Bab 10

39 3 1
                                    

"Assalamualaikum! Mak! Rindunya Ira dekat mak!" katanya lalu berlari memeluk maknya itu.

Rindunya dia dengan orang tua itu!

"Waalaikumusalam! Kamu ni macam tak pernah balik langsung!" kata Mak kepadanya.

Izaira memucungkan bibirnyaitu.

"Ha baguslah tu muncungkan bibir! Mak tarik bibir kamu tu baru tahu".

Izaira tersengih mendengar kata-kata Maknya itu.

Dia melihat sekeliling. Amboi sampai tiga khemah macam nak buat kenduri khawin dah dia tengok.

"Mak, kenapa sampai Tiga khemah ni? nak buat majlis kesyukuran je pun" soalnya kepada Mak.

"Alah dah alang-alang tu mak jemput orang kampung sekali" kata Mak kepadanya.

Dia hanya mengangguk. Malas hendak bertanya lebih.

Dia melihat sekeliling mencari satu tubuh.

"Abah kamu pergi pekan beli barang untuk majlis nanti" celah Nur seperti tahu apa yang dicari anak gadisnya itu.

"oh patutlah tak nampak abah" katanya lagi.

"Farhan?"

"adik kamu tu dah balik mestilah keluar dengan kawan-kawan dia tu" kata Nur lagi.

Cis tak berubah lagi peragai melepak dia tu.

"Ha kamu kata balik dengan Mira, mana dia?" soal Mak.

"Dia balik rumah dia lah mak" kataya lagi.

"hah baguslah, kamu dua tu jarang balik kampung, kejab lagi tolong mak, nanti malam kita ada bacaan yasin" kata Nur lagi.

Dia hanya mengangguk faham.

Izaira masuk ke dalam rumah dan melihat saudara maranya yang sedang sibuk berbual.

Dia melihat satu susuk tubuh yang dia sangat kenal.

Aduhai! datang jugak rupanya dia.

"Hai Ira! Kau sihat?" soalnya.

"Alhamdulillah sihat sarah" katanya lalu senyum.

Dia melihat pakaian sarah itu berbaju kurung moden berwarna merah dan memakai selendang hitam.

Sopan pulak pakaian dia kali ni.

"Cantik baju kurung kau sarah" pujinya.

Memang betul pun cantik disebabkan pattern dia.

"Cantik kan! Mahal tau harga baju kurung ni sebab aku upah pereka terkenal kalau kau maybe tak mampu setakat gaji Doktor kau tu" katanya yang sempat memerli Izair itu.

Hmm tak ubah lagi rupanya peragai minah ni.

"Oh ye ke? Aku tak tanya pun" jawabnya menyampah.

"Kau ni tak habis-habis nak cari pasal dengan aku kan?" katanya lagi.

"lah sejak bila aku nak cari pasal dengan kau? betul aku cakap aku tak tanya pun siapa yang buat baju kurung ni, aku cuma cakap cantik je" terangnya lagi.

"Eii kau!" belum sempat Sarah ingin menyambung kata-katanya Tokmi mencelah.

"Apa yang kamu bising-bising ni sarah? kamu tu anak dara, dah tua cuba lah matang sikit! Dah pergi tolong mak kau kat dapur tu" tegur Tokmi.

"Tapi Tokmi nanti kotor lah baju sarah ni, nanti dah tak cantik" kata sarah lagi.

"Cantik tapi kalau tak pandai membantu tak guna jugak, Dah pergi ke dapur tu!" kata Tokmi lagi.

Cinta Tulus Dari DiaWhere stories live. Discover now