Bab 1

42 2 0
                                    

Burung merpati putih hinggap di jalan berturap. Berjalan terkedek-kedek mematuk biji-bijian yang ditabur. Terhibur. Tiara tabur lagi biji jagung yang dibeli.

Dia senyum sorang-sorang. Teringat suatu ketika dulu seorang budak kecil berbaju celoreng askar mengejar merpati-merpati yang singgah di jalan raya di depan rumah.

Budak kecil itu selalu tersengih menampakkan lesung pipit dan gigi arnabnya. Dia jadi rindu. Rindu dengan kenakalan budak lelaki itu.

Kalau dulu, dia tumpang sekaki mengejar burung-burung merpati. Melastik si merpati sehingga tempang kaki. Tapi itu dulu, sewaktu dia budak hingusan. Ke mana saja si budak lelaki itu pergi, dia sudah pasti mengekori.

Di dalam hati, dia yakin dan pasti. Budak lelaki yang dia kenali sejak keluar dari perut mamanya itu adalah jodohnya. Oh tuhan, betapa bodohnya dia.

Geleng kepala. Kelakar rasanya. Dia ketawa kecil.

"Ha, Tiara. Kau dah kenapa? Ketawa sorang-sorang. Dah buang tabiat ke?" Suara Mama Mia menegur dari arah sisi menyebabkan Tiara katup mulut yang tersengih. Dia simpul bibir. Menongkat tangan di lutut untuk bangun dari posisi bertinggung tadi.

Dia melentur pinggang. "Argh!" Tangannya dijulang tinggi ke udara.

"Ish! Ish! Kau ni Tiara. Tak senonoh sungguh. Cuba jaga sikit perangai kamu tu. Tak laku orang lelaki tengok kau sekarang! Patutlah si Tuah tu reject kau!"

Mulut Mama Mia memang celupar. Sempat lagi mama mengungkit pasal kisah lama. Kisah cinta monyet zaman purba kala. Kisah sewaktu dia nangis guling-guling depan papa dan mama supaya mereka masuk meminang si Tuah yang dia gila-gilakan sejak umur enam tahun.

Haila, nasiblah badan. Dia tayang muka selamba. Buat pekak badak. Dipusing pinggang ke kiri dan kanan. Pura-pura bersenam.

"Dari kau duduk terperuk layan merpati ni, baik kau keluar Tiara woi! Jangan jadi macam Cave Woman pulak. Penat aku tengok kau duduk rumah ni tak pergi mana-mana." Sekali lagi suara Mama Mia nyaring menceceh.

Telinga rasa pedih. Berdas-das terkena tembakan mama kali ini. Tiara juihkan mulut. Duduk terperap di rumah dipanggilnya Cave Woman?

Dia pusing tubuh menghadap mama yang sibuk menyiram pokok bunga mawar. Segar bugar taman bunga mama. Ada pelbagai warna dan jenis.

Dia memanjangkan tangan memetik sekuntum mawar merah yang mekar mewangi. Kuntum bunga dibawa ke hidung. Dihirup penuh minat. Hmmm...wangi.

"Ya Allah budak ni. Memang dah buang tabiat!" Suara mama menerjah telinga.

Dia angkat wajah. Tiba-tiba ada titisan hujan yang turun. Tapi yang peliknya, hanya badannya saja yang basah lencun. Segera dia mencerlung ke arah mama yang sedang memegang hos pili air.

"Mama!" Dia menjerit kuat. Geram. Dalam banyak-banyak pokok, kenapa dia yang disiram mama?

"Ha, siapa suruh kau melangut kat sini? Dah macam kera sumbang aku tengok. Berbulu mata. Matahari dah nak tegak atas kepala. Kau tak mandi-mandi lagi. Anak dara apa la macam ni?" Sambil membebel geram, tangan mama semakin lincah. Dipancut air pili sehingga dia lelah berlari ke sana ke sini.

Namun, sia-sia usaha Tiara. Baju T'shirt putih dan seluar pendek paras lutut yang tersarung di badannya basah lencun hasil kerja tangan mama. Dia meraup muka.

"Mama! Habis basah baju Ti." Dia menghentak kaki marah.

Mama tayang muka senang hati dapat mengenakan anak gadis kesayangannya. Dia bukannya apa, sengaja ingin menyakat Tiara yang jauh berubah. Dulu anak tunggal kesayangannya ini selalu ceria dan lincah. Tapi sejak ditolak oleh si Tuah, Sikap Tiara jauh berubah.

Dari ceria jadi muncung panjang sedepa. Dari gembira jadi murung bertahun-tahun lamanya. Hati ibu mana yang tak gundah, melihat sirna semakin malap dari anak mata si anak.

T'shirt putih yang melekat di tubuh, Tiara tarik ke depan. Diperah beberapa kali sehingga meleleh titisan air keluar.

"Mama ni memang sengaja kan? Kenakan Ti." Dia tarik muncung ke depan. Tanda tidak puas hati.

"Haha. Padan muka kau Ti! Siapa suruh kau tak mandi-mandi sampai sekarang?" Mengilai mama berjaya menyakat Tiara. Diacah-acah hos paip air yang masih memancutkan air ke arah Tiara.

Si gadis terlompat-lompat cuba mengelak. Rambut ikalnya sudah menjadi seperti rumpai laut. Tangan naik meraup muka yang kembali basah terkena siraman air paip mama.

Huh! Dia tidak boleh berlama-lama di taman mini mama. Kalau tak, matilah dia dikerjakan mama.

Kaki diayun ke pintu dapur. Dia membebel-bebel dengan suara rendah. Bimbang jika ditangkap telinga lintah mama.

Beberapa langkah dia menapak, kakinya tiba-tiba terpaku. Matanya membulat. Dadanya berhenti berdegup.

Mata bertentang mata. Lama.

Sesak nafas. Tiara rasa dadanya semakin sempit. Tangannya perlahan-lahan naik mengesat muka. Menyelit rambutnya ke belakang telinga.

Sepasang mata itu yang mula-mulanya terpaku ke mukanya mula turun ke bawah. Si jejaka berdeham.

Muka Tiara memerah. Ya Allah! Malunya. Segera kedua-dua tangannya naik menutup dada. Sah si jejaka tinggi lampai itu sudah dapat melihat bra hitam yang dipakainya.

Panik, Dia memusingkan badan membelakangi tubuh pemuda kacak itu. Hati jadi dup dap dup dap dup dap tak menentu. Laju melantun sehingga membingitkan telinganya.

Tiba-tiba ada sepasang tangan yang menjatuhkan sehelai baju kemeja ke atas kedua-dua bahunya. Dia terpempan.

"Next time, kalau nak mandi, pastikan kau mandi kat tandas. Baru tak jadi haru biru macam ni." Suara yang amat dikenalinya itu berbisik rendah di cuping telinganya.

Dia jadi tak keruan. Air liur yang tersangkut di kerongkong gagal ditelan. Rasa amat malu. Tak tahu kat mana nak sorok mukanya. Dia tunduk memandang lantai jubin. Air terus menitis turun dari tubuhnya jatuh ke lantai.

Pemuda itu sekali lagi berdeham sebelum menapak menjauh dari tubuhnya. Tiara menahan nafas. Entah kenapa. Getar rasa yang menguasai dirinya ini membuatkan seluruh anggota badannya gagal berfungsi. Malunya Ya Rabbi.

Setelah pasti derap langkah mula menghilang, barulah Tiara berlari anak menuju anak tangga ke tingkat atas. Membiarkan air berjejeran turun membasahi setiap lantai yang dipijak.

Daun pintu ditolak kasar. Dia masuk ke dalam bilik air. Menutup pintu dengan tangan terketar-ketar. Jatuh terduduk. Bersandar di pintu.

Air mata tiba-tiba mengalir laju. Malu. Sedih. Rindu. Benci. Sayang. Cinta. Geram. Sakit hati. Semuanya ada. Cukup rencah. Memporak-perandakan perasaannya.

Tangan naik menekan dada yang masih berdetak kencang. Tiada tanda akan reda. Bahunya terhinggut-hinggut menahan tangis. Tangisan yang tak berlagu. Tangisan orang putus kasih ditolak orang.

Tangisan malu.

Tangisan rindu.

Rindu yang tak bertepi. Rindu yang tak berbalas. Rindu yang tak bernilai di mata si dia yang terus menjadi pujaan hatinya.

Sangkanya, tujuh tahun terpisah akan menguburkan cinta di hatinya. Tapi rupa-rupanya tunjang cintanya itu masih utuh. Kukuh. Khas untuk si dia yang dirindu dan ditunggu tanpa rela.

 Khas untuk si dia yang dirindu dan ditunggu tanpa rela

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berminat? Boleh wasap 0192887829

Will You Marry Me?On viuen les histories. Descobreix ara