Masih lagi di kediaman datuk Sera, para tetamu sibuk meraikan majlis ulang tahun itu.
Yang tua mahupun yang muda
Mereka sama-sama mengukir senyuman si bibir masing-masing.
Namun bukan semua yang ada di situ gembira meraikannya. Ada juga yang kelihatan mahu tak mahu ada di situ...
Sera.
Gadis berambut kelabu dengan hujung berwarna merah jelas kelihatan sedang berdiri di depan kaunter dapur melakukan sesuatu.
Orang lain sibuk enjoykan diri dekat laman rumah dan ruang tamu, Sera sibukkan diri dengan botol kaca berisi cuka epal dan gelas berkakinya.
Naturalnya wain putih berwarna seakan gelap seperti air jus epal sendiri
Begitu juga dengan cuka epal sendiri
Kedua-dua bahan ini sama warna kerana berasal dari buah yang sama
Maka kerana memikirkan kemungkinan yang tinggi prank dia takkan di ketahui, Sera merancang untuk menukarkan wain yang ada dengan cuka epal yang dia jumpa dekat dalam dapur tu.
Of course la dia bukan nak bagi kepada semua tetamu di situ. Dia hanya akan hidangkan minuman itu untuk orang tertentu saja. Orang yang dia harap sangat akan menderita depan dia lepas minum cecair cuka ni nanti.
"Apa yang kau buat tu?"
Opocot! Melompat Sera dibuatnya kerana terkejut sampaikan muncung botol cuka terlanggar gelas berkakinya hingga membuatkan gelas itu terbalik lalu menumpahkan segala isinya.
"Sh*t!Sh*t!Sh*t!"gumam Sera berkali-kali sewaktu undur ke belakang nak elakkan dari terkena kesan tumpahan cuka tu. Mulutnya ternganga luas kerana terkejut.
What the heck!
"Kau tak apa-apa ke?"tanya Dylan yang kemudiannya muncul dekat belakang nak tengok apa yang tumpah dengan cemas. Ingatkan air panas ke apa. Sekali tu dia tengok bukan. "Apa tu?"soalnya dengan kening berkerut pelik bila terhidu bau kuat cuka serta merta.
Bersama muka dumbfounded Sera palingkan kepala ke Dylan lepas tu. Dah kenapa Dylan muncul time ni jugak. Kan tak pasal-pasal rosak rancangan dia. Sudah la cuka epal ni ada satu je..itu pun tinggal separuh botol je. Dan sekarang habis tumpah semua sisa yang ada.
"Kau apahal!Terkejut aku tau tak!"Sera hentak kaki tak puas hati semasa tarik muncung sambil memandang gelas dan dapur yang sudah bersepah dengan cuka.
Spoilt la!
Dylan pandang Sera dengan muka tak faham. "Apa aku dah buat?Aku tegur kau je kan.."
Sera letakkan botol kaca cuka yang sudah kosong ke atas kaunter dapur lalu mencapai gulungan tisu dapur berdekatan dengannya untuk mengemas sepahnya itu.
"Untuk apa kau tegur aku?Memangnya penting?"marah Sera sambil lap semua cuka tu dengan tisu dapur sebelum di buang tisu itu ke dalam tong sampah sebelah dining table.
Dylan seluk kedua-dua tangan ke dalam poket seluar jean sewaktu perhatikan Sera kalut nak bersihkan apa saja yang Sera dah sepahkan tu.
"Kau tak ada dekat mana-mana..."jawabnya.
Sera pandang ke balik bahunya dimana Dylan sedang berdiri di belakangnya. Dah tu kenapa kalau dia tak ada dekat mana-mana?
"Apa?"Sera buat muka tak faham.
Dylan pandang ke Sera dengan renungan yang tak dapat ditafsirkan. Buat beberapa saat Dylan hanya tatap wajah Sera tanpa berkata apa-apa.
"Woi...orang tanya, menung pulak kau eh..?" sergah Sera taktala Dylan diam saja di situ sambil memandangnya seperti patung display.

ESTÁS LEYENDO
15. Breaking The Rule Breaker
Ficción GeneralPeraturan? Duhh! There no such word inside her vocabulary! Untuk dia. Peraturan di cipta untuk di langgar Bukan untuk di patuhi Mana seronok kalau hidup ikut peraturan Darah masih muda guys...enjoys la dulu selagi masa masih ada Kan? Julai 2020