Part 16 : Hapuskan Kelab Kendo

1.3K 111 1
                                    

"Apa maksud kamu Savannah?"

"Maksud saya...kelab kendo bakal di hapuskan sepenuhnya dari akademi ni."

Dua orang pensyarah yang vertugas sebagai penasihat kelab persatuan akademi berkerut kening.

"Tapi kenapa?"

Savannah tarik senyuman paling manis yang dia boleh bagi lalu duduk tegak dari sandarnya. "Sebab salah siapa saya jadi macam ni?"tunjuk dia pada rambut yang dulunya panjang kini sudah menjadi pendek gara-gara rosak di cat!

"Dekan tahu mengenai rancangan kamu ini?"

Of course papa dia tak tahu. Kalau tak mananya dia boleh datang sini berjumpa dengan mereka ni.

Lagipun Kelab kendo adalah kelab kebanggaan dekan yakni ayahnya. Kerana kelab kendo la nama akademi baik.

Dan kerana kelab kendo ini jugak la, Sera sehingga kini menetap di akademi ni!

Jadi Savannah rancang untuk susahkan kesemua ahli kelab kendo ni supaya tidak mempunyai bilik persatuan buat beberapa tempoh sehingga la ayahnya tahu mengenai hal ni. Itupun sekiranya ayahnya tahu. Kalau tak, mereput la dia orang tak ada bilik persatuan.

Biar rasa situ!

"Don't worry...he's fine with this..."tipu Savannah dengan begitu yakin.

"Kalau kamu dah berkata begitu, kami tiada apa-apa bantahan dapat dibuat mengenainya."

Nice!

Savannah tarik senyuman jahatnya. Nampaknya tak adalah susah smagat pun nak buat semua ni. Ingat Sera je boleh langgar peraturan dan buat benda jahat?Dia pun boleh la.

"Terima kasih Sir Drake..Madam Naila." dia tunduk beri hormat pada dua orang itu. "Kalau begitu saya minta diri dahulu."Savannah kemudiannya bangun dari situ sebelum berpaling pergi ke arah pintu.

Keluar saja dari bilik pejabat panitia kelab persatuan, Savannah kemudian jalan merentasi koridor dengan langkah yang riang dan senyuman lebar di bibir.

Lepas ni Sera mesti takkan berani-berani cari pasal dengan dia lagi.

Setiba saja Savannah di depan anak tangga, Savannah bertembung dengan dua orang pelajar perempuan.

"Eh kau ada dengar tak tentang scandal Senior Dylan dia gay?"

"Ada..aku ada baca...tapi serius la?"

"Tak sangkakan abang hot macam tu boleh gay.."

Elok Savannah berjalan dia terus berhenti setengah jalan sebaik mendengar berita itu. Matanya terbutang luas.

What the heck?

Naib presiden dia adalah gay?

Dylan Thomas?!

Seriously?

Terus Savannah seluk tangan dia ke dalam poket blazer yang dipakai lalu keluarkan telefon bimbit darinya.

Sambil dia sentuh itu dan ini pada skrin telefon,Savannah turun anak tangga tu.

Sekali bila dia terpandang status yang telah di share dan di retweet semula, Savannah terpelecok lalu terduduk dekat anak tangga tu dengan mata terbutang kaku.

Beberapa orang influencer akademi sendiri yang post semua cerita ini. Itu bermakna khabar angin tu betul?

Dylan gay?

Jadi sebab itu la masa dia try pikat Dylan, lelaki tu buat tak tahu je dengan dia. Malah tertarik pun tidak!

Rupanya...hah, no wonder la

Terus Savannah bangun dari situ dan kembali turuni anak tangga dengan kaki sedikit terincut.







15. Breaking The Rule BreakerDonde viven las historias. Descúbrelo ahora