"No!"
"Please papa."
"Kamu yang mulakan dulu...papa tak nak ada kaitan dalam masalah kamu."
"Tapi kenapa?Savy anak papa tapi papa perlaku Sera macam dia pula anak papa.."
Dekan pandang ke depan mejanya dengan kening terangkat sebelah. Judging anak perempuan terlebih manjanya itu. "Bila masanya?Kalau papa anggap dia anak papa, lama dah apa yang kamu dapat dia pun dapat jugak. Tapi tak kan...malah kamu tu hah yang terlebih-lebih bila papa bagi perhatian. Dan sekarang masalah ni timbul kerana keputusan melulu kamu."
Savannah hentak kaki sambil cebik bibir memberontak dia. "Please papa...cancel kan cadangan Sera...Savannah tak nak bertanding tempat dengan dia..."
Dekan kembali memeriksa email dari kementerian pendidikan yang mengatakan ingin membuat lawatan ke akademi mereka tak lama lagi.
"No is no...papa tak mahu tolong kamu kali ni. Masalah kamu. Selesaikannya sendiri.."tegas beliau.
Savannah gerak hendak dapatkan ayahnya.
Namun ketika itu juga la pintu pejabat dekan terbuka. Maka muncul la Sera dengan muka ceria di buat-buatnya. "Selamat siang dekan"sapa Sera semasa berjalan masuk dan tutup pintu pada masa yang sama.
Dengan muka terkejut, Savannah pandang ke arah Sera.
Dekan tersenyum. "Kamu datang...jemputla duduk. Kebetulan Savannah ada sekali."
Sera dekati kerusi dimana Savannah sedang berdiri lalu duduk di situ tanpa hiraukan Savannah. "Ada apa tuan panggil saya ke sini?"
Sambil buat muka bercemberut tak puas hati, Savannah pun ambil tempat di kerusi sebelah Sera lalu silangkan tangan ke dada menghadap dekan.
"Ini mengenai permintaan kamu yang mahukan kedudukan presiden dalam council student..." ujar dekan.
Sera pandang ke Savannah di sebelahnya dengan sengih meleret jahatnya. "Kenapa?Dia suruh dekan cancel kan ke?"duganya dengan tepat. Lalu dia kembali memandang dekan.
Dekan yang dengar ketawa kecil. "Ya...dia baru je mintak saya cancel kannya tadi sebelum kamu masuk."
Sera melepaskan dengusan kecilnya lalu pandang ke Savannah semula. "Why?You to chicken fight me?"ejeknya. "Jangan risau...aku tak makan orang. Kalau kau yakin dengan kemampuan kau why not?"
Dekan tidak berkata apa-apa. dia hanya perhatikan reaksi Savannah. Nak dibandingkan anaknya dan Sera, dia lebih suka Sera jadi presiden despite apa yang Sera dah lakukan sepanjang waktu di akademi ni.
Bermasalah macam mana sekalipun Sera, pelajar bermasalah yang satu ini takkan timbulkan masalah sekiranya tiada sebab yang kukuh. Banyaknya masalah yang Sera timbulkan adalah berpunca dari pelajar bermasalah lain dalam akademi ni. Oleh kerana Sera la, masalah disiplin di akademi berkurangan. Tiada lagi rekod tak baik yang pelajar lain cipta selain Sera. Pendek ceritanya Sera ni ibarat parasite yang bagi benefit dekat akademi ni. Sebab Sera telah elakkan pelajar lain buat masalah dan hanya biarkan Sera yang tanggung semua penalti. Dan ini jadikan akademi ini adalah antara akademi yang paling rendah rekod masalah disiplin. Selama tiga tahun berturut-turut jugak akademi ni dapat anugerah dari kementerian Pendidikan kerana rekod bersih ini.
Kerana ini dekan akademi treasure Sera dan tak pernah buang Sera dari akademi ini.
"Kau jangan nak jengkelkan aku ya. Nak makan penampar ke!"marah Savannah yang sudah angkat tangan nak tampar Sera.
"Savannah. Jaga Bahasa kamu."tegur dekan serta merta sebelum anak perempuannya angkat tangan ke Sera.
"Tapi papa...dia-"
"Cukup."potong dekan serta merta.
Savannah Tarik muncung nak menangis dia bila papa dia sendiri tak nak back up dia.
Sera tarik sengih penuh kemenangan dia bila Savannah langsung tak ada chance walaupun depan dekan sendiri. Dia dah beritahu bukan, tak kira siapa Savannah, kuasa perempuan ni takkan dapat effect dia. Sebab dalam akademi ni, dia lebih superior dari sesiapa.
"Begini...saya panggil kamu berdiri di sini untuk membincangkan soal pemilihan presiden council student akademi ini. Untuk lebih adil, kamu berdua perlu lawan seperti mana ahli politik lakukan. Seperti berkempen, sebarkan manifesto dan sebagainya. Saya beri tempoh selama sebulan untuk berkempen. Setelah itu pilihanraya akan di buat selepas itu."maklum dekan dengan nada profesionalnya.
Sera hanya buat muka tak berminat. Tak kuasa dia. Masuk kelas pun malas. Ini kan lagi nak berkempen. Memang tak la. "Perlu ke?"tanya dia.
"Perlu...itu semua untuk Tarik perhatian pengundi dan yakin mereka kamu boleh jadi ketua mereka."jelas dekan.
Savannah yang dengar sudah mengerang kejengkelan. "No!!!"Mana boleh macam ni! Kalau buat sesi pengundian semula. Memang tak dia nak menang. Dah dua tahun dia dalam jawatan ni. Dan banyak kejadian dah berlaku. Sah-sah la pelajar lain takkan undi dia jadi presiden semula. Mahu tak mahu Sera yang akan dapat undi majoriti!
Sera ketawa. Lalu dia pandang ke Savannah. "Macam mana ni?Sav?Aku rasa kau lagi berkelebihan dalam bab ni?"sindir dia. Memang reputasi dia teruk. Tapi kalau pelajar-pelajar di sini beri pilijhan siapa yang jadi presiden, dia adalah calon Utama mereka. Bukan Savannah. Which mean. Dia tak perlu susah payah buat kempen bagai.
"Jadi ini deal untuk kamu berdua. Siapa yang mendapat undi majoriti, dia yang akan jadi presiden dan mempunyai kuasa di atas pelajar-pelajar di sini. Dari segi penggubalan peraturan dan hal ehwal kebajikan mereka. Ianya bukan tanggungjawab yang ringan. Kamu ada sisa dua tahun lagi di sini. Jadi semakin cekap kamu menjadi ketua, semakin lama jawatan kamu akan disandang."pesan dekan.
Sera selak rambut berwarnanya ke belakang bahu dengan yakin. Kalau dia jadi ketua dekat sini, semua peraturan yang Savannah cipta bakal dia mansuhkan seperti mana Savannah cuba mansuhkan kelab kendo dia. "Sure...why not. Deal is seal."setuju Sera.
Savannah hanya bersandar tak percaya ke kerusi. TAK MUNGKIN!!!!!

YOU ARE READING
15. Breaking The Rule Breaker
General FictionPeraturan? Duhh! There no such word inside her vocabulary! Untuk dia. Peraturan di cipta untuk di langgar Bukan untuk di patuhi Mana seronok kalau hidup ikut peraturan Darah masih muda guys...enjoys la dulu selagi masa masih ada Kan? Julai 2020