1

703 34 5
                                    







Beberapa tahun sebelum.



Buku di tangan aku kemaskan. Seperti kebiasaannya, kafeteria ini akan sesak dan ramai pada tengah hari. Mata aku  yang sedang melilau mencari tempat duduk, jatuh pada meja panjang yang hanya diduduki oleh seorang lelaki. Amboi, makan seorang tapi ambil meja panjang!

Dengan gaya angkuh, aku menapak ke arah meja tersebut. Sampai pada meja itu, buku dihempas di atas meja. "Blah. Aku nak makan-"

Kata - kata aku mati begitu sahaja apabila mata biru laut aku bertembung dengan mata hazelnya. Namun hanya beberapa saat sebelum jejaka itu kembali menundukkan wajahnya. Topi di atas kepala ditarik ke bawah, menutup hampir separuh wajahnya.

Wajah tegang aku bertukar redup. Dengan selamba, kerusi di hadapan lelaki itu ditarik. "Sorry, dah tak ada meja."

Jejaka bertopi itu terus menolak pinggannya ke tengah meja. Tisu di tepinya dicapai, lalu dilap pada bibir merahnya. "Saya ada... k-kawan..."

Aku tersenyum manis menampakkan lesung pipit pada kedua belah pipi aku. Setakat ini, tiada lagi lelaki yang tidak jatuh suka melihat wajah aku. Bagi mereka, wajah aku sangat cantik seperti bidadari. Bak kata mereka, sampai bergegar tulang rusuk.

Tangan diletakkan di atas meja, menongkat dagu aku. "Tak apa, maybe saya boleh..." senyuman aku melebar apabila mata hazel itu mengerling ke arah aku sekilas. "berkawan dengan kawan awak jugak? Oh, sorry saya lupa! Nama saya Dee."

Jejaka bertopi itu sudah tidak keruan. Beg galas di kerusi sebelahnya dicapai, bagaikan mahu meninggalkan aku sendirian di situ. "Maaf, saya kena pergi." dan tubuh tegapnya terus berdiri dari kerusi.

"Hey!"

Lelaki itu langsung tidak berpaling ke belakang lagi. Untuk pertama kalinya, ada kaum adam yang menolak aku. Dia mahu nafikan yang aku ini cantik ke? Ataupun dia sudah mempunyai kekasih. Tapi siapa kisah kalau dia benar - benar berpunya. Aku akan pastikan lelaki itu milik aku.

"Dee."

Aku berpaling ke belakang, memandang gerangan yang memanggil aku itu. Bibir aku tersenyum lebar melihat si pemanggil itu. "Sofea! Duduk sini cepat! Lama betul beli air!"

Sofea menjulingkan matanya ke atas. Tangan yang menatang dulang itu meletakkan dulang di atas meja. Sofea terus menarik kerusi yang sama dengan tempat jejaka tadi duduk.

"Kau ngorat mamat tadi tu ke?" Keningnya dijungkit pada aku. Macamlah dia tidak tahu perangai aku. Pantang ada lelaki berduit ataupun lelaki yang kacak, mulalah masuk jarum.

Aku menarik senyuman lebar. Gelas jus oren ditarik merapat. "Dia handsome! Aura dia tu... fuh!" Mata aku terpejam cuba mengimbas kembali detik mata aku bertemu dengan mata hazel milik lelaki itu.

Wajah Sofea berubah kaget. Dia memandang sekeliling, ternyata seperti kebiasaannya, mata - mata sekeliling sentiasa tertumpu pada aku. "Kau ngorat dia?! Kau ni gila ke apa hah babun?!" Dia berbisik keras dengan mata yang membulat.

"Kenapa?"

Tangan Sofea menepuk dahi sendiri. "Dia tu senior tahu tak? Ini final sem dia kat sini!"

Makin berkerut wajah aku apabila melihat wajah kaget Sofea. Macamlah selama ni aku tidak ada skandal senior? Kalau ya pun ini sem terakhir jejaka jual mahal tadi, kenapa dia kena kaget seperti itu sekali?

"Dia tu... student fakulti syariah islamiah!"

Rahang aku terjatuh apabila mendengar jawapan Sofea. Maknanya lelaki yang aku mahu mengurat tadi tu, kiranya lelaki yang alim dan beragama? Budak - budak alim?

Akan Aku Kejar✔️Where stories live. Discover now