MAMM|BAB 8

3K 163 7
                                    

                 BARU saja Diandra mahu melangkah masuk ke dalam restoran, langkahnya terus terhenti bila Kelvin menelefonnya. Tanpa membuang masa, dia terus menjawab panggilan itu.

"Hello"

"Dark, Devilz know where we are. They've attacked is now." Lapor Kelvin sebaik sahaja mendengar suara Diandra.

"How he knows my place?!" Suara Diandra mula naik seoktaf dan telah menarik perhatian semua orang yang berada di situ.

"I don't know. But we need you now Dark." Ujar Kelvin meminta Diandra datang ke tempat itu dengan segera.

Dari corong telefon, Diandra dapat mendengar bunyi tembakan dengan jelas.

"I'll be there right now. Hold out!" Balas Diandra lalu memutuskan panggilan. Dia terus berlari ke arah tempat parking kereta.

Nombor telefon Carl Aaron terus dicarinya sebaik sahaja dia masuk kedalam perut kereta Audi R8 miliknya.

"Kenapa?" Soal Carl Aaron  sebaik sahaja dia menjawab panggilan Diandra.

"Aku tak dapat join korang discuss pasal Blake. Tapi, nanti aku send location mana tempat Blake dengan kau. Kalau sempat, aku join malam ni." Kata Diandra dengan satu nafas. Enjin keretanya terus dihidupkan.

"Kenapa pula?" Soal Carl Aaron lagi dengan cemas bila mendengar apa yang dikatakan oleh Diandra. Dia dapat rasakan sesuatu telah terjadi pada adiknya.

"Aku takda masa nak terangkan dengan kau sekarang. Chau!" Diandra terus memutuskan panggilan tanpa menjawab pertanyaan Carl Aaron.

Setelah menghantar location Blake pada abangnya, dia terus memecut laju meninggalkan kawasan itu.

Perjalanan Diandra untuk sampai ke tempatnya hanya mengambil masa 15 minit. Dia memarkir keretanya jauh dari kawasan miliknya. Bunyi tembakan semakin kuat menyapa pendengaran Diandra.

Rifle jenis Stoner AR-15 di ambilnya dari tempat bawah duduk penumpang sebelum keluar dari perut kereta. Diandra hanya mengambil jalan tikus untuk masuk ke dalam kawasannya dengan cepat. Tiada siapa tahu lorong itu termasuklah orang-orang kanannya.

Lorong itu terus membawa Diandra ke ruang bawah tanah. Dia hanya memilih tangga untuk naik keatas. Rifle ditangannya dipegang dengan kemas. Bersedia untuk menyerang musuh.

Sampai sahaja dia di kawasan atas, iatu ruang tamu mansion miliknya, dia terus melepaskan berdas-das tembakan kearah musuh.

Ttttttrrrrrrr!!!!

Diandra menyembunyikan dirinya disebalik dinding apabila pihak musuh membalas balik tembakannya. Matanya mula fokus mencari kepala kumpulan Devilz.

Sebaik sahaja dia melihat Devil, iatu ketua kumpulan Devilz, Diandra terus keluar dari tempat persembunyiannya.

"Wow! Let's see who come here. I thought you a coward until your peoples struggling here." Tutur Devil dengan sinis. Tangan kanannya diangkat memberi isyarat pada orang-orangnya untuk berhenti berlawan.

Begitu juga dengan orang-orang Diandra. Tetapi senjata tetap diacukan pada orang-orang Devilz. Bersedia jika Devilz menyerang.

Suasana di situ terus menjadi sunyi. Tiada lagi bunyi tembakan kedengaran.

"WHAT YOU WANT FROM ME?!!" Ujar Diandra dingin. Wajahnya langsung tiada secalit senyuman. Kau ingat masa-masa begini boleh bergurau lagi?

"Why you ask me? Whereas you know the answer dear." Jawab Devil dengan senyumannya.

Mr And Mrs MafiaWhere stories live. Discover now