part II : Cemburu

11K 343 36
                                    

"Nick you nak tahu something tak? " kata Sera iaitu budak perempuan agak popular di situ

"apa? " kata Nick dengan tiada mood kerana dia tidak suka dengan Sera itu

"Bella tengah berdua dengan Harry dalam kelas kosong.. " kata Sera sambil senyum jahat

Sera tahu yang Nick suka Bella. Sejujurnya Sera cemburu dengan Bella kerana Bella telah merampas gelaran 'popular'nya membuatkan Sera mahu Bella sentiasa ada dalam masalah supaya semua orang tidak suka dengan Bella

Nick mendiamkan diri kerana dia sangat marah. Dia tidak tahu mahu mempercayakan Sera atau tidak. Sera hanya beredar dari situ dengan senyuman puas hatinya

(5 minit yang lepas)

"tengok Bella tu! Baru datang sekolah dah rapat dengan lelaki. Murah betul! " kata Sera dengan tidak puas hati sambil memandang Bella sedang bersuka ria dengan kawan-kawan Nick

Tiba-tiba Sera nampak Bella bangun dari tempat duduknya dan menuju ke sesuatu tempat. Sera bercadang untuk mengikut Bella supaya dia dapat sesuatu untuk memburukkan Bella

Semasa dia mengikut jejak Bella, Sera nampak Bella pergi ke kelas kosong

"kenapa dia pergi ke situ? Ni mesti nak hisap rokok!" kata Sera dalam hati

Sera mengintai kelas kosong itu dan melihat Bella sedang berbual dengan Harry iaitu budak nerd

Sera senyum jahat apabila dapat tahu yang Bella ini suka bergaul dengan semua lelaki

"ni kalau Nick tahu, aku rasa mesti dia bengang hahaha" kata Sera dengan senyuman jahat dan beredar dari situ

xxx

Setelah beberapa minit Nick mendiamkan diri. Nick terus bangun dari tempat duduknya dan beredar dari kantin itu

Drake dan Mika memanggil Nick tetapi Nick hanya memulaukan mereka sahaja dan menuju ke luar kantin

Nick berjalan di koridor menghala ke kelas kosong yang Sera ceritakan kepadanya

Sebelum dia masuk ke kelas itu dia terdengar bunyi ketawa Bella

"you ni comel la! " kata Bella dari dalam kelas. Nick sangat bengang tetapi dia cuba menahan dirinya sebelum dia meletup

Nick membuka pintu kelas itu dengan ganas membuatkan Bella dan Harry terkejut dengan ketibaan Nick itu

Nick merenung maut dekat Harry. Harry hanya menunduk sahaja kerana takut. Bella nampak Nick memandang tidak puas hati dekat Harry jadi Bella cuba untuk menyampuk suasana tegang itu

"kenapa you datang sini Nick? " tanya Bella. Nick hanya tenung Harry sahaja tanpa menoleh langsung ke Bella

Bella pergi ke Nick dan berdiri di hadapannya sambil melambaikan tangan di hadapan muka Nick.

Akhirnya Nick pandang juga ke Bella. Bella senyum apabila perhatian Nick kepadanya

"ikut i jap Bella.. " kata Nick lalu menarik tangan Bella dan keluar dari kelas itu

xxx

"Nick! Sakit lah! " kata Bella sambil cuba melepaskan tangannya daripada genggaman Nick. Nick terus melepaskan tangan Bella

"s-sorry Bella i tak sengaja sakitkan you... " kata Nick sambil menundukkan kepalanya. Bella memegang muka Nick dengan kedua-dua belah tangannya

"you kenapa ni? " tanya Bella dengan nada lembut. Nick mengeluh kecil dan menjauhkan mukanya dari tangan Bella

"jangan dekat dengan budak nerd tu... I jealous.. " kata Nick sambil pandang Bella dengan wajah serius. Bella tidak suka apabila orang lain memanggil Harry dengan panggilan 'budak nerd'.

BUDAK NERD ✔️Where stories live. Discover now