Prolog

64 2 2
                                    

Cahaya matahari bersinar terang menyinari seluruh alam. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sepasang anak kecil berumur enam tahun berkejaran sesama sendiri di bawah pohon sena.

Mama Mia tersenyum ceria memandang Mama Dee. Dia capai tangan sahabat karibnya lalu digenggam kemas. "Dee...aku suka tengok Ti dengan Tuah. Comel."

"Aku pun sama. Diorang tu sangat cute. Aku rasa nak peluk cium diorang tiap-tiap masa je." Luah Mama Dee dengan hati yang girang.

"Kita kan selalu berangan Dee, nak nikahkan anak kita kalau diorang dah besar panjang nanti." Mama Mia mengingatkan kembali janji mereka sejak dari alam universiti sehinggalah masing-masing sudah mempunyai anak.

Mama Dee mengangguk-angguk kecil. "Aku ingat Mia. Aku rasa Tuah dengan Ti tu sepadan sangat. Bukan macam Megat. Dia tak layan sangat si Ti tu..."

"Ha'ah. Ti dengan Tuah. Comel sangat." Mama Mia mengiakan sambil tersengih ke arah Tuah yang sedang menolong Tiara yang jatuh tersungkur kerana tersadung akar pohon kayu sena.

Mama Dee menjuihkan bibirnya menunjuk ke arah Tuah dan Tiara. Si Tuah meniup kepala lutut Tiara yang kotor terkena tanah itu sementara Tiara pula mengesat air mata kesedihan. Tuah tarik lengan Tiara supaya bangkit dari terus duduk di atas rumput. Dia memimpin Tiara ke gazebo di mana Mama Mia dan Mama Dee sedang berbual.

"Mama Mia, Mama, nanti bila besar, Tuah nak kahwin dengan Ti. Tuah nak jaga Ti. Dia selalu jatuh bila main kat luar." Petah si Tuah yang baru berumur enam tahun itu berbicara sehingga mengundang tawa Mama Mia dan Mama Dee.

Tiara kesat air mata dengan kekura tangannya. "Mama, Ti tak nak Tuah. Dia jahat. Dia tolak Ti sampai jatuh tadi." Adu Tiara dengan esakan kecil.

Mama Mia usap muka Tiara yang basah dengan air mata. "Ti, Tuah, nanti bila besar, mama akan kahwinkan korang berdua ya."

"Yeay!" Tuah bersorak riang.

Sementara itu, si kecil Tiara menjerit marah sambil menghentak-hentak kakinya. "Ti tak suka Tuah. Ti benci Tuah. Tuah naughty. Selalu buli Ti."

Dan siapa sangka, kisah antara si chubby Tiara dan juga si naughty Tuah berpanjangan sehingga si Tiara sanggup melamar teman baiknya sendiri. "Tuah, will you marry me?"

 "Tuah, will you marry me?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Will You Marry Me?Where stories live. Discover now