FF10

2.4K 373 503
                                    

Hanat la main jadi flirter gini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hanat la main jadi flirter gini.

Dahla scene tabanyak.

—(••÷[ — ]÷••—

jeykey cakap spam komen, nanti dia bagi perkhidmatan abah satu hari.

—(••÷[ — ]÷••—

" Heh, Jeon Jungkook tak guna"

Matanya langsung tidak lari dari memandang adegan manis Jungkook dengan Maria dari jauh. Hatinya sakit melihat saat bahagia mereka.

Sedangkan dirinya merana.

Jeon Jungkook terus sahaja melangkah pergi tanpa menghiraukan Rachel dan Yeonjun sebaik sahaja mereka bertentang mata. Mereka berdua seolah olah langsung tidak mengenali diri masing masing.

Cukup menyakitkan hati.

Siapa sangka ? Sebenarnya lelaki itu juga sedang memerhatikannya. Sedaya upaya berusaha supaya perbuatannya tidak tertangkap.

" Hi , Rachel kan ?"

Terus sahaja wanita itu memalingkan wajah. Senyuman manis diukirkan pada lelaki berpakaian segak di hadapannya. Sememangnya staf staf Jungkook mempunyai visual membunuh.

" Ya saya. Awak ?" Lelaki itu tersengeh. Lehernya digosok. Kekok bersama wanita yang terlalu cantik baginya ini.

" Beomgyu. Choi Beomgyu. Very very love to meet you. Kau—" Kata katanya terhenti. Sempat Beomgyu mendapat renungan tajam dari Jungkook yang berada jauh dari mereka.

Beomgyu tersenyum senget.

" Saya ?"

" Kau cantik. Sangat." Senyuman yang menggoda dihadiahkan. Rachel mengetap bibirnya gugup. Sejujurnya dia malu dengan pujian yang diberikan.

Rambutnya diselitkan di belakang telinga.

" So, let's be friends. " Tangan dihulurkan untuk berjabat. Laju sahaja Rachel menyambut dengan senyuman. Wajah didongakkan memandang Beomgyu yang bertubuh tinggi.

Secara tiba tiba, seseorang telah melanggar Rachel. Automatik sahaja tubuh wanita itu memeluk Beomgyu untuk menahan dari jatuh. Mata Beomgyu membulat. Ini bukan seperti yang dirancangkan !

Prang !

Bunyi garfu dan sudu yang diletakkan secara kasar mula kedengaran. Majlis yang dari tadinya bising kini sunyi tanpa suara staf staf dan pasangan mereka.

[SU] Special Friends | 16+ | 정국Where stories live. Discover now