FF07

2.4K 357 311
                                    

Lupa ke Jimin siapa ?

Air tadi sejuklah, sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Air tadi sejuklah, sayang.

Bagi peluk boleh ?

|!¤*'~''~'*¤!|

" Tuan ? Tuan tak nak makan ke ?" Soalan wanita itu dibiarkan menyepi. Jungkook masih lagi dengan perbuatannya mengacau air yang berada di dalam gelas.

Fikirannya melayang.

Melayang melayan perasaan risaunya terhadap Rachel yang berada di hospital.

" Tuan !" Tersentak Jungkook dibuatnya. Bahunya sedikit terangkat. Kepalanya digeleng gelengkan. Rambutnya diraup. Kini pandangan matanya dialihkan kepada Maria.

" A-apa ?" Soal lelaki itu. Maria mengerutkan dahi. Sudu dan garfunya diletakkan. Keluhan wanita itu kedengaran pada bibir.

" Tuan nampak risau akan sesuatu. Tuan tak patut keluar lunch dengan saya. Fikiran tuan nampak kusut. Tuan balik ya ? Saya makan sendiri pun takpe."

Lembut sahaja Maria berbicara. Itu membuatkan Jungkook bertambah jatuh hati dengan wanita itu. Wanita di hadapannya ini lain dari ex girlfriend nya sebelum ini.

" Nope. Aku tak nak tinggalkan kau sorang sorang. Nothing to worry about. Makan. Aku tunggu. Lepas habis, aku hantar kau depan syarikat. " Senyuman manis cuba diukirkan.

Maria membalas dengan anggukan akur. Sudu dimasukkan ke dalam mulut.

Jungkook memerhati. Terbit satu idea pada akalnya. Dia mula tersengih.

" Hey, Maria. " Panggilan Jungkook mengejutkannya. Berdebar pula rasa apabila bos kacak di hadapannya ini memberikan perhatian penuh kepadanya.

" Ya bos ?"

" Suap aku. Hehe. Can you ?"

Terus sahaja Maria menelan air liurnya kelat dengan perasaan gugup.

|!¤*'~''~'*¤!|

" Betul awak nak discharge terus tanpa tunggu lelaki yang hantar awak tu ?" Soalan dari doktor lelaki itu membuatkan Rachel termenung seketika. Perlu ke dia menunggu Jungkook ?

Tak kesian ke kalau Jungkook datang, dan dia dah takde ?

Tapi macam mana kalau lelaki itu memang berniat untuk tidak menjenguknya ? Bibirnya diketap. Keluhan berat dilepaskan. Pandangannya dialihkan pada Jimin.

[SU] Special Friends | 16+ | 정국Where stories live. Discover now