Part 15 : Report Calculus

1.3K 118 1
                                    

"Serafina?"panggi Sir Loui dekat depan kelas sambil pegang sehelai kertas di tangan. Dia angkat kepala untuk cari pelajarnya. Tapi bila dia pandang meja Sera kosong tiada penghuninya.

"Biar saya yang ambik kan untuk dia." Tiana bersuara dari mejanya.

Sir Loui pandang kertas penilaian kedua Sera dimana markah penuh tertera pada kertas itu. Masih hairan macam mana Sera boleh skor markah penuh sedangkan dia pasti sangat semasa penilaian ini di buat, Sera buat secara individu di depan dia sendiri tanpa sebarang buku mahupun nota kelihatan. Budak bermasalah ni hebat jugak ya dalam belajar.

"Ambik ni.."sua Loui pada Tiana supaya ambil kertas itu.

Tanpa berlengah Tiana pun bangun dari tempat dia duduk, dan bila dia baru saja nak dekat pada meja pensyarahnya, Dylan muncul dari arah tepi lantas mencapai kertas itu terlebih dahulu.

Loui kemudiannya mula memanggil nama pelajar seterusnya tanpa hiraukan Tiana dan Dylan di situ.

"Hei...itu Sera punya la. Bukan awak. Berikannya semula kepada saya."Tiana hulur tangan mahukan kertas itu.

Dylan yang sedang tunduk memeriksa kertas itu berkerut kening. "98%?"

Tiana berdiri dekat dengan Dylan tak lama lepas tu. "Apa yang 98?"soal dia.

Lantas Dylan selak kertas di situ lalu periksa setiap soalan di situ sekilas pandang. Pelik. Macam mana Sera boleh score markah setinghi ni?Kalau nak meniru, tak mungkin. Sera dah diberi pengecualian khas untuk jawab peperiksaan secara persendirian di bawah pengawasan tiga orang pensyarah.

"Woah!"terbutang mata Tiana masa dia tengok kertas dekat tangan Dylan.
"Serius la..?"Hebat rupanya kawan dia ni! Ingatkan tahu cari masalah je. "Bagi saya.." Tiana nak kertas tu, tapi Dylan tak nak lepas.

"Sekejap la..."renggus Dylan sambil tarik kertas tu.

"Saya pun nak tengok jugak.."rebut Tiana.

Dylan tak nak mengalah, dia tarik kertas exam Sera bila Tiana dah pegang dan mahu mencariknya. "Koyak nanti.."

"Awak lepas la..."

"Kau dah kenapa?"

ZRAPP!

Terkoyak dua kertas tu dibuatnya.

Terkoyaknya betul-betul dekat depan Sera pulak tu. Kebetulan jugak masa tu Sera baru masuk kelas.

Dylan dan Tiana pandang kertas dekat tangan mereka lalu memandang antara satu sama lain dengan kata terbutang luas lalu cepat-cepat sembunyikan kertas ke belakang badan sebelum pandang ke Sera.

"Kau orang berdua dah kenapa?"tanya Sera masa berdiri dekat depan meja pensyarah dengan kening berkerut tak faham.

Sir Loui nampak Sera, tapi dia tak tegur sebab dah sedia maklum dengan perangai datang ke kelas lewat. Dia hanya edarkan semua kertas penilaian pelajarnya yang lain.

"Kau dah datang..."sengih Tiana dengan serba salah ke Sera. Habis la. Kertas exam Sera dah terkoyak. Marah ke tak nanti kawannya ni.

Sera jeling ke Dylan dengan muka tak puas hati lalu terus pergi ke mejanya.

Hmmp!Menyampah.

Tiana kemudiannya campak kertas yang koyak tadi ke Dylan lalu berjalan lekas ke tempat dia iaitu itu di barisan sebelah kanan Sera.

Dylan perhatikan langkah Sera buat beberapa saat sebelum tunduk memandamg kertas penilaian Sera semula. Masih tertanya-tanya Sera jawab betul-betul atau meniru macam dua tahun lepas.

"Seraa...!"panggil Tiana semasa mendekat. "Wei rindunya aku tak ada kau dekat sini.."dia kemudiannya duduk dekat kerusinya tapi menghadap Sera.

Sera tarik kerusi lalu letakkan beg dekat atas meja sebelum duduk bersandar dengan malas. "Apa yang kau orang tengah sibukkan ni?"tanya dia lepas sedar keadaan kelas tak senyap macam biasa. Budak-budak kelas dia semua tengah berdiri dan berborak sesama.mereka sambil pegang kertas.

"Oh...itu."Tiana telan air liur takut bila teringat kertas exam Sera yang terkoyak tadi. "Kita dah dapat result untuk exam calculus kita yang hari tu."

Sera angguk kepala sambil buat muka tak peduli. Entah okay entah tidak keputusannya, dia tak ambil pusing mengenainya. Yalah, kalau dia lulus sekalipun orang still akan fikir dia menipu, kalau dia gagal orang still akan condemn tentang dia. So what ever it is...she doesn't give any sh*t about it.

"Baik la kelas..memandangkan semua orang dah ada...sila duduk di tempat masing-masing. Sebab saya akan adakan pemgumuman mengenai result kamu..."laung Loui di depan kelas dengan lantang.

Dengan senyap para pelajar pun menurut akan arahan itu. Mereka cepat-cepat gegas kembali ke tempat duduk mereka. Dekat lima minit baru la.kelas itu settle down dan pelajar-pelajarnya selesakan diri menghadap Loui.

"Baik...di sini saya dah ada keputusan untuk penilaian kamu dalam subjek calculus. Saya mulakan dari markah terendah..."Loui pandang buku catatannya. "Eden...0 markah."Loui pandang ke pelajar berambut kerinting seperti afro dekat sebelah kiri kelas. "Sudah la tak jawab soalan...air liur basi kamu bagi dekat saya ya?"selorohnya sejurus itu.

Ketawa mereka dekat situ bila dengar.

Hanya Sera je tak bagi apa-apa reaksi.

"Markah kedua tertinggi...Diana..96"terus semua dalam kelas tu tepuk tangan sambil pabdang pelajar perempuan yang comel lagikan bergaya bercermin mata"...dah paling tertinggi-" Loui pandang ke tengah kelas dimana Sera duduk. "Sera."

Dengan jelas dan kuat, suara menahan nafas terkejut kedengaran dalam bilik itu.

"Sera?"

"Dia meniru la tu.."

"Takkan la.."

"Kesian Diana..tak pasal-pasal dia dapat nombor dua lagi sekali."

"Meniru punya ni.."

Lalu suara berbisik pun kedengaran.

Sera yang dapat agak mengenai respon itu kemudiannya pasang earfon di telinga lalu pasang lagu sekuatnya sebelum letakkan kepala ke atas meja.

Dia tak tiru, tapi dia belajar.

Memang dia tak suka untuk belajar, tapi disebabkan Seira nak tengok dia berjaya, suka atau tak, Sera telan semuanya. Walaupun susah macam mana sekalipun.

Dylan dekat sebelah kiri Sera hanya berkerut kening. Tak faham kenapa Sera nampak macam tak happy sedangkan dapat markah tertinggi. Ingat senang apa score subjek calculus ni?

Dari jauh pula, Diana yang duduk dekat meja belakang sebelah pintu sudah menyilang tangan ke dada tak puas hati bersama renungan mencerunnya. Geram.je dia perhatikan Sera tu. Tak hairan la kenapa pihak akademi tak pernah gagalkan Sera apa lagi buang Sera keluar dari sini tak kira la masalah apa yang Sera timbulkan.



15. Breaking The Rule BreakerDonde viven las historias. Descúbrelo ahora