FF35

1.2K 174 117
                                    

" Aku sedar, aku rosakkan kebahagiaan aku sendiri"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Aku sedar, aku rosakkan kebahagiaan aku sendiri"


50 votes 50 comments

.・゜゜・


LELAKI mula tersedar dari tidur yang baginya cukup lama. Tidur ? Pastikah yang sangat dia melelapkan mata itu, ianya tidur semata mata ? Tidur dengan cara menyakitkan bukan ?

Berkerut wajahnya menahan sakit kepala yang menyerang. Di tambah lagi dengan rasa pedih pada setiap bahagian tubuhnya. Persoalannya, apa yang telah terjadi ?

Namun, kelopak mata kepunyaan jejaka itu masih lagi sukar untuk dibuka. Seolah olah ada sesuatu yang menghalang.

" Jungkook macam mana, dok ?"

Suara seorang wanita kini kedengaran pada telinganya. Dan semestinya dia mengenali pemilik suara itu.

" Dia masih belum sedar. Tapi, kemalangan tu buat kedua belah kakinya lumpuh buat seketika. Jadi dia tak dapat berjalan untuk sementara waktu."

Tak !

Katakan tidak pada apa yang dia dengari ! Hatinya meronta ronta. Meminta dan berdoa agar semua kenyataan yang menyinggah telinga hanyalah ilusi ataupun mimpi semata mata.

Tidak boleh Jungkook bayangkan bahawa kakinya tidak boleh digunakan lagi.

Adakah ini hukuman yang tuhan berikan akibat perbuatan kejamnya terhadap Rachel ? Jika ya, dia serik dan sumpah tidak akan melakukannya lagi !

Terasa bagai tangannya digenggam seseorang. Dia tahu, itu pastinya wanita itu.

" Jungkook.."

Namanya diseru dengan gaya meleret.

" Awak bangun nanti, awak kena kuat tau ! Saya tak nak awak sedih. Awak kena ingat, kekurangan diri awak buat masa ini takkan dapat pudarkan rasa cinta saya. Macam mana pun , apa pun yang akan halang kisah kita untuk kecapi bahagia.. "

Dan Jungkook dapat rasakan ada cecair menitis di atas kulit bahagian tangannya. Dia tahu itu adalah air mata. Esak tangis wanita itu juga kedengaran lebih kuat.

" S-saya .. hiks .. tetap akan tabah dan teruskan men-men.. cintai dan menyayangi awak. M-mampus la.. hiks ! .. hiks ! a- awak dah...t- tak sayang saya ! Per-perg-gi.. m-mampus la k-kalau...hiks ! ...a-aw- awak tak ...per-percayakan saya lagi. Sebab, saya takkan berhenti... u-un-untuk sayang a-awak"

[SU] Special Friends | 16+ | 정국Where stories live. Discover now