BAB 4

44 7 1
                                    

            PAGI subuh itu dia menjamah Roti telur dan milo panas yang telah siap dihidangkan oleh maknya. Dia pula sudah siap berpakaian baju kurung sekolah dengan kemas. Iyelah hari ni kan hari isnin jadi kena lah kemas-kemas sebab ada perhimpunan. Dan dia bersyukur tudung sekolahnya harini elok sahaja. Kalau tidak boleh badmood satu hari!

Izaira menjamah sarapan pagi itu dengan perlahan-lahan. Makan laju-laju nak pergi mana, lagipun dia tak pernah lambat ke sekolah mungkin dia dah terbiasa bangun awal.

"Kamu dah solat subuh ira?" soal Nur kepada anaknya sambil menghampiri meja makan berhampiran dia itu. "Dah mak" katanya sepatah. Begitulah hari-harinya bila di pagi hari, maknya itu selalu bertanya kepada dia supaya dia tidak lupa menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam.

"Ira nak abah hantarkan ke?" soal abahnya yang sedang menuruni tangga dapur tersebut. Baru balik dari solat subuh di Masjid mungkin. "Takpayah lah abah Ira naik basikal lagipun Amira ada" katanya sambil menyuap Roti telur ke dalam mulutnya itu. Selepas sahaja bersarapan dia bangun dari meja makan.

"Ira pergi dulu abah mak, assalamualaikum" katanya selepas menyalam kedua tangan ibu bapanya itu. Jarak ke sekolah dia dari rumah mengambil masa 20 minit. Jadi baik dia cepat! Karang kena berdiri depan pagar sekolah tu!

"Waalaikumusalam hati-hati Ira"

Izaira menolak basikalnya dari bawah rumahnya lalu melihat Amira yang sudah berada di pangkinmya itu. Awal pulak budak ni. Selalu dia yang kena pergi ambil dia.

"Awal pulak kau terpacak dekat sini" kata Izaira kepada Amira sambil mengayuh basikal. "okay apa aku awal tak membazir masa" kata Amira kepadanya.

"Amboi yang selalu membazir waktu aku tu apa?" katanya kepada Amira. "Eh itu lain cerita"katanya pula. Eleh budak ni pandai pulak menjawab. Ketuk kepala kau baru tahu!

Mereka berdua mengayuh basikal dengan berhati-hati. Yelah tak pasal masuk dalam sawah, dia pula kena bebel dengan maknya pula.

Sedang Izaira dan Amira mengayuh basikalnya terdengar  suara seseorang yang sedang memangilnya. Amira dan Izaira saling berpandangan lalu berhenti. Dah sapa pulak yang pangil dia pagi-pagi buta ni?

Dia mengalih pandanganya ke belakang. Dia melihat Zafrey yang sedang tersenyum sambil melambai-lambai ke arahnya. Ini yang dia menyampah ni! Pahal pulak mamat Pencuri Tabung Masjid ni ada dekat sini!

Izaira melihat Zafrey yang sudah terpacak di depanya dan Amira. "Kau nak apa?!" soal Izaira kasar kepadanya. Riak muka menyampah jelas dia pamerkan. "Nak awak, boleh?" katanya kepada Izaira selamba.

Izaira sudah mengepal penumbuknya itu. "kau jangan main-main dengan aku pagi buta ni! Tepilah!" katanya sambil menolak Zafrey ketepi lalu mengayuh basikalnya itu.

"Weh kau ni kesian dia" kata Amira kepadaku. Telinga dia rasa panas pulak. "Kesian? Weh kau ingat aku nak kesian dengan Pencuri Tabung Masjid?" kata Izaira kepada Amira. Memang taklah dia nak kesian!

"Sekarang pencuri Tabung masjid nanti pencuri hati kau" kata Amira sambil ketawa dengan apa yang diucapnya itu lalu meningalkan Izaira. Amboi kau! "Memang taklah!" katanya sambil mengayuh untuk mengejar Amira.

"Izaira jumpa awak nanti!"

Jelas kedengaran apa yang di katakan oleh Zafrey di telinganya itu. Memang taklah dia nak jumpa Zafrey. Gila ke apa suka dia? Tak ada masa dia nak layan cintan cintun ni!

Selepas beberapa minit dia dan Amira tiba di depan sekolah. Izaira melihat jam tangannya yang menunjukan pukul 6.30 pagi. "awal lagi ni Amira sementara tu kita duduk dekat pondok belakang sekolah tu dulu lah" kataku kepada Amira. "Hah jomlah" katanya dan kami berdua bergerak ke belakang sekolah.

Cinta Tulus Dari DiaWhere stories live. Discover now