, lepas habis kuliah kerja. Yura, nak tangguh belajar ke masa bersalin nanti?" balas ibunya. Sangyeon mengetap bibir, ada betul apa yang dikatakan ibu mertuanya.

"Keluarga Sangyeon tu dah cukup baik nak jagakan anak dia masa kuliah kan, apa salahnya Eomma? Orang dah buat baik tu." beritahu Yongbin, "Eomma nak anak tu membesar bawah jagaan ibu dengan ayah dia, bukan atuk nenek dia," getus ibunya. "Itu kan anak Sangyeon, ibu bapa dia pun ada hak juga atas cucu dia." balas Yongbin.

Sangyeon menghela nafas, dia berjalan ke biliknya. Pintu itu terbuka dari dalam, menampakkan Yura dengan kaca matanya, masih belum tidur. "Awak dah balik?" soalnya. Sangyeon tersenyum nipis. "Awak kenapa tak tidur lagi?" soal Sangyeon. "Assignment baru siap, nak pergi dapur sekejap ambil air." jawab Yura.

Sangyeon mencapai tangan Yura, "Jangan pergi dapur dulu, Eomma ada kat dapur. Nanti dia tanya pula kenapa awak belum tidur," beritahu Sangyeon, wajahnya jelas terlihat muram dan letih. Yura menutup pintu sebaik sahaja Sangyeon masuk, "Kenapa Sangyeon? Awak letih, tidur lah." beritahu Yura. Sangyeon tersenyum nipis.

"Awak dengar Eomma cakap dengan abang ya?" soal Yura. Sangyeon yang menunduk lantas mengangkat kepala, memandang Yura. "Saya tahu, saya dengar eomma sindir saya sebab mengandung." balasnya. "Habis tu awak cakap apa kat Eomma?" soal Sangyeon, "Diam je lah, menjawab nanti kena label anak derhaka. Lagi pun dah lahir anak ni Eomma sayang juga,"

Return ; Lee SangyeonWhere stories live. Discover now